Elitnik Amarika mahir memperalatkan golongan kulit hitam tengahan dan pentadbiran.
Martin Luther King dahulu, dengan berani mengaitkan hak asasi kemanusiaan rakyat berkulit hitam Amarika dengan hak asasi kemanusiaan rakyat Vietnam yang dibunuh beramai-ramai atas nama mempertahankan demokrasi. Martin Luther King dibunuh tak lama selepas itu. Selepas ini golongan “alat” ini tidak berani lagi melaksanakan agendanya sendiri.
Dua tahun dahulu sentiment anti-perang menghasilkan kemenangan besar pihak Democratic di dalam Congress AS. Malangnya ini hanya menghasilkan kemenangan lagi kepada pihak gila- perang apabila Congress AS menambah peruntukan perang lebih besar kepada Bush untuk kononnya membawa keamanan di Iraq.
Colin Powell, seorang askar kulit hitam berpangkat major yang pernah bertugas di Vietnam telah digunakan untuk “menyelidik” kemudian melukis gambaran cantik mengenai penyembelihan beramai-ramai di My Lai.
Kemudian, sebagai Setiausaha Negara Powel telah di iklankan sebagai seorang “liberal”. Maka sempurna sifatlah dia untuk membohongi Bangsa-Bangsa Bersatu bahawa Iraq mempunyai simpanan senjata pemusnah besar dan layaklah Iraq disembelih pula.
Condaleezza Rice, seorang permpuan kulit hitam yang dipaparkan berjaya, dengan tekun sekali berusaha supaya keadilan dinafikan kepada rakyat dan Negara Palestin.
Obama waktu berkempen dahulu condong kepada pendirian anti-perang. Baru-baru ini dia mengistiharkan bahawa menakluki Iraq itu sekedar satu ‘silap langkah’’ sahaja, bukan lagi sesuatu pelanggaran undand-undang, pencerobohan dan tidak sah seperti dikatakan sewaktu berkempen dahulu. Dia ada menyebut-nyebut tentang perang di Afghanistan dan sempadan Pakistan.
Sahlah sudah golongan Elitnik Amerika ini mempunyai Obama, golongan atasan kulit hitam paling tinggi yang mempunyai akses bukan sahaja kepada seluruh angkatan perang malahan memegang kunci kepada kotak suis sistem persenjataan nuklirnya.
Kita lihat bagaimana perkembangan di Palestin, Iraq, Afghasnistan dan sempadan Pakistan seterusnya.