SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN

SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN
Satu Bahasa Satu Bangsa Satu Negara

Monday, July 12, 2010

Pilihan

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

سُوۡرَةُ البَقَرَة (2; Al Baqarah)
فَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يَقُولُ رَبَّنَآ ءَاتِنَا فِى ٱلدُّنۡيَا وَمَا لَهُ ۥ فِى ٱلۡأَخِرَةِ مِنۡ خَلَـٰقٍ۬ (2:200)
(2:200) Maka di antara manusia ada orang yang berdoa: "Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia", dan tiadalah baginya bahagian (yang menyenangkan) di akhirat.

Rugilah jika ada bahagian di dunia tetapi tidak di akhirat.

وَمِنۡهُم مَّن يَقُولُ رَبَّنَآ ءَاتِنَا فِى ٱلدُّنۡيَا حَسَنَةً۬ وَفِى ٱلۡأَخِرَةِ حَسَنَةً۬ وَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ (2:201)
2:201) Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: "Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka".

Allah; sangat luas pemberianNya, bukan sahaja seluruh langit dan bumi ini untuk makhlukNya, malahan WajahNya juga. Allahu akbar.

Waktu muda-muda dahulu diberiNya nikmat bercinta; satu nikmat dan kebahagiaan paling mengasyikkan; iaitu bila berdekatan, bila berdua-duaan, bila bersama dengan sidia yang dicintai. Bagai didalam syurga. Sehari terasa sesaat. Hadiah, cendera hati dan pemberian yang dicurahkan olehnya pun tidak setara.

Bila berjauhan, gelisah. Sehari tak jumpa, rindu-rinduan. Seminggu tanpa khabar, cemburu. Tidur tak lena makan tak lalu. Apabila sidia merajuk, hidup susah mati pun susah. Dalam syurga percintaan pun ada siksa nerakanya sendiri. Ketika beginilah ada diantara mereka yang berdoa, "... dan peliharalah kami dari siksa neraka".

Dalam lain perkara, ada diantara mereka yang berdoa, "... dan peliharalah kami dari siksa neraka" kerana benar-benar takut akan siksa neraka akhirat.

Ada juga diantara mereka yang berdoa, "... Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat ..." kerana inginkan syurga dunia dan syurga akhirat.

Diantara mereka ada juga, apabila memohon "hasanat" dunia, mereka inginkan semuga Allah s.w.t. menganugerahkan dengan kekuatan yang menggerakkannya kepada kataatan. Dan bila memohon "hasanat" akhirat, mereka inginkan semuga dapat melihat wajah Allah s.w.t. Syurga atau bidadari atau lain-lain "hasanat" di syurga tidak sebanding, kerana itu makhluk jua. Dan bila berdoa, "... dan peliharalah kami dari siksa neraka" mereka memohon semuga dipelihara dari berjauhan dariNya.

Wajah ini, kalaupun
Diperlihatkan kepada
Ahli neraka, lenyap segala siksa.

Namun tidak sedikit yang sering bermadah ...

Tuhan ku ... Tuhan ku
Aku tak layak akan syurga Mu
Pun aku tak tahan akan Neraka Mu
Maka ampunilah aku
Ampunilah aku.