SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN

SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN
Satu Bahasa Satu Bangsa Satu Negara
Showing posts with label Kebangsaan. Show all posts
Showing posts with label Kebangsaan. Show all posts

Sunday, March 8, 2009

Ranjau Di Tepi Jalan

PPMI adalah umpan supaya tumpuan Melayu terpesong dari perjuangan survivability bangsa. Awas orang-orang Melayu.

Dalam perkiraan “ahli strategi perjuangan” golongan anti-Melayu anti –Islam chongak mereka adalah seperti berikut sekarang:-

1)PAS (bermaksud PR) semakin kuat dengan membolot simpati Melayu luar Bandar.
2) PKR membolot ketaatan Melayu urban.
3) Apa yang tinggal untuk UMNO? Kehancuran.
4) Tiba-tiba isu “Allah” dibangkitkan oleh UMNO. Ini adalah pergerakan ‘checkmate’ yang UMNO gerakkan.
5) Tidak ada pilihan. PR (maksud golongan anti-Melayu anti-Islam) mesti pesongkan tumpuan Melayu ka arah lain.
6) Bermula dari isu ‘celaka’ dan PPMI, orang Melayu akan dijadikan terlatah-latah dengan perkara-perkara lebih remeh dari isu Bangsa dan Agama. Jangan biarkan Melayu memainkan isu ‘Allah’ di pentas utama.
--------------------

DYMM Sultan Selangor sudah membuat seruan. Bersatu dalam hal bangsa dan agama.

Terkadang sesetengah NGO Melayu akan kedengaran memperjuangkan hal kemelayuan dan bangsa.

Tetapi kita perlu menelitinya itu perjuangan sempit atau luas. Kita perlu waspada ianya tidak diperkudakan oleh musuh. Kita jangan terlatah seperti isu memo ka Istana Jumaat lepas. Usaha itu nyata sudah bukan isu pelajaran atau bahasa lagi. Ia sudah jadi demonstrasi jalanan seperti di Perak (yang berlaku selepas sembahyang Jumaat juga). Melayu sudak diperkena lagi di sini.

PAS sudah diperkudakan. Dalam isu 'Allah' kedengan suara-suara PAS melagukan gurindam anti-Islam anti-Melayu. PPMI sudah diperkudakan. UMNO hampir diperkudakan melalui dan oleh si tamak pelahap dan si gila kuasa.

Munkinkah ini sumua kerana … Melayu mudah percaya .. Melayu mudah kena .. Melayu mudah lupa.. Melayu gullible.

Sepatutnya Melayu bukan sahaja menguasai Bahasa Melayu, malahan Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris. Tidak cukup sekedar menguasai matematik dan sains dalam bahasa Inggeris sahaja.