Berapa kuat pun aku,
Tak upaya aku ubah satu hari pun yang sudah berlalu,
Tak dapat tahan satu hari pun yang sedang berlalu,
Jahat atau baik.
Namun ….. Dengan penuh kasih,
Allah jadikan untuk ku Subuh dan hari yang baru,
Untuk aku tidak mengulangi kejahatan ku,
Untuk aku memperelokkan kebaikan2 yang ada,
Buat persiapan ku saat kembali kepadaNya.
-------------
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis Nombor 4258.
Maksudnya : "Ibnu Abi Umar menceritakan kepada kami, Sufyan memberitahukan kepada kami dari Amr bin Dinar dari Said bin Jubair, ia berkata : Saya berkata kepada ibnu Abbas : Sesungguhnya Nauf AI Bikali mengatakan bahawa Musa Nabinya Bani Israil itu bukan Musa yang menemani Nabi Khidir".
Ibnu Abbas berkata :"Bohong musuh Allah. Saya mendengar Ubayyi bin Kaab berkata : Saya mendengar Rasulullah SAW. bersabda : Musa berkhutbah pada Bani Israil, beliau ditanya : Siapakah di antara manusia yang paling pandai ? Maka Allah mencelanya, kerana beliau tidak mengembalikan kepandaian itu kepada Allah dan Allah memberi wahyu kepada Musa, bahawa salah satu hamba ku dipertemukan dua lautan, dia lebih pandai dari kamu. Musa berkata :"Ya Tuhan, bagaimana saya boleh menjumpainya ? Tuhan berfirman kepadanya :"Bawalah ikan dikantung, dan apabila ikan itu hilang, dia (Nabi Khidir) ada disitu.
Dan berangkatlah Nabi Musa bersama temannya iaitu Yusa' bin Nun, Musa menaruh ikannya di kantung, berangkatlah dia dan temannya dengan jalan kaki, sehingga mereka sampai di batu besar. Musa dan temannya tertidur. Ikan melompat-lompat dari kantung dan keluar kemudian jatuh di laut.
Rasulullah bersabda :"Kemudian Allah menahan mengalirnya air, seakan-akan air seperti lingkaran dinding yang ikan tadi dapat minum (dan lari). Musa dan temannya merasa hairan dan mereka meneruskan perjalanannya untuk siang hari dan malam seterusnya. Teman Musa lupa untuk memberitahukan kepadanya. Maka ketika pagi hari Musa berkata kepada temannya : Bawalah kemari makanan kita, sesungguhnya kita telah merasa letih kerana perjalanan ini.
Rasulullah bersabda :Musa tidak merasa letih sampai dia melalui tempat yang diperintahkannya. Temannya berkata : Tahukah Tuan ketika kita mencari tempat berlindung (berehat) di batu tadi, maka sesungguhnya aku lupa (menceritakan tentang) ikan itu dan tidak ada yang melupakan untuk menceritakannya kecuali syaitan. Ikan itu mengambil jalannya ke laut dengan cara yang aneh sekali.
Musa berkata : Itulah tempat yang kita cari. Lalu keduanya kembali mengikuti jejak mereka semula.
Rasulullah bersabda :Keduanya mencari lagi jejaknya.
Sufyan berkata :Orang-orang mengatakan bahawa disamping batu besar itu ada sumber air yang boleh menghidupkan. Orang mati yang terkena airnya boleh hidup kembali. Sufyan meneruskan berkata : Ikan itu sudah dimakannya (sebahagian) dan ketika ikan itu kena titisan air, ikan itu hidup lagi kembali. Dan keduanya mencari jejak, sehingga keduanya sampai dibatu.
Musa melihat seorang lelaki berselimut pakaian. Musa mengucapkan salam kepadanya.
Nabi Khidir berkata :Bagaimana bumi keselamatan mu. (iaitu Siapa dan dari mana kamu).
Saya Musa.
Nabi Khidir berkata :Musa Bani Israil ?
Musa menjawab :Ya.
Nabi Khidir berkata : Hai Musa! Sesungguhnya kamu pada ilmu, dari ilmu Allah yang telah diberikan kepada mu. Saya tidak mengetahuinya. Saya pada ilmu dari ilmu Allah yang telah diberikan kepada saya. Engkau tidak mengetahuinya.
Musa berkata kepada Khidir : Bolehkah aku mengikuti mu supaya kamu mengajarkan kepada ku ilmu yang benar, di antara ilmu-ilmu yang diajarkan kepada mu?
Dia menjawab :Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sanggup sabar bersama ku. Dan bagaimana kamu dapat sabar atas sesuatu, yang kamu belum mempunyai pengetahuan yang cukup tentang hal itu?
Musa berkata: Insya Allah kamu akan mendapati aku sebagai orang yang sabar dan aku tidak akan menentang mu dalam sesuatu urusanpun.
Khidir berkata pada Musa : Jika kamu mengikuti ku, maka janganlah kamu menanyakan kepada ku tentang suatu apapun, sampai aku sendiri menerangkannya kepada mu.
Musa menjawab :Ya.
Maka berangkatlah Khidir dan Musa berjalan kaki pada tepi laut. Lalu padanya perahu. Penumpang2 perahu berkata padanya untuk mengangkut keduanya. Mereka mengenali bahawa dia adalah Khidir. Maka mereka mengangkutnya dengan tanpa bayar. Maka Khidir menuju pada papan perahu dan melubanginya.
Nabi Musa berkata kepadanya: Mereka telah mengangkut kita dengan tanpa bayar dan kamu melubangi perahunya yang akibatnya kamu menenggelamkan penumpangnya? Sesungguhnya kamu telah berbuat kesalahan yang besar.
Khidir berkata : Bukankah aku telah katakan: Sesungguhnya kamu sekali2 tidak akan sabar bersama dengan aku.
Musa berkata: Janganlah kamu menghukum aku kerana kelupaan ku dan janganlah kamu membebani aku dengan sesuatu kesulitan dalam urusan ku.
Kemudian keduanya turun dari perahu. Ketika mereka berjalan di tepi laut, ada anak kecil bermain2 dengan anak2 kecil lainnya. Khidhir memegang kepalanya, menariknya dan membunuhnya.
Musa berkata kepadanya: Mengapa kamu membunuh jiwa yang bersih? Bukan kerana ia membunuh orang lain? Sesungguhnya kamu telah melakukan sesuatu yang mungkar.
Khidhir berkata: Bukankah sudah ku katakan kepada mu, bahawa sesungguhnya kamu tidak akan dapat sabar bersama ku?
Rasulullah bersabda: Kejadian itu lebih besar dari yang pertama. Musa berkata: Jika aku bertanya kepada mu tentang sesuatu sesudah ini, maka janganlah kamu memperbolehkan aku menyertai mu. Sesungguhnya kamu sudah cukup memberikan uzur pada ku.
Maka keduanya berjalan. Hingga tatkala keduanya sampai pada penduduk suatu negeri, mereka minta dijamu kepada penduduk negeri itu, tetapi penduduk negeri itu tidak mahu menjamu mereka. Kemudian keduanya mendapatkan dalam negeri itu dinding rumah yang hampir roboh. Rawi berkata: Miring.
Khidhir memberi isyarat dengan tangannya, begini, maka Khidhir menegakkan dinding itu.
Musa berkata kepada Khidhir: Kita datang pada penduduk. Mereka tidak mahu menjamu, tidak mahu memberi makan kita. Jikalau kamu mahu, nescaya kamu mengambil upah untuk itu.
Khidhir berkata: Inilah perpisahan antara aku dengan kamu. Aku akan memberitahukan kepada mu tujuan perbuatan2 yang kamu tidak dapat sabar terhadapnya.
Rasulullah SAW. bersabda: Semoga Allah memberi belas kasih kepada Musa. Kita akan senang kalau dia sabar sampai dia menceritakan kepada kita dari khabar keduanya.
Ubayyi' berkata: Rasulullah SAW. bersabda: Kejadian pertama adalah dari Musa kerana ia lupa.
Ubayyi berkata: Datanglah burung pipit pada hujung perahu, kemudian mematuk air laut.
Khidhir berkata kepada Musa: Tidak akan mengurangi ilmu ku dan ilmu mu dari ilmu Allah, kecuali seperti berkurangnya burung pipit itu mematuk air laut.
Said binJubair berkata : Ibnu Abbas dia membaca: Kerana dihadapan mereka ada seorang raja yang merampas tiap perahu yang baik.
Dan Ibnu Abbas membaca: Dan adapun anak muda itu, dia adalah anak kafir. Hadis ini hasan sahih, Abu Ishaq Al Hamdani telah meriwayatkan hadis ini dari Said bin Jubair dari Ibnu Abbas dari Ubayyi bin Ka'ab dari Nabi SAW. Zuhri juga telah meriwayatkan hadis ini dari Ubaidillah bin Abdillah bin Uthbah dari Ibnu Abbas dari Ubayyi-bin Ka'ab dari Nabi SAW. Abu Muzahim As Samarqandi berkata .. Berkata Ali bin Al Madini: Saya pergi haji, tidak sengaja, saya mendengar Sufyan menyebut hadis ini, iaitu lafaz haddasana, ahbarona sampai saya mendengar: Telah menceritakan kepada kami Amr bin Dinar. Dan saya telah mendengar hadis ini dari Sufyan sebelum itu dan dia tidak menyebut : Haddasana, ahbarana".
------------
Abu Hurairah reported: The Messenger of Allah s.a.w. said:
Allah Almighty said: Whosoever shows enmity to someone devoted to Me, I shall be at war with him. My servant draws not near to Me with anything more loved by Me than the religious duties I have enjoined upon him; and My servant continues to draw near to Me with supererogatory works so that I shall love him. When I love him I am his hearing with which he hears, his seeing with which he sees, his hand with which he he strikes and his foot with which he walks. Were he to ask [something] of Me, I would surely give it to him; and were he to ask Me for refuge, I would surely grant him it. I do not hesitate about anything as much as I hesitate about seizing the soul of My faithful servant; he hates death and I hate hurting him.
[Sahih Bukhari, Book 76, No 509]
Allah swt berfirman:
Sesiapa memusuhi awliya Ku, Aku perangi dia. Tidak hamba Ku mendekati Ku dengan sesuatu yang lebih ku sukai melainkan dengan mentaati perintah2 Ku yang Ku fardhukan kepadanya, dan dia pula terus menerus mendekati Ku dengan yang sunat2 semata2 untuk Kasih Redho Ku. Bila Aku mengasihi dia, Akulah pendengaran yang dengannya dia mendengar, Akulah pandangan yang dengannya dia memandang, Akulah tangannya yang dengannya dia memukul, Akulah kakinya yang dengannya dia berjalan. Bila dia meminta, Akulah pemberinya; bila dia berlindung, Akulah pelindungnya. Aku tidak tertahan2 sebagaimana Aku seolah2 tertahan2 dari mengambil rohnya: dia benci mati dan Aku benci menyakitinya.