SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN

SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN
Satu Bahasa Satu Bangsa Satu Negara
Showing posts with label Satu Sekolah: Ranjau Yang Diada-Adakan. Show all posts
Showing posts with label Satu Sekolah: Ranjau Yang Diada-Adakan. Show all posts

Tuesday, June 2, 2009

Satu Sekolah: Ranjau Yang Diada-Adakan

No one Malaysian has any argument against the SSUS.

Tiada seorang rakyat Malaysia pun yang ada / mempunyai hujjah menentang SSUS. Kalau ditinjau blog-blog, penulisan-penulisan dan komen-komen mengenai SSUS, rata-rata tiada bangkangan terhadap konsep Satu Sekolah Untuk Semua.

Yang “diam” kerana “menjaga hati”?


Hujjah-hujjah yang ada hanya:-

Paling ketara sekali pembahas yang “membangkang SSUS” hanya membentangkan betapa lemah dan buruknya system pendidikan Negara sekarang. Mereka tidak membentangkan kelemahan SSUS kerana mereka tahu SSUS akan memperbaiki dan mengukuhkan system pendidikan sekarang, yang akhirnya akan meningkatkan darjat kewarnanegaraan setiap rakyat Malaysia.

Yang paling mereka berselera dalam “membengkang SSUS” ialah membentangkan “character assassination”, mengeji siapa sahaja yang mereka kira terlibat dengan saranan SSUS ini. Mereka tidak berani membunuh karekter SSUS kerana SSUS bersifat mulia, berniat murni, dan (SSUS ini) tidak mengambil apa-apa manfaatpun dari pembangunan insan hasil dari tingkah laku SSUS itu.


“Bangkangan-bangkangan” lain adalah bersifat nafsu-nafsu rendah seperti iri hati, dengki, tamak, marah, fitnah, hasutan dll. mithalnya :-

Mereka mempertikaikan DEB dan segala yang bersangkutan dengannya … dengan cara menseolah-olahkan penerimanya itu keji sekali.

Mempersoal penerima-penerima hak perlembagaan seperti hak Melayu, Bahasa Melayu dansebagianya.

Melaga-lagakan sentiment seperti dengan mendakwa SSUS akan menghapuskan hak kaum-kaum tertentu.

Mengapi-apikan sentiment curiga-mencurigai seperti mendakwa dengan pelaksanaan SSUS, sesuatu kaum akan menindas kaum yang lain.

Memfitnah dan menghasut dengan menyebarkan maklumat-maklumat palsu dan direka-reka.


Sebenarnya manfaat kebaikan SSUS jauh lebih berat timbangannya dan banyak bilangannya mengatasi ‘kejahatannya’.

-----------

Rasanya, komen-komen (jika ada) yang tergolong nafsu-nafsu rendah ini tidak mempunyai nilai-nilai membangun ... harus ditolak.