SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN

SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN
Satu Bahasa Satu Bangsa Satu Negara

Sunday, September 6, 2009

Berhubungan 2 (Untuk Anak Cucu Di Mana Berada)

Selepas shahor menunggu subuh 17 Ramdhan 1430.

Tok Ki! Harap cerita sedikit tentang solat.

Hai cucu; kau kini 16 ... seumur belia
Bila kau 61 nanti ... warga emas
Hendaknya solatmu meningkat darjatnya
Seiringan meningkatnya umurmu
Dari kaca biasa ke intan pilihan.

Kau bersolat ketika belia
Jasad dikatakan hadhir masuk solat
Wajah dikatakan mengadap arah yang disembah
Namun hati absent tertinggal di luar
Merayau sekeliling dunia
Terjumpa segala yang hilang
Teringat segala yang terlupa
Hai cucu solatmu senilai kaca.

Baikilah hubunganmu dengan Tuhanmu hai cucuku
Adalah malang tidak kepalang
Solatmu di usia warga emasmu
Sedarjat solatmu di usia belia remajamu.

Apabila meningkat ka warga keemasan
Manakala berdiri mengangkat takbir
Wajah dihadapkan kepada WajahNya
Pencipta langit dan bumi
Hati hadhir ke HadihratNya ....
..... tiada menoleh menerawang merata ....
..... berusahalah ka arah itu dan untuk itu .....
..... bernilai beberapa darjat ....
..... dari kaca ka intan pilihan ....

Melalui perhubunganmu dengan Tuhanmu.

Yang kau perbaiki setiap masa.

Melalui duniamu untuk akhiratmu.

Sabda Rasulullah saw, "Apabila si mukmin memulakan solatnya, serta qalbunya masuk hadhir ka hadhirat Tuhannya, khemah-khemah cahaya didirikan di sekitarnya, para malaikat berdiri di sekelilingnya, rahmat diTurunkan ka atasnya dari sisiNya, lalu Al-Haq Berbangga dengan dia."

6 comments:

Anonymous said...

SLM BRO DAL..SESUNGGUHNYA SOLAT MENYUCIKAN HATI, BERTASBIH ATAS NAMA ALLAH AZAWAJALLAH..BERWIRID MENGENANGKAN KEBESARANNYA..BERTAWADDUK NAK MENDAPATKAN KEREDHAANNYA..SEBAGAI BEKALAN DI AKHIRAT..KWN HANYALAH INSAN KERDIL..HANYA MAMPU BERDOA UTK MENDAPATKAN KEAMPUNAN SELEPAS MATI

Tam Dalyell said...

Salam Abang Jeffry;

Heh heh insan kerdil yang berjiwa besar ... kawan hanya mampu ikut dari belakang ... nak menyamai atau meniru tidak sekali ... ngak mampu gue.

NJ said...

Tuan Hamba Dal,

Hati muda,
cinta mencinta,
petikan kata sang pencinta,
pengubat rindu yang membara.

Petikan dari "Sang Pencinta" - M. Nasir:-

Pada Mu jua Tertuju segala jalan
Pada Mu jua Cinta ku serahkan
Kerna hati seorang pencinta
Pandangannya satu
Matanya hanya melihat Dia
Yang melihatnya Hanya Dia
kekasihnya


Salam Ramadhan, Tuan Hamba.

"SATU BANGSA, SATU NEGARA, SATU BAHASA"

NJ

Anonymous said...

Salam Tuan Dal,

It's so beautiful...simple yet so...'honest', coming from the heart. I'm touched..
My third time reading it, i almost cried. Nasib baik kena control macho depan orang :)

Thanks..

Tam Dalyell said...

Salam Tuan NJ;

Salam Ramdhan kembali tuan.

Biasanya, bila berdiri menghadap Tuhan, sedang perut sedikit lapar, hati tenang dan tunduk, ia lunak berbisik ...

"Pada Mu jua Tertuju segala jalan
Pada Mu jua Cinta ku serahkan ..."

Langsung ... gue gimana sih mas? Udah tua kayak gini, massaa mau bercinta segala?

Tam Dalyell said...

Salam Tuan dinturtle;

I remember you writing about being purposely alone diving off an island somewhere, was it in the South Chine Sea, and being investigated upon by seven giant flower horns, and feeling completely one with nature as the result of it, ... etc ... etc ... as if conscious of each others silent thoughts ... wow, that was fantastically soul touching.

Wish it can happen to me.