SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN

SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN
Satu Bahasa Satu Bangsa Satu Negara

Tuesday, July 20, 2010

Alat Pemancar Dan Penerima

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Permainan kanak-kanak. Kereta kawalan. Di dalamnya terdapat alat penerima isyarat gelombang radio (receiver). Atat pemancarnya ada pada kanak-kanak tersebut.

Pada tangan Iblis syaitan ada juga alat pemancar. Pada tubuh manusia pula ada alat receiver. Receiver ini bernama Al-Nafs Al-Amarah. Ia hanya menerima perintah jahat. Dari Iblis syaitan. Orang yang ditakluk oleh Nafs Amarahnya menjadi proxy kepada Iblis syaitan. Sungguh "beruntung" dia. Lebih beruntung daripada menjadi proxy kepada Anwar atau sebagainya. Dari Iblis syaitan ini, melalui receiver tersebut wujudlah satu silsilah berantai-rantai yang (ala-MLM?) melayakkan anak Adam kroninya menaiki "keretapi-i"; kepunyaan Iblis dan kroninya.

Allah s.w.t. juga sediakan rantai silsilah penempa tikit naik "keretapi-a" balik kepada Allah s.w.t. Allah s.w.t. juga jadikan enam lagi receiver lain dalam manusia. Allah jadikan alat pemancarnya pula pada tangan para Anbiya. Isyarat yang keluar dari pemancar yang ini menunjuk kepada jadual keretapi ke stesen-stesen dalam perjalanan balik kepada Dia s.w.t. Ia juga menayangkan pemandangan-pemandangan di perjalanan dan di destinasinya.

Allah s.w.t. juga sediakan akal. Akal memandu membuat pilihan: pilih salah satu keretapi. Manusia sebagai pelancung boleh memilih naik keretapi mana yang disukai. Akalnya memberinya panduan. Tapi ramai yang tidak mahu bersusah-susah mengetahuinya. Mereka cenderung membenarkan akal (orang, makhlik) lain membuat pilihan untuk mereka.

Dari kalangan "yang tidak mahu tahu ini", ada yang naik "keretapi-a". Menonjolkan diri sebagai pewaris Ambiya. Tetapi tidak mempunyai alat pemancar para Anbiya. Kerja mereka menghalang-halang kebajikan, umpamanya menghalang ummat (Melayu Islam sahaja?) dari bersatu, memperomosi agenda musuh sambil menghalalkan diri dan puaknya diperkudakan musuh tersebut. Mereka telah memperkasakan receiver Nafs al-Amarah mereka. Enam receiver Noor yang lainnya itu, kerana tidak mewarisi pemancar dari para Anbiya, terabai dan menjadi medan Nafs al-Amarah pula. Maka ketujuh-tujuh alat kawalan ini jatuh ke tangan manipulators.

Perbuatan mereka membuktikan proxy siapa mereka ini. Perbuatan mereka diperhias oleh Iblis. Yang keji kelihatan cantik oleh mereka. Akal mereka sudah terbalik kerana dikawal melalui ketujuh-tujuh alat kawalan oleh manipulators. Maka yang mengendali mereka ialah penunggang mereka. Mereka tidak mampu hendak mengetahui kebenarannya. Qur-an kata mereka sudah teristidraj; sekira-kira mereka tidak sedar.

Orang yang tidak sedar tidak diterima menjadi pemimpin, kecuali oleh yang sama-sama tidak sedar.

Tidak mungkin Bangsa Melayu mengakhiri hayat 40,000 tahunnya demikian rupa.
-----------------------------------

Mari menyanyi.

Perahu Negeriku
Perahu Bangsaku
Menyusuri gelombang.

Seamangat rakyatku
Kibar benderaku
Menangguk lautan.

Langit membentang
Cakrawala di depan
Melambaikan cabaran.

Di atas tanahku
Dari tanah airku
Tumbuh kebahagiaan.

Di sawah kampungku
Di jalan kotaku
Terbit kesejahteraan.

Tapi ku hairan
Di tengah perjalanan
Muncullah kepincangan.

Aku hairan
Aku hairan
Yang salah dipertahankan.

Aku hairan
Aku hairan
Yang benar disingkirkan.

Perahu Negeriku
Perahu Bangsaku
Jangan retak dindingmu.

Semangat rakyatku
Derap kaki tekadmu
Jangan terantuk waktu.

Tanah pertiwi
Anugerah Ilahi
Jangan makan sendiri.

Tanah pertiwi
Anugerah Ilahi
Jangan ambil sendiri.

Aku hairan
Aku hairan
Si kuat kenyang
Si lemah kelaparan.

Aku hairan
Aku hairan
Keserakahan diagungkan.

Aku hairan
Aku hairan
Yang salah dipertahankan.

Aku hairan
Aku hairan
Yang benar disingkirkan.