SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN

SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN
Satu Bahasa Satu Bangsa Satu Negara
Showing posts with label Qur-an. Show all posts
Showing posts with label Qur-an. Show all posts

Monday, August 9, 2010

Pembacaan Dan Bacaan (Yg Dibaca)

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ


Setiap mu'min merasa tenang, tenteram, 'asyik dan khusyuk apabila membaca Qur-an. Ada yang menitiskan air mata bila membaca ayat-ayat yang berbunyi "Ya aiyuhal lathina aamanu ..." umpamanya. Membacanya dianjurkan setiap masa lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan. Dan semestinya didalam solat.

Qur-an ialah Kalamullah, Kitab, Khitab (perhubungan lisan) dan Wahyu yang Jibrail as sampaikan kepada Rasulullah saw.

26:192-195 Dan sesungguhnya Al Qur’an ini benar-benar diturunkan oleh Tuhan semesta alam, (192) dia dibawa turun oleh Ar-Ruh Al Amin [Jibril], (193) ke dalam hatimu [Muhammad] agar kamu menjadi salah seorang di antara orang-orang yang memberi peringatan, (194) dengan bahasa Arab yang jelas. (195)

Kalamullah inilah dipanggil Qur-an Al Karim yang bukannya makhluk bagaimanapun ia dibaca atau dihafal. Ia adalah satu daripada sifat bagi Dzat Allah swt. Tidak pernah dicipta (muhdath). Tidak berubah (mubaddal) atau bertukar (mughayyar). Bukan kompilasi (mu'allaf) atau ringkasan (manqus). Tidak ada padanya kesia-siaan.

'Uthman ibn 'Affan ra meriwayatkan Rasulullah saw bersabda: Keunggulan Qur-an diatas segala lain-lain perkataan (kalam) adalah seperti keunggulan Allah swt sendiri di atas seluruh makhlukNya.

Al Qur-an adalah Kalamullah samada ia tersurat dalam dada yang menghafalnya, atau disebut diatas lidah yang membacanya, atau pada tangan yang menyuratnya, atau didalam mata yang memerhatinya, atau yang terhimpun didalam mushaf-mushaf para muslimin; dimana sahaja ia dilihat atau didapati, ia adalah Kalamullah.

Kalau ada yang mengatakan Qur-an itu makhluk, atau ibarat, atau pembacaannya itu makhluk (at- tilawa makhluqa), atau yang dibaca darinya (matluww) itu makhluk, atau jika seseorang berkata, "Bacaan Qur-an ku ini makhluk" (lafzi bil Qur-ani makhluq), orang itu seorang yang tidak percaya akan dan menolak Allah swt (kafir). Demikian kata Imam Ahmad ibn Hanbal.

Abu'd Darda' ra menanyakan prihal Qur-an dari Rasulullah saw; mendapat jawapan: Kata-kata Allah itu bukan hasil ciptaan (Kalamullahi ghairu makhluq).

'Abdullah ibn 'Abd al Ghaffar meriwayatkan Rasullah saw bersabda: Allah swt berfirman; KepunyaanNyalah segala ciptaan (khalq) dan perintah (amr).

Iaitu, jika perintah Allah "Jadilah" (kun) yang dengannya Dia swt mencipta itu juga "ciptaan" ini suatu kemustahilan disisi Allah swt.

Bila al Walid ibn al Mughira al Makhzumi kata Qur-an itu "kata-kata manusia" (qawl al-bashar), Allah ancam dia dengan api neraka.

74:24-26 lalu dia berkata: "[Al Qur’an] ini tidak lain hanyalah sihir yang dipelajari [dari orang-orang dahulu], (24) ini tidak lain hanyalah perkataan manusia". (25) Aku akan memasukkannya ke dalam [neraka] Saqar. (26)

9:6 Dan jika seorang di antara orang-orang musyrikin itu meminta perlindungan kepadamu, maka lindungilah ia supaya ia sempat mendengar kalam Allah,
Allah swt tidak kata, "... supaya ia sempat mendengar kata-katamu ya Muhammad"

97:1 Sesungguhnya Kami telah menurunkannya [Al Qur’an] pada malam Lailatil Qadr
Disini Allah swt merujuk kepada Qur-an yang di dalam dada (orang yang hafal) dan di dalam nushaf (dimana tulisannya disalin)

Allah swt Sendiri mengatakan yang pembacaan Qur-an oleh Jibrail as itu Qur-an.

75:16-18 Janganlah kamu gerakkan lidahmu untuk [membaca] Al Qur’an karena hendak cepat-cepat [menguasai] nya [3]. (16) Sesungguhnya atas tanggungan Kami-lah mengumpulkannya [di dadamu] dan [membuatmu pandai] membacanya. (17) Apabila Kami telah selesai membacakannya maka ikutilah bacaannya itu. (18)
73:20 ..... karena itu bacalah apa yang mudah [bagimu] dari Al Qur’an.....

Yang didengar oleh jin itu ialah pembacaan al Qur-an oleh Nabi Muhammad saw...

72:1-2 Katakanlah [hai Muhammad]: "Telah diwahyukan kepadaku bahwasanya: sekumpulan jin telah mendengarkan [Al Qur’an], lalu mereka berkata: "Sesungguhnya kami telah mendengarkan Al Qur’an yang menakjubkan, (1) [yang] memberi petunjuk kepada jalan yang benar, lalu kami beriman kepadanya. Dan kami sekali-kali tidak akan mempersekutukan seorangpun dengan Tuhan kami, (2)

46:29 Dan [ingatlah] ketika Kami hadapkan serombongan jin kepadamu yang mendengarkan Al Qur’an, maka tatkala mereka menghadiri pembacaan [nya]

Bila seseorang membaca Surat Al-Fatihah dalam solatnya dia adalah seorang qari Kitabullah.
Bila seseorang bersumpah tidak akan bercakap, kemudian dia membaca Qur-an, dia tidak melanggar sumpahnya. Ini kerana Qur-an adalah percakapan Allah swt, bukan setakat ibarat sahaja.

Mu'awiya ibn al Hakam meriwayatkan Rasulullah saw bersabda:
Di dalam solat kita ini, tiada hak tempat untuk apa pun bentuk percakapan manusia (kalam al adamiyyin). Hanya ada qira'a, tasbih, tahlil dan suara bacaan (tilawa) Qur-an.
Rasulullah saw memberitahu kita bahawa pembacaan adalah sama dengan apa yang dibaca (at-tilawa hiya'l-mutluww).

Allah swt dan RasulNya saw memerintahkan para mukmin membaca Al Qur-an dalam solat namun melarang penggunaan percakapan manusia. Maka berertilah jika pembacaan kita akan Qur-an itu adalah kata-kata kita dan bukan Kalamullah juga, tentu kita telah melanggar syarat dan rukun solat.

Selamat berpuasa. As salaamu 'alaykum.

Wednesday, March 25, 2009

Abu Jahal - buktikan Aku salah

Rasulullah s.a.w. hanya menyampaikan apa sahaja yang Allah s.w.t. wahyukan.

Abu Jahal dustakan apa sahaja yang Rasulullah s.a.w. sampaikan kepada ummatnya.

Ringkasnya Rasulullah s.a.w. percaya apa sahaja Allah s.w.t. wahyukan.
Abu Jahal tidak mahu percaya langsong. Abu Jahal berpendirian bahawa Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w. adalah pembohong yang berbohong.

Sepuluh tahun sebelum Abu Jahal mati, Allah s.w.t. turunkan:
Surah Al-Masadd atau Al-Lahab
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
(1) Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab dan binasalah dia bersama;
(2) Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya.
(3) Dia akan menderita bakaran api Neraka yang marak menjulang.
(4) Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api.
(5) Di lehernya sejenis tali, dari tali-tali yang dipintal.

Di kalangan jahiliah, telek menelek adalah amalan asam garam mereka.

Surah ini memberi tahu, memforetell atau meramalkan bahawa Abu Jahal akan masuk neraka - bahawa dia tidak akan masuk Islam pun.

Abu Jahal ada masa sepuluh tahun (lebih dari cukup) untuk membuktikan bahawa Allah s.w.t. tidak betul dan Rasulullah s.a.w. pembohong.

Dengan masuk Islam sahaja, mudah musuh Islam boleh berkata, “Tengok, Abu Jahal dah masuk Islam, akan masuk syorga. Nyatalah agama baru ini salah …..” dllsbgnya.

Tetapi tidak. Abu Jahal tidak berdaya hendak mengambil peluang keemasannya itu.

Kenapa agaknya ya?

Mengapa Rasulullah s.a.w. begitu yakin menyebarkan surah ini padahal dengan mudah dia s.a.w. boleh dimalukan oleh musuh-musuhnya.




-----------------------
Ratusan ayat Qur-an seperti ini yang mencabar, … percaya atau tidak, buktikan Aku salah … ... cabaran yang tidak sanggup disambut oleh makhluqNya.
Soddakta ya Allah.
-----------------------

Tuesday, March 17, 2009

Islamophobists claim that Muhammad (s.a.w) was an imposter. Did he find this from a library 1430 years ago … and collect them into the Qur-an?

Islamophobists claim that Muhammad (s.a.w) was an imposter. Did he (Muhammad s.a.w) find this from a library in Dark Europe or Global USA 1430 years ago … and collect them into the Qur-an?

The Constellations Sun and Moon.

The Bible tells us that the sun and the moon just as two lights of differing size.

The Qur’an tells of constellations (buroojan); and differentiates the sun from the moon by using distinguising terms: the moon as light (noor), and the sun as lamp (siraaj).

Blessed is He Who made constellations in the skies, and placed therein a Lamp and a Moon giving light; The Devine Qur-an 25:61

And made the moon a light in their midst, and made the sun as a (Glorious) Lamp? The Divine Qur-an 71:16

Where did Muhammad s.a.w. get this knowledge of astronomy from?

Did he have radio telescopes and space travel gears to scientifically collect data that the sun as “alive” burning itself to produce heat and light; that the moon as a “dead” hunk reflecting light; and that all these are part of a constellation?