Mencuba software Intense Debate yang baru diinstall.
1) Sayang bini tinggal-tinggalkan
Sayang anak tangan-tangankan
i) Tanda sayangkan isteri ialah apabla ditinggalkan untuk isteri bahagian agama dan bahagian harta atau apa-apa yang most dear to him (si suami). Tinggalkan isteri dan kemudian makan daging mentah di luar amat merugikan kedua-dua .....
ii) Menyayangi anak ialah dengan menangani perihal hidup matinya dari sejak lahirnya hingga ke liang lahadnya, yang demikian itu menguntungkan kedua-dua .....
2) Merajuk pada yang kasih
Minta pada yang ada
Merajuki atau meninggalkan kasih sayang yang bersifat sementara ... lalu menuju kepada kasih sayang yang abadi ... hanya apabila berlaku permintaan itu kepada yang ada.
"Ada" di sini bermaksud "(i) mempunyai" atau "(ii) hadhir, present, wujud".
Akal membuka ruang membuat pilihan. Bebas memilih. Hanya takat itu.
Freedom of choice can be ours but never Freedom of Will. It belongs to and the prerogative of the Yang Maha Ada.
3) Tanam padi tumbuh lalang.
Tanam padi: Dahulu, bumi keramat ini menerima mereka seadanya.
Tumbuh lalang: 1945 sebahagian mereka menganggotai Bintang Tiga membunuh membakar penduduk, rumah-rumah dan kebun-kebun.
Tanam padi lagi: 1957 mereka semua diberi kerakyatan tanpa kira; diberi hak memerintah sama; diberi layanan terbaik berbanding yang diberikan oleh mana-mana negara dunia pun.
Tumbuh lalang lagi: 1963, 13Mei tercetus adalah angkara extreme provocation oleh sebahagian mereka terhadap peribumi.
Tumbuh lalang sekali lagi: Angkara sang ketol dan mendaliar, 2008 hingga sekarang sebahagian mereka (i) mempersoalkan hak peribumi (ii) mempersendakan Perlembagaan Negara (iii) mengungkit Perlenbagaan Parlimen Beraja (iv) Mensabotaj keluhuran undang-undang dan ketenteraman awam (v) memperlekeh agama resmi negara, bahasa kebangsaan dll sbgnya. (vi) berkeras mengekalkan sifat kependatangan mereka sambil menulis semula sejarah tanah air dengan ciri-ciri peribumi yang di"pendatang"kan juga.
Betulkah bumi bertuah ini begitu malang hingga hanya menumbuhkan lalang?
Betulkah Melayu ini masyhor dengan kesabaran dan sifat "tak apa"nya hingga sanggup berbuat baik hingga bertabur urai?
Memangkah(lah) betul mereka ini secara senyap sedang mendirikan ketuanan kiasu mereka sambil memomokkan keluhuran dan keikhlasan sifat ketuanan Melayu?
No comments:
Post a Comment