PM kita tentu tahu bagaimana rasa hati Melayu ketika dianak tirikan oleh penjajah.
Padahal kita anak kandong bumi bertuah.
PM kita tentu tahu bagaimana rasa hati Melayu ketika anak angkat dijadikan anak emas oleh penjajah.
Padahal itu hakikat hanya anak pungut dan anak buangan dari negara kuning hitam.
PM kita tahu sejarah anak tiri dikampongkan, disekolahkan setakat darjah enam;
Padi secupak hidangan sekeluarga buat seminggu;
Hati kuman, dibanyakkan kuah, sama dicecah;
Padahal anak emas dibandarkan, disekolahkan ka menengah, ka kolej, ka luar negeri;
Beras wangi sepinggan seorang tiga kali sehari;
Hati gajah dilapah sendiri tersaji bila diingini.
Demi menseimbangkan kepincangan ketidaksamarataan;
Anak kandong dibenarkan mudek bersama surut, menghulu bersama pasang;
Disediakaan kemudahan berhuma beras wangi dan peralatan berburu hati gajah;
Sekadar sementara mencukupi had sukatan tertukan.
Tunggulah beberapa pasang surut lagi;
Itu yang anak kandong lihat;
Yang tidak diketahui tidak kelihatan tentunya.
Tiba-tiba PM kelihatannya merungkai ikatan sebelum sukatan kuota kecapaian;
PM membubarkan peruntukan anak kandung yang dihulu dan yang dihilir, yang dikampong dan di Bandar.
Seolah-olah dilumbakan semula anak angkat dengan anak emas;
Yang baru merangkak dilegaikan dengan yang sudah berlari?
Kita anak kandong tidak mahu dianaktirikan lagi;
Kalau yang dianak emaskan menyumbang kepada keluarga seketul emas;
Kami anak kandong mampu menberi sebanyak itu … bahkan lebih;
Sabarlah … tunggulah musim dan putaran harinya.
Tapi janganlah dusun dipetik ketika putik lagi;
Janganlah anak ditanggalkan ketika sedang disusukan;
Janganlah diulangi kera dihutan disusi anak dipangkuan mati kelaparan;
Tunggulah masak atau sampai musimnya;
Tunggulah sama-sama berlari maka diterbukakan pertandingan;
Hati Melayu tahu sianak emas ada yang tidak sabar menunggu sianak tiri;
Hati Melayu tahu sianak tiri kini dibela oleh bapa kandongnya;
Hati Melayu merintih jadikanlah kami anak emas dahulu;
Ayah, barulah lumbakan kami seadanya;
Jika tidak kami merasa tidak ubahnya ayah atau penjajah;
Namun; kami teguh yakin ayah bukan penjajah.
Torehlah kulit kami kulit ayah, serupa darah.
Melayu Bugis Minang Jawa ….