SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN

SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN
Satu Bahasa Satu Bangsa Satu Negara

Thursday, July 19, 2018

Antara Iman Dan Kufur, Ada Jalan Tengah?

Di zaman Rasulullah saw, orang2 kafir berusaha menolak ajaran2 Islam dengan:-
1: menimbulkan kontroversi mengenai pengertian2 atau kefahaman2 Al Quran dan
2: berusaha mereka2cipta kontroversi2 antara Rasulullah saw dengan Allah swt.
Penolakan ini berdasarkan pegangan mereka atau keengganan mereka
1:: mentawhidkan Allah swt sebagaimana Allah swt sepatutnya ditawhidkan dan
2:: keengganan mereka menerima Rasulullah saw.

Kerajaan PH hari ini, samada ahlinya yang Islam, apatah lagi yang bukan Islam, berbuat perkara yang sama, sengaja menimbulkan kontroversi2 mengenai ketetapan2 dan hukum2 Allah swt (hakikatnya menyerang Islam) dengan menghujjah bahawa konon perkara2 itu tidak ada kena mengena dengan pentadbiran Agama Islam, konon ia hanya mengenai pentadbiran negara, pentadbiran duniawi.

Apakah perkara2 itu? Iaitu perkara mengenai kebolehan:-
1. Kerajaan dunianya mempertahankan murtad.
2. Menerima dan mempertahankan amalan LGBT.
3. Kewajaran kerajaan dunia memerintahkan I’tiqad Ahlu-s-Sunah wal Jemaah menerima I’tiqad kaum atau firkah dan fikrah sesat.

Apabila demikian pemimpin2 Islam dalam PH, tergolonglah mereka kepada apa yang Allah swt firmankan; An-Nisa’ (4:150) إِنَّ الَّذِينَ يَكْفُرُونَ بِاللَّـهِ وَرُسُلِهِ وَيُرِيدُونَ أَن يُفَرِّقُوا بَيْنَ اللَّـهِ وَرُسُلِهِ وَيَقُولُونَ نُؤْمِنُ بِبَعْضٍ وَنَكْفُرُ بِبَعْضٍ وَيُرِيدُونَ أَن يَتَّخِذُوا بَيْنَ ذَٰلِكَ سَبِيلًا
Sesungguhnya orang2 yang kufur kepada Allah dan rasul2Nya, dan bermaksud memperbeza2kan antara (keimanan kepada) Allah dan rasul2Nya, dengan mengatakan: "Kami beriman kepada yang sebahagian dan kami kufur terhadap sebahagian (yang lain)", serta bermaksud (dengan perkataan itu) mengambil jalan (tengah) di antara yang demikian (iman atau kufur).

Dalam lain perkataan, mereka menuntut hak mengamalkan Islam cara mereka sendiri, enggan ikut cara Rasulullah saw , enggan tunduk kepada cara Allah swt.

Itulah kerajaan fasik PH hari ini, memperjuangkan bahawa kuasa dunianya wajar mengubah ketetapan2 dan hukum2 Allah swt. Mereka berpegang atau berpihak kepada makhluk2 penentang Allah swt seperti Iblis, syaitan dan Dajjal yang enggan tunduk kepada Allah swt.

Mereka sudah berjanji dengan Allah swt dengan perjanjian Dua Kalimah Syahadah. Berjanji tunduk, islam, kepadaNya. Lalu mereka menyalahi janji itu. Mereka merombak dan merusak apa yang sudah diperbaikinya dengan syahadah.
Al Baqarah (2:27) الَّذِينَ يَنقُضُونَ عَهْدَ اللَّـهِ مِن بَعْدِ مِيثَاقِهِ وَيَقْطَعُونَ مَا أَمَرَ اللَّـهُ بِهِ أَن يُوصَلَ وَيُفْسِدُونَ فِي الْأَرْضِ ۚ أُولَـٰئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ
1:: (Iaitu) orang-orang yang merombak (mencabuli) perjanjian Allah sesudah diperteguhkannya, (iaitu memperteguh janji dengan Dua Kalimah Syahadah), dan
2:: memutuskan perkara yang disuruh Allah supaya diperhubungkan, (iaitu mereka putuskan kehendaknya atau urusannya atau pemerintahannya sehingga tidak lagi terhubung dengan kehendak, urusan dan pemerintahan Allah swt, iaitu mufarakah dari saf2 ketaatan mengurus tadbir bagi pihak Allah swt), dan
3:: mereka pula membuat kerosakan dan bencana di muka bumi. (iaitu membolehkan atau menghalalkan apa yang Allah swt tegah dan haramkan, dan mengharamkan apa yang Allah swt halalkan). Mereka itu ialah orang-orang yang rugi.

Bila imam atau amir atau ketua memerintah kepada melanggar batas2 Allah sw, tiada kewajipan mentaatinya, malah terlalu wajar membantah kalau kuat, meninggalkan mereka sahaja kalau tidak.