Kesian Anwar terus jatuh dan jatuh. Begitu juga perjuangannya - konon hendak merencana perubahan. Budak-budak kata padan muka!
Era 90an menyaksikan Anwar dari setinggi sebagai TPM dan Menteri Kewangan tersungkur ke pantat penjara kerana korupsi dan liwat.
Kemudian terbongkar pula pekungnya yang dia ini penyebar fahaman Wahabisme yang bersalahan dengan iktikad ahlus sunah wal jamaah.
Dan dari dunia athiest Barat pula dia mengimport fahaman pluralisme dalam agama yang bertentangan dengan tauhid Islam.
Maka di dunia Islam, hilanglah sudah darinya aura yang kononnya dia ini pejuang agama malah timbullah darinya aura penyeleweng akidah dan perusak agama.
Saga "16 September" menyerlahkan keperibadian pembohong dan pembelitnya. PKR retak seribu kerananya, dan kini ternyata berlaku perpecahan di setiap lapisan dan tempat.
Amerika sudah berhenti dari menyorak, memberi galakan atau mengapungkannya. Tiada lagi Madeleine Albright atau William Cohen atau Al Gore. Akhir sekali, Hillary Clinton membatalkan pertemuan empat mata dengannya pada saat-saat akhir.
Kini, saki baki PKR sendiri mula mempersoalkan apa lagi sisa kebaikan yang ada padanya yang boleh dijadikan ikutan. Politik negara dicebis-cebiskan. Kesatuan bangsa dihancur luluhkan. Agama negara dibusungkan dengan wahabisme dan pluralisme.
Agaknya hanya satu yang masih tinggal yang boleh dijadikan ikutan. Keperibadiannya sendiri - yang menjadi diva selebriti keluar masuk mahkamah.
Punahlah sudah harapan Anwar. Hendak ke Putera Jaya? Hendak menidakkan 2/3 majority dari BN pun hanya tinggal kenangan silam baginya.
Kini sudah ada suara-suara yang mengakui dia ini bukan sahaja satu libility malah sudah menjadi satu ancaman kepada bangsa dan agama.