SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN

SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN
Satu Bahasa Satu Bangsa Satu Negara

Friday, May 28, 2010

Lampu Suluhnya Tidak Menyala

3:95 - - Imran
قُلْ صَدَقَ اللّهُ فَاتَّبِعُواْ مِلَّةَ إِبْرَاهِيمَ حَنِيفًا وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ

3:95 "Katakanlah: ""Benarlah (apa yang difirmankan) Allah"". Maka ikutilah agama Ibrahim yang lurus, dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang musyrik."

Tidak ada syirik dalam agama Ibrahim. Maka sunnah pertama Nabi Muhammad s.a.w. ialah mengelak dari jatuh syirik. Asas sunnah ini ialah menjauhi syirik.

Muhammad s.a.w. memberi amaran sebelum baginda wafat bahawa satu masa nanti ummah baginda akan diserang oleh syirik. Syirik bukan sahaja menyembah selain Allah. Syirik juga ialah bila memainkan peranan Allah. Syirik juga ialah bila mengambil alih tempat Allah.

Amat sulit mengenli syirik ini, sulitnya umpama mencari semut hitam diatas batu hitam dalam hitam gelap malam. Orang yang lampu suluhnya menyala mampu memecah kegelapan ini dan mengenali "semut hitam diatas batu hitam dalam hitam gelap malam" ini.

Lampu suluh ini tidak ada dijual dihyper-market. Cahaya penyuluh ini datangnya dari Allah. Ia berupa noor yang ditempatkanNya dalam qalb. Hanya bila Allah kurniakan noor ini, barulah qalbu itu dapat mengenal. Jika tidak, ... ada mata tetapi tidak nampak; ada telinga tetapi gagal mendengar; ada hati tetapi tidak faham.

Adakah dunia kita hari ini diselubungi, diliputi oleh syirik dimana-mana pun; yang tidak dapat dielakkan?

Kita tidak dapat menggerakkan solat melainkan dengan mengakui Allahu Akbar pada setiap pergerakan. Setiap pergerakan diiringi dengan "Allahu Akbar". Allahu Akbar ialah pengakuan yang Allah itu supreme dan sovereign ... Allah itu bersifat maha kebesaran yang kekuasaan dan ketinggianNya maha meliputi. Authority Allah ialah authority yang supreme. Undang-undang Allah ialah undang-undang yang supreme. Itu Allahu Akbar.

Jika (sesiapa siberiman) mengakui (seseorang) lain (selain Allah) itu sovereign, ... itu syirik. Jika (sesiapa siberiman) mengakui authority (seseorang) lain (selain authority Allah) itu supreme diatas dari authority Allah, ... itu syirik. Jika (sesiapa siberiman) mengakui undang-undang (seseorang) lain (selain Allah) itu lebih tinggi dan berkuasa dari undang-undang Allah, ... itu syirik. Ringkasnya, sesiapa mengakui ada kedaulatan lain selain kedaulatan Allah ... itu syirik.

Maka simuslim itu dikehendaki mendaulatkan, mensupremekan, mensovereignkan hanya kekuasaan, ketinggian dan undang-undang Allah. Bilamana-mana sahaja simuslim itu menguasai mana-mana sekangkang kera dari muka bumi ini, dia dikehendaki mendaulatkan Allahu Akbar diatas buminya itu. Dia menjadikan Allah sovereign disitu. Dia menjadikan authorityNya supreme disitu. Dia mendaulatkan undang-undangNya supreme disitu. Authority, kuasa dan undang-undang Allah dikuatkuasakan.

Ada dimana-mana dimana authority, kuasa dan undang-undang Allah dikuatkuasakan hari ini? Tidak ada satu inci persegi pun daripada bumi Allah hari ini ... dimana Allah diakui sebagai Allahu Akbar. Ada sesiapa menangisi hal ini? Menitiskan airmata kerananya? Ambil peduli halnya?

Sudahlah begitu, sisa-sisa bumi Melayu hari ini dicebis-cebiskan oleh Melayu yang "menguasainya"nya. Bumi kekhalifahan, dimana kedaulatan Allahu Akbar pernah didaulatkan mengikut sebagaimana dicontohkan oleh Muhammad s.a.w., telah dihancurkan oleh pakatan Euro-Yahudi pada tahun 1924. Diatas kehancuran ini didaulatkan sebagai penggantinya kedaulatan sekularisme. Tamadun sekular. Apa itu?

Tamadun sekular ialah SHIRIK "hitam diatas batu hitam dimalam hitam gelap". Tamadun sekular tidak mengiktiraf Allah itu Akbar. Tapi ia mengakui negara itu yang akbar. Kesovereignan dipunyakan kepada negara ... bukan dipunyakan kepada Allah. Supreme authority didaulatkan keatas negara ... bukan keatas Allah. Undang-undang tertinggi ialah perlembagaan negara (Barat) ... bukan perlembagaan Allah.

Allah menghukum sesuatu itu haram. Tetapi negara (sekular) memveto kuasa Allah lalu menghalalkannya. Judi, loteri dihalalkan. Rasuah, riba semua dihalalkan. Apabila authority negara meluluskan (legalize) loteri atau judi ... itu syirik. Tidakkah pendokong dan pejuang tamadun sekular melakukan/terlibat dengan shirik?

Allah merujuk kepada Yahudi dan Nasrani dalam firmanNya dalam Surah At-Taubah ayat 31.

9:31 اتَّخَذُواْ أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِّن دُونِ اللّهِ وَالْمَسِيحَ ابْنَ مَرْيَمَ وَمَا أُمِرُواْ إِلاَّ لِيَعْبُدُواْ إِلَـهًا وَاحِدًا لاَّ إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ سُبْحَانَهُ عَمَّا يُشْرِكُونَ

9:31 "Mereka menjadikan orang-orang alimnya, dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah, dan (juga mereka mempertuhankan) Al Masih putra Maryam; padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan."

Kata seorang (kepada Rasullah s.a.w.):
Ya Rasullah s.a.w., bagaimana Allah boleh berfirman begitu - (yang Yahudi menjadikan orang-orang alimnya, dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah) - mereka tidak berbuat seperti itu.

Rasulullah s.a.w. jawab: Tidakkah mereka halalkan apa yang Allah haramkan?

Itulah caranya mereka terjerumur kedalam syirik. Begitulah syiriknya sesiapa yang mengikuti jejak mereka. Termasuk pemimpin Islam kita. Dan mereka melibatkan kita ... dalam mencebis-cebis lagi apa yang tinggal.

Kita sedih dengan apa yang dilakukan oleh Najib, Anwar juga Nik Azis tiap-tiap hari. Kemana Melayu hendak mereka bawa? Tidak perasankah mereka bahawa ada kuasa yang lebih perlu dita'ati selain kuasa Lim Kit Siang, Chua Soi Lek dan Sami Velu? Tidakkah terlintas bahawa memuaskan hati mereka pasti tidak memuaskan Yang Maha Sovereign? Beginikah nasib Melayu terhukum bila memilih ketua yang lampu suluhnya tidak menyala?

Tuesday, May 18, 2010

Kertas Conting Ditempat Duduk LRT.

Naik LRT. Dua orang yang duduk disebelahku turun di Stesen Hang Tuah. Sebelum turun dihulurkannya surat khabarnya kepada ku, "Pakcik nak baca?"

...... DAP Rampas Sibu..... Jemu. Cari cerita lainlah .... Aku dapati terselit sehelai kertas conteng dicelah-celah lipatan akhbar itu dengan catatan begini. Bacalah ......
------------------------------

"....... masa orang kutuk KJ ada yang sokong Mukriz.... bila kutuk Mukriz ada yang sokong KJ... bila kutuk Paklah ada yg sokong Najib...... semua tu UMNO.... Paklah bodoh kut ini.... Najib pulak bodoh kut itu...... tapi semuanya bodoh belaka...... tak ngaku bodoh lagi ker? kalau tak bodoh 50 tahun perintah takan masih camni.... akuilah semuanya bodoh... kebetulan pulak dia org ni semuanya melayu.... kesimpulan nya melayu ni semua bodoh ker?
Melayu tak bodoh.. tapi nafsu2 melayu ni bodoh belaka... takda limit... mula2 pakai mercedes... pastu ferrari.... tak puas lagi... beli yatch... tak puas lagi... beli Jet.... tak cukup lagi... beli bungalow kat bukit tungku, sydney, london.... dan seterusnya...........
setakat buat baju untuk army dan plkn.... tak cukup juga... skrg nak supply senjata pulak...dari tukang jahit jadi arms dealer.....dasyat melayu punya ilmu....ilmu pelingkup...ilmu nafsu... kawin 4 bole masuk syurga... kepala hotak kau...

kutukan ku akan berterusan selagi tiada perubahan..."
--------------------------------

Kemudian, disebelah belakang kertas conting ini terconting yang berikut pula. Bacalah sendiri .... Sampai puas .....
--------------------------------------

" ..... It often crossed my mind the image of Malays of old, baring dikaki bukit memandang ke laut Singapura, dreaming of el dolce far niente, sampai ke petang hingga kesenja. Maka datang Ra fe les, ....... diberinya Singapura kpdnya sbab dapat duit bulan bulan. T A Rahman kemudiannya kasi saja free.

Datang pula banyak Cina kePenang dimasa kapitan Francis Lampu. Si Long Jaafar Orang Besar Larut dan anaknya Ngah Ibrahim bawak beberapa e**r kePerak. Hendak sangat "development" kawasan dia, nak lebih hasil cukai lombong atau cukai bijih atau cukai jalan dimasa itu, Panggil lagi ramai Cina masuk. Bila b*******g tu bawak masuk kongsi gelap,penjahat dan gengster, habis 350 lombong Melayu padahnya. Sekarang beruk beruk itu masih buat begitu di State Secretariat Selangor,diPenang dsbnya. Sama saja ceritanya. Nakkan kuasa simonyet PAS dan PKR sokong depa.

Kita teruskan kutuk, ..... Masukkan kedalam blog blog yang boleh terima kutukan kita. Dan yang bukan hardcore jenis kepala pecah pun tak mahu ngaku. Macam aku terbaca ada yang macam itu dibelasah Jepun dimasa Perang Dunia Kedua. Moga moga masuk telinga 1-2 e**r depa. Moga-moga ramai lagi yang keluarkan pendapat yang .......... ... "
----------------------------

Siapa gerangannya Jebat-Jebat ini. Kalau jumpa mereka lagi, pasti aku belanja mereka makan dimana mereka pilih .... apa saja .... sebanyak 40 kali.

Bukan apa ..... dapat bahang semangat mereka jadilah .... walaupun dengan jadi tukang jaga kasut mereka ketika mereka singgah bersembahyang dimasjid.

Saturday, May 8, 2010

Anaknya Kera Dihutan

O orang Melayu! Kalau iyapun hendakkan perubahan, lakukannyalah dari luar persekongkolan dengan DAP najis itu. DAP tidak sekali-kali jadi suci dengan penglibatan Nik Aziz sekalipun didalamnya.

DAP itu NAJIS MUGHALAZHAH bagi Melayu Islam. Ia tidak menjadi suci setakat dibasuh walaupun oleh Mursyid dari PAS. Ia perlu disertu atau pun dibuang sama sekali. Sesiapa yang tersentuh oleh najis jenis jenis ini, diapun perlu disertu baharu suci.

Kalaupun PAS dan PKR hendakkan perubahan kerana UMNO rosak atau sebagainya lakukanlah tanpa melibatkan DAP. Kalau hardup sangat akan kuasa, carilah kuasa itu dalam jati diri golongan sendiri atau bangsa sendiri seperti yang dilakukan oleh kaum lain.

Orang Melayu Islam semua tahu siapa tuan dia. Orang Melayu Islam bertuankan Allah Azza wa Jalla. Ini dia Ketuanan Melayu jati. Tidak perlu bersandar kepada DAP atau MCA atau MIC. Orang-orang Islam terawal bertuankan kepada Tuan yang sama. Dengan ketuanan seperti ini, kebergantungan kepada ketuanan bangsa atau kuasa atau kedudukan atau apa-apapun tidak menjadi perjuangan utama.

Tetapi Islamnya Melayu kini menjadi begitu lemah walaupun dikatakan bangsanya kuat. Baru DAP menyergah dengan mendakwakan Melayu itu rasis dan memperjuangkan hanya ketuanan bangsa sendiri diatas bangsa-bangsa lain, dia sudah menggelabah, melatah and was turned into wet baby babblers. Pada hal orang Thai menerapkan Ketuanan Thainya dengan begitu yakin dengan jati diri sendiri, sehingga semua makhluk yang ingin mustautin disana mesti semua bersifat Thai, hingga nama peribadi pun mesti diThaikan. Begitu juga di Indonesia.

Melayu apa kurangnya?

Sudah nyata DAP itu bermaksud hendak menjahanamkan Melayu dan meratah tanah airnya sekali. Masih juga wujud Melayu penjilat yang merangkak mengemis dikaki-kaki lima DAP. Fenomena ini paling ketara sejak munculnya sibacul bernama Anwar. Alkhamdulillah sebahagian ahlul-qoribun an-Anwarun ini sudah mendapat hidayah dan sedar akan kekejian Anwar lalu meninggalkannya. Maka terlepaslah mereka dari najis mughalazhah DAP laknatullah itu.

Tapi masih juga terdapat Melayu penjilat ini yang sibuk berjuang pada zahirnya untuk Anwar pengkhianat (sekarang ke Sibu pula setelah dahulunya di Hulu Selangor) tetapi pada hakikatnya segala kemenangan kalau ada yang mereka raih itu terlungguk kedalam kantung DAP ... terutama sekali jika di Sibu.

Malang bila ada Melayu keliru. Lebih malang jika dia memimpin. Pada sangkanya ia berjuang untuk anak keturunannya. Padahal untuk kera dihutan.

Wednesday, May 5, 2010

Setakat Rakan Kenduri.

DAP dan bukan Melayu PKR pernah lantang memanipulasi tafsiran ketuanan Melayu yang diandaikan, dinegatifkan dan diputar-belitkan.

Ketuanan Melayu sekali-kali tidak negatif. Ia amat positif. Ia tidak rasis. Agama lain dia tidak dihalang dari membiak. Sekolah bukan Melayu dia tidak usik. Bahasa orang lain dia tidak kisah. Bukan Melayu boleh kaya. Budaya asing siapa suka boleh ikut.

Tapi ada Cina BN yang turut lantang menggurindamkan lagu DAP dan PKR, iaitu Chua Soi Lek. Dia dakwa Melayu hendak jadi tuan dan macam-macam lagi. Padahal ketuanan Melayu ajak semua orang kongsi / share apa yang Melayu ada. Munkin kerana pendiriannya begini dia naik pangkat jadi presiden MCA? Sebenarnya dia yang paling tak pakai.

Kalau dibaca blog beliau, tergambar jelas kecovinisannya. Suaranya terus pekat kecinaan. Tidak derselindung; tiada kesederhanaan. Suaranya tak ubah suara DAP.

Kalau diikuti ucapan-ucapannya kepada masyarakat Cina Hulu Selangor sebelum dan selepas PRK lalu, Soi Lek tidak menggambarkan dirinya sebagai seorang rakan kongsi yang menyumbang kepada kekuatan perkongsian melain kepada pihaknya sendiri sahaja. Suaranya ketika itu meninggalkan kesan atau maksud bahawa orang Cina (tak payah) jika tak mengundi BN pun, BN akan perjuangkan mereka juga.

Patutlah undi kaum Cina disitu menurun. Dia bukan rakan kongsi yang baik.

Tuesday, May 4, 2010

Amirulrashid Dan Polis Sahaja ....?

Siapa tidak rasa kehilangan yang amat sangat bila ada kematian dalam keluarga. Kita pun bersimpati dengan keluarga arwah Amirulsarhid dan bersama-sama merasai kehilangan itu.. Pemergian Amirulrashid amat menyayat hati.

Tetapi nampaknya pembangkang has blown the issue out of proportion.

Polis juga terperosok kedalam dilema yang amat menyayat hati.

Tentu polis tidak bertindak begitu jika TIDAK DIBERI SEBAB MUNASABAH UNTUK BERTINDAK DEMIKIAN. Polis kita bukan cowboy The Good The Bad The Ugly.

Kata orang tepuk sebelah tangan tak menjadi. Disebelah tangan polis sedang menjalankan tugas ... menggadai nyawa. Disebelah tangan lagi ... ada kereta dipandu melulu .... enggan berhenti bila ditahan ... dikejar bersiren .... ditembak tayar pun enggan berhenti ... red alert ...

Dalam keadaan begini ... do we expect our police force to pat whoever concern on the back and send him off with a flying kiss? A grave provocation must have taken place. Tentu budak ini sudah bertindak dulu yang membuatkan polis shak yang pemandu kereta itu bersifat EXTREME .... yang memerlukan tindakbalas oleh polis dalam keadaan seperti itu. Itu tugas. Kalau mereka gagal mereka dicemuh.

Pukul 3 pagi!!!! Budak 15 tahun berlegar-legar memandu kereta tanpa lesen????? Siapa biasanya pada jam lewat sebegitu yang bertindak sebegitu dengan cara yang menimbulkan kewaspadaan tahap merah dipihak pasukan keselamatan?

Ibu bapa juga patut bertanggunjawab keatas kejadian yang menimpa anak tersebut. Kita dengar banyak kali ahli pasukan keselamatan kecundang dalam menjalankan tugas. Mengapa politik pembangkang tidak melenting jika polis kehilangan nyawa umpamanya? Oh! Terlupa. Nyawa polis dalam pandangan pembangkang senilai sekampit beras sahaja.

Namun apa pun, kita kehilangan nyawa .... nyawa budak ... nyawa polis. Kita ibu bapa berperanan mewarnai anak-anak kita ... kerana mereka dilahirkan putih.

Monday, May 3, 2010

Melayan Bilik-Bilik Batin Otak

Ketika rehat-rehat sebagaimana dinasihatkan, teringat pesanan ayah semasa melangkah keluar kampung, "Nek arep meguru, golekono guru seng nduwe ngilmu ulo duni."

Tersengeh aku, kerana sehingga sekarang masih gagal mencari guru yang mempunyai ilmu ular duni itu.

Paling-paling, pernah aku bersila dengan guru yang berkata:-
Dua tingkat guru.
Guru yang kenal Allah.
Guru yang kenal perintah Allah.
(Sampai sekarang aku tertanya-tanya inikah ulamak yang dikatakan 'arif billah dan ulamak yang 'arif amrillah? Ustaz-ustaz PHD sekarang ini bagaimana?)

Pernah juga ada guru yang mengatakan:-
Dua tingkat ilmu.
Ilmu yang penuh bermanfaat untuk dua kehidupan.
Ilmu yang mencelakakan kehidupan kedua.

Ada juga guru yang keberatan melayan soalan-soalan aku. Dia hanya mewariskan sebaris dua azimat, dan menyuruh aku berlalu dari situ. Cari dan alami sendiri:-
Iblis sentiasa menghendap dan memerangkap orang yang beriman.
Orang yang beriman yang kenal hanya Amr Allah, mudah diperangkapnya.
Orang yang beriman yang kenal akan Allah, mengenal dan menghindari perangkapnya.
Tetapi jika yang dikehendaki Allah, kenal dan hampir dengan Allah pun tergelincir juga.

Tetapi ada seorang guru yang setiap kali aku datang mengaji dengannya diajarkan aku tiga baris ini:-
Ya Allah; sesungguhynya, keampunanMu lebih luas dari kesalahanku;
Dan RahmatMu lebih ku harapkan dari amalan ku;
Ya Robbi, tambahilah aku dengan ilmu.

Selalu .... bila lamunan ku sampai disini, aku tertidur.
---------------------------------------
p/s ... ... Selalunya kalau aku baca terus menerus tentang Anuar dan kegilaannya, Najib dengan keutamaan-keutamaannya, Lim Kit Siang dengan keterlaluan-keterlaluannya, Nik Aziz dengan tunggangannya, Samy Velu dengan kacang putihnya dan Hulu Selangor dengan cini-cinanya .... mengantuk pun jadi tegang.