Kita bernostalgik ka zaman dondang sayang dengan Pantun Dua Kerat seperti:- ...
Guni kapur kiriman pak mentua
Nyanyi di dapur kahwin orang tua
Ayam bulat makan padi beras
Bangun lambat dapat laki malas
Kembang jarak kembang jagung
Berani bawak berani tanggung
Dahulu parang sekarang besi
Dahulu sayang sekarang benci
Secupak nasi setahil berangan
Tersepak kaki, terkehel tangan
Tungku tangkal balik pintu
Budak nakal memang begitu
--------------------------------
.... atau dengan Pantun Teka-Teki.
Alang mengkal buah bidara
Masak setandan tepian pantai
Hilang akal budi bicara
Buah apa tidak bertangkai?
Buah semangka duri dara
Pangkin sasar rama bayangan
Cubalah teka saudari saudara
Semakin besar sama ringan
Pancing mak bidan permata batu
Serampang Arjam sangkut di bahu
Rincing badan bermata satu
Ekornya tajam siapa tahu?
Pokok birah di cerun landai
Biawak Makkah jarang sendawa
Adat berziarah sahabat handai
Buah apakah biasa dibawa
Turun kayangan di Rantau Abang
Menyusur sampai Selat Melaka
Bersayap bukan burung terbang
Apakah haiwan marilah teka?
Cik Leha menanak minyak
Haruman Tok Empat dari setanggi
Dua peha anak pun banyak
Guna mendaki tempat yang tinggi?
Tuba Taka gelaran Bonda
Talian kendur bawa ka pekan
Cuba teka apakah benda
Maju makan mundur pun makan.
Ka pekan tuan beli lencana
Berhiaskan sulaman bunga pala
Silakan Tuan bijak laksana
Binatang apakah tiada kepala?
Bunga merah buah bidara
Berulam anyang bunga tambun
Mentekedarah pelahap tanpa kira
Tak pernah kenyang tahi bertimbun?
Puteri rupawan cerah mentari
Md. Lazim anak Pak Harun
Mari cendikiawan mari bistari
Lazimnya naik tak pernah turun?
The Rukun Negara Of Muslims:- 1) Keep To The Commandments Of Allah. 2) Abstain From That Which Allah Forbids. 3) Pleased With The Decree Of Perovidence.
SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN
Satu Bahasa Satu Bangsa Satu Negara
Showing posts with label Satu Bahasa Satu Bangsa Satu Negara. Show all posts

Sunday, February 14, 2010
Tuesday, May 12, 2009
Sedang Ayam Laga Boleh Tidur Sedahan
Satu sekolah untuk semua. Satu Bahasa. Satu Bangsa. Satu Negara.
SRJKT menggalakkan bercambahnya elemen “siva” dalam negara. SRJKC menggalakkan bercambahnya elemen “ngeh” dalam masyarakat.
Angkara elemen-elemen penumpang-perahu-yang-kehausan-yang-membocorkan-perut-perahu-untuk-kemudahan-minum ini telah menghuru-harakan Perak. Selepas ini entah mana lagi. Mampukah Najib bertahan? Nampaknya ia berundur sahaja .. mungkin sampai ka peringkat sudah tiada apa hendak dikompromikan lagi.
Dalam keadaan Melayu berpecah; dan dalam keadaan pihak ultra-DAP, ultra-PKR dan ultra-PAS membaca perpecahan ini sebagaimana sekumpulan anjing liar savannah Afrika membaca bahawa mangsa buruannya telah longlai; dan dalam keadaan kerajaan percaya ia tidak mempunyai ruang untuk tawar menawar dengan pihak ultra dan chauvanis; adakah sesuai kita mengemukan desakan ini?
Satu lagi desakan tidak mungkin membawa perbezaan beban bagi ketua-ketua kita. Mereka sudah berkata bahawa mereka mengalualukan input dari orang biasa. Kita bersumpah bahawa kita orang biasa. Yang luar biasa ialah yang berdiri di atas meja menjerit-jerit, yang berkaki kontot penunggu kerusi dewan, yang menjual ayat qur’an tapi kufur terhadap Empunya Kalam, dan lain-lain sepertinya.
Kita perhatikan yang lain-lain ini sedang dilayan. Kita tunggu kita ini dilayan atau tidak. Atau mungkinkah undi orang-orang luar biasa itu bernilai ganda dua … tiap kali ada pilihan raya kecil merekalah yang banyak menerima habuan … kita orang biasa ni … entahlah ... kita minta dengan sopan ... tak mahu macam penghulu kontot penunggu kerusi perak ... kalau kerusi emas bertatahkan mutumanikam ... agaknya mereka sanggup buang emak buang saudara.
Seeloknya orang-orang di atas sana duduk bincang semeja. Berkompromi bermuafakat untuk kita orang biasa.
Kita perhatikan fitrah ayam; mula bertemu mereka berlaga. Selepas itu mereka berkawan baik, tidur pada satu dahan pokok. Kita juga perhatikan budak-budak; mula bertemu mereka berkawan, puas bermain mereka bergaduh hingga ibu, bapa, penghulu dan polis terpaksa campur tangan.
Ini mereka sekolah satu bangunan. Kalau lain bangunan dan lain system pendidikan?
Must read: http://deminegara.blogspot.com/2009/05/satu-sekolah-untuk-semua.html

Subscribe to:
Posts (Atom)