Orang kampung amat risau dan curiga terhadap ahli sekampungnya.
Yang satu seramai 26% telah menguasai 60% ekonomi kampongnya. Dia masih mengila-gila mendesak ketua kampong mengurangkan peruntukan kaum lain dengan alasan polisi peruntukan sedia ada itu membantutkan perkembangan kampong.
Yang satu lagi yang seramai 65% baharu menguasai 18% kekayaan kampungnya merasa sangsi dan syak akan kiblat ketua kampung ini apabila mula melaksanakan polisi yang membasmi sesetengah dari polisi peruntukan yang ada, yang belum mencapai matlamatnya. Ketua kampung dahulu-dahulu pernah diusir keluar kerana tidak pandai mempertahankan hak kaumnya.
Perbezaan di antara kedua-dua diatas adalah yang seorang sudah sekaya umpama 230.8 Unit (tiap seorang) manakala yang seorang lagi baru setakat umpama 27.7 Unit (tiap seorang juga). Perbezaan ini akan terus membesar dan menjadi lebih parah (dari 13 Mei?) sekiranya yang tamak rakus tidak diajak beradab sopan manakala yang selama ini berlebih kurang terus dipaksa untuk memberi dan memberi dan berlebih kurang lagi.
Dalam pada itu yang rakus biadap tetap menggunakan hujjah kesamarataan dan keadilan untuk mengherdik dan mengkeji polisi kampong. Mana samanya antara 27.7 dengan 230.8? Mana samanya antara yang seramai 26% dengan 65%? Mana samanya antara yang tamak rakus dengan yang lembut berlebih kurang? Mana samanya antara budaya kasar yang sudah berusia 6000 tahun dengan yang lembut baharu berusia 600 tahun pula.
Ada satu cara samarata yang kalau terpaksa boleh diguna pakai.
Polisi PPSMI yang dikatakan baik untuk kesamasataan tanpa memadam kedaulatan Bahasa Melayu pula dimansuhkan. Mampukah usaha penterjemahan / pentafsiran bersaingan (keep up) dengan kepesataan perkembangan ungkapan teknikel sains dan metematik yang berlaku hampir saban hari itu? Dalam bidang sains perkomputeran sahaja penterjemahan sudah jauh ketinggalan. Ini belum lagi dalam bidang perubatan, psaikology, atau angkasa lepas umpamanya.
Soal perpaduan melalui SSS, yang sebenarnya soal pokok dalam hidup matinya bangsa dan negara Malaysia, kini disapu sahaja oleh yang berwajib ka bawah bantal. Umpamanya, nampaknya kerana pihak yang berjumlah 26% itu menunjukkan sedikit kelatahan, maka ketua kampong tidak berani sedikit pun mengusiknya.
Kita orang kampong tidak fahamlah apa muslihat tinggi yang disimpan di sebalik telinga ketua kampong, pak naib dan mbok lurah serta mereka penolong sekelian. Mereka tidak menerangkan pun kepada kita. Yang kita tahu (agak), yang kita lihat, mereka melaksanakan langkah-langkah yang bukan sahaja gagal meyakinkan atau menarik kaum rakus tamak ini, bahkan menyebabkan kaum yang bertolak ansur dan berlebih kurang selama ini berfikir hendak merajuk.
Kita orang kampong, kita orang dangkal, kita orang cetek, tidak dalam fikiran untuk bersterategi-strategi dan bermaslahat-maslahat ini, tidak tahu mendesak atau meminta-minta. Tetapi sekurang-kurangnya kita tidak sebuas penghuni rimba untuk tidak makan apa-apa yang tidak sesuai dengan selera. Kita dengar di Manik Urai umpamanya, orang-orang cerdik pandai berlumba-lumba melontar bahasa yang bermaksud “aku lebih pandai dari engkau, saya lebih mulia dari kamu, kita lebih Islam dari ….” Dan macam-macam lagi.
Inikah sahaja orang-orang cerdik pandai alim ulamak kita mampu sajikan untuk kita? Tidak ubah seperti maki hamun lirik nyanyian artis-artis dan ahli seni Pakatan. Kedengarannya macam beluluk gugur sebelum masak sahaja. Beruk hutan yang tak pernah memanjat tangga menara gading pun tak payah menunggu beluluk jatuh, kerana ia sedia pandai panjat sendiri ka hujung dahan dan petik sendiri buah masak mengikut cita rasa semula jadi.