Polis dunia sudah lumpuh.
Ketenteraan negara sherif Billy The Kid ini, walaupun yang terbesar di dunia terperangkap di merata dunia. Di Jepun, di Korea, di Jerman, di Poland, di Pasifik, di Atlantik, di Amerika Selatan, di Arab Saudi, di Iraq di pesisir Iran dan di Afghanistan.
Selebihnya di negara sendiri.
Sesudah terikat di merata tempat sebegini, bakinya yang boleh dideploy pasti tidak seberapa. Setakat satu per enam dari kemampuan asal.
Israel mempunyai ketenteraan keempat terbesar di dunia.
Katakanlah tiba-tiba Amerika hendak memjadi hero lalu berkeras kepada Israel sehingga peringkat ketenteraan ... menghantar tentera pengaman umpamanya.
Kalau Israel memilih untuk tidak menghiraukan (sebagaimana kebiasaannya) apa-apa mandat BBB dan membelasah 'tentera pengaman' ini .... besar kemaluan US. Mereka belum lupa insiden kapal perang Liberty mereka dibedil tentera udara Israel dan 267 tentera mereka mati katak di laut.
Jadi sekarang ini Amerika diam, Bush salahkan Hamas, Obama no comment bukan kerana mereka suka-suka atau saja-saja menyebelahi Israil. Sebenarnya mereka takut separuh mati. Terkencing dalam seluar. Obama lagi kelakar. Lari sembunyi ke Hawai ... lalu terberak di sana. Macam mana nak komen? Sedang kemalu-maluan pun.
Kalau beranilah polis dunia ini masuk campur di Gaza, sudah pasti mereka akan dimalukan oleh Israel. Mana tahan. Baru dapat malu besar dibaling kasut kat muka.
Zaman kemerosotan negara tergagah di dunia ini sudah bermula.