Seorang raja bernama Nasib sangat sayang kepada rakyatnya; kebanyakannya dari puak Ayu, Ina dan Ing; yang berlumba-lumba untuk menjadi kesayangan utama kepada rajanya; malangnya melalui perangai memburukkan dan memfitnah dua yang lain.
Tiap puak, bila merasa dirinya terpinggir, membuat kacau dan hingar. Tiap puak, bila merasa dirinya terutama, dalam baik dia menghasut supaya diberi kuasa keatas semua kekayaan negara. Hakikatnya puak sebeginini hendak melebihi kuasa raja.
Ada satu golongan dari puak Ayu yang tidak puas hati, juga dari puak Ina dan Ing membentuk barisan untuk mensepadukan kerja mereka seperti mensabotaj, memfitnah, merusuh dan merusak. Setengah dari usaha mereka berhasil. Mereka menjadi gila kuasa.
Raja Nasib, kerana amat sayangnya baginda kepada rakyatnya samada yang baik atau yang jahat, tidak menyentuh mereka ini. Sebaliknya baginda mengubah kebendaan yang menjadi persekitaran rakyatnya; mungkin dengan harapan persekitaran baru ini akan dapat merubah perangai buruk mereka.
Mula-mula baginda mengubah landscape-landscape kesayangan puak Ayu yang raja dahulu-dahulu binakan. Setengahnya baginda ubah susunan gedung perniagaan mereka. Ada juga kompleks-kompleks susuntadbir puak Ayu ini dirombak, diserap ka jabatan lain, atau dibasmi dan lucutkan kuasanya samasekali. Ada juga hak yang dahulunya diperuntukkan kepada puak Ayu ini dimansuhkan. Akibatnya puak dan beberapa golongan Ayu terasa dipinggirkan lagi. Sesetengah langkah yang diambil oleh raja Nasib ini semua puak Ayu tahu pernah didesak oleh puak Ina dan puak Ing untuk diambil tindak oleh raja Nasib. Mereka dapat sokongan dari sesetengah golongan penderhaka Ayu sendiri. Masa itu raja Nasib belum naik tahta lagi.
Puak Ayu tidak faham apa kebijaksanaannya raja Nasib mengambil langkah ini. Sungut-sungutan belakang-belakang sudah mula kedengaran (seperti dari golongan BigDogBone, Sakmongkol dan Another Brick In The Wall) padahal puak Ayu ini pada tradisinya sangat menghormati dan memuliakan raja mereka. Mereka dalam mode menunggu dengan merasa amat jittery dan tidak puas hati.
Apa langkah seterusnya yang bakal diambil oleh raja Nasib? Adakah masih terhadap puak Ayu. Ataukah terhadap puak Ina dan Ing pula? Mungkinkan puak Ina dan Ing ini tidak disentuh langsung?
Kita sama-sama menunggu.