BN kalah di dua bukit. Apa gambaran kekuatan BN? PR tidak perlu gambaran apa-apa. PR tidak goyah menghadapi PRU akan datang.
Agenda Ketuanan Rakyat atau Malaysian Malaysia mesti diteruskan. Ini azam DAP.
Mereka telah berjaya melaksanakan fasa 01 Sun Zhu’s Art Of War ka atas Melayu. PAS sudah berada di poket kiri mereka. Baca berkenaannya di SINI. http://tamdalyell.blogspot.com/2008/12/sun-tzus-art-of-war.html. Sekarang -- Fasa 02 -- giliran Melayu UMNO.
Perjuangan PAS berkubur tanpa nisan. Perjuangan agama bangsa Melayu dukongan PAS tiada pewaris. Berkelayakankah UMNO menyambut warisan ini. Perjuangan sebegini perlu dokongan ulamak-ulamak yang diBayar elaun oleh Allah. Kelayakan datangnya dari siapa yang bayar elaun.
Pas kini mendukung perjuangan Ketuanan Rakyat Malasian Malaysia tajaan DAP. Setidak-tidaknya di zaman TG Nik Aziz. Melayu Singapura pernah mendokong perjuangan ini – tajaan PAP. Setelah PAP mewarisi Tanah Temasik, Melayu Singapura dipinggirkan. Baca pendedahan Erniceda di Demi Negara di SINI. http://deminegara.blogspot.com/2009/03/to-hell-with-politics.html?commentPage=2
DAP PAP sama saja. PAS membawa Melayu Malaysia mewarisi sanasib dengan Melayu Singapura.
DAP sudah (sejak Anuar disingkir dari UMNO) memulakan serangan mereka ka atas Melayu UMNO dengan melukis-kejikan Melayu Malaysia yang meneruskan agenda Ketuanan Melayu. Anuar mempromosi Ketuanan Rakyat. Ini dilukis-cantikkan. DAP mempromosi Malaysian Malaysia. Ini pun diwarna-cantikkan. Tuan mereka di luar pantai melukis-kejikan Islam / Qur’an / Muhammad s.a.w. Gaya mereka serupa. Mereka berasal dari acuan yang sama.
Kehadhiran semula Tun M menjadikan mereka lebih militen. Kata mereka, tak boleh menang perang mulut dengan Tun kita “resort to unmitigated (utter) calumny (slander)”. Mereka bermula dengan melukis-hodohkan barisan menteri-menteri DS Najib sebagai sudah dimahathirkan.
Mereka menambah, PDRM dan ATM adalah hamba UMNO. Oleh itu “PR's ideology should be anything-but-Umno ideology ... The end justifies the means ... Employ anything to increase the attractiveness of PR's ketuanan rakyat to non-Malays”
Penulis mengira bahawa enam bulan ka hadapan ini suasana akan tenang sedikit. Nampaknya tidak.
Seronok juga sasakali tekaan meleset.
****** UPDATE ******
Read what Sepadu(comment no.406) has to say about the "friendly" action of a "friend" in hanging "friendly threat" hidden in the clouds above our heads at:-
http://deminegara.blogspot.com/2009/03/to-hell-with-politics.html?commentPage=3