SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN

SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN
Satu Bahasa Satu Bangsa Satu Negara

Sunday, September 20, 2009

Salam Aidil Fitri

Salam Aidil Fitri for all muslims muslimats followers of Muhammad saw. May God bless us all with peace and serenity of heart.

Salam Aidil Fitri untuk semua ummat Muhammad saw. Semuga Allah Kurniai kita dengan rahmat dan kesucian hati dari sisiNya. Amin.

Maaf zahir batin.

Salam Alaykum.

Sunday, September 6, 2009

Berhubungan 2 (Untuk Anak Cucu Di Mana Berada)

Selepas shahor menunggu subuh 17 Ramdhan 1430.

Tok Ki! Harap cerita sedikit tentang solat.

Hai cucu; kau kini 16 ... seumur belia
Bila kau 61 nanti ... warga emas
Hendaknya solatmu meningkat darjatnya
Seiringan meningkatnya umurmu
Dari kaca biasa ke intan pilihan.

Kau bersolat ketika belia
Jasad dikatakan hadhir masuk solat
Wajah dikatakan mengadap arah yang disembah
Namun hati absent tertinggal di luar
Merayau sekeliling dunia
Terjumpa segala yang hilang
Teringat segala yang terlupa
Hai cucu solatmu senilai kaca.

Baikilah hubunganmu dengan Tuhanmu hai cucuku
Adalah malang tidak kepalang
Solatmu di usia warga emasmu
Sedarjat solatmu di usia belia remajamu.

Apabila meningkat ka warga keemasan
Manakala berdiri mengangkat takbir
Wajah dihadapkan kepada WajahNya
Pencipta langit dan bumi
Hati hadhir ke HadihratNya ....
..... tiada menoleh menerawang merata ....
..... berusahalah ka arah itu dan untuk itu .....
..... bernilai beberapa darjat ....
..... dari kaca ka intan pilihan ....

Melalui perhubunganmu dengan Tuhanmu.

Yang kau perbaiki setiap masa.

Melalui duniamu untuk akhiratmu.

Sabda Rasulullah saw, "Apabila si mukmin memulakan solatnya, serta qalbunya masuk hadhir ka hadhirat Tuhannya, khemah-khemah cahaya didirikan di sekitarnya, para malaikat berdiri di sekelilingnya, rahmat diTurunkan ka atasnya dari sisiNya, lalu Al-Haq Berbangga dengan dia."