Surah Aali'Imran. (3:26).
قُلِ اللَّـهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَن تَشَاءُ وَتَنزِعُ الْمُلْكَ مِمَّن تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَن تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَن تَشَاءُ ۖ بِيَدِكَ الْخَيْرُ ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Hadis Sahih Muslim Jilid 4. # 2463
Dari Tsauban r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda, "Sesungguhnya Allah Ta'ala telah memperlihatkan kepada ku (peta) bumi secara keseluruhan, sehingga aku dapat melihat bumi sebelah Timur dan Barat. Dan sesungguhnya kekuasaan ummat ku akan sampai ke seluruh tempat yang telah diperlihatkan Allah Ta'ala kepada ku. Kepada ku diberikan dua macam perbendaharaan, iaitu merah dan putih. Aku memohon kepada Tuhan untuk membantu ummat ku, agar mereka tidak dibinasakan dengan musim susah yang panjang, dan agar mereka tidak dijajah oleh kekuasaan asing selain oleh mereka sendiri, sehingga kekuasaan mereka menjadi hancur luluh. Tuhan ku berfirman, "Ya, Muhammad! Apabila Aku telah memutuskan suatu putusan, maka putusanKu tidak dapat diubah lagi. Aku memperkenankan doa mu untuk umat mu, bahawa mereka tidak akan binasa dengan musim susah yang panjang. Dan bahawa Aku tidak akan menjajahkan kepada mereka suatu kekuatan musuh selain diri mereka sehingga kekuatan mereka hancur luluh, sekalipun musuh-musuh mereka bersatu mengelilingi, kecuali bila sebahagian mereka membinasakan yang sebahagian dan mereka saling tawan-menawan."
“ …bahawa mereka tidak akan binasa dengan musim susah yang panjang …” Iaitu ummat Islam tidak akan dibinasakan oleh kesusahan yang berpanjangan. Ummat Islam akan binasa bila takut susah.
“…. Aku tidak akan menjajahkan kepada mereka suatu kekuatan musuh …” Iaitu kekuatan musuh tidak akan dapat mengalakan kekuatan Islam …….
“….kecuali bila sebahagian mereka membinasakan yang sebahagian dan mereka saling tawan-menawan….” Iaitu kecuali ada kalangan ummat Islam sendiri yang menyertai barisn musuh menyerang ummat Islam.
“…Aku memohon kepada Tuhan untuk membantu ummat ku,…” Iaitu bantuan Allah swt sentiasa berada di pihak Islam; ditarik balik apabila ada saf2 Islam membelot dan menyertai barisan2 musuh Islam.
(Aali'Imran. Ayat 026) بِيَدِكَ الْخَيْرُإِ
Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. (Iaitu dalam kekuasaan makhluk adanya segala kejahatan)
Ini akhir zaman. Ummat Islam telah menyerahkan kuasa Allah kepada makhluk. Apabila diserahkan kuasa kepada yang tidak mempunyai kuasa / tidak amanah, tunggulah akan kehancurannya.
Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. # 1746
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah saw. bersabda: "Kalau amanah tidak lagi dipegang teguh, maka tunggulah saat kehancuran."
Ia bertanya: Bagaimana orang tidak memegang teguh amanah itu, ya Rasulullah?"
Beliau menjawab: "Kalau sesuatu urusan telah diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya maka tunggulah saat kehancuran."