SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN

SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN
Satu Bahasa Satu Bangsa Satu Negara

Saturday, October 31, 2009

Bila Robin, NSulong , DPP, EWO atau Malaysian Heart berkata ...

Mereka semua ada dalam Blog Demi Negara ... sebenarnya menetas di merata-rata asalkan dapat menyebarkan bisul dan pekong di tempat yang paling menyakitkan .

Mereka prejudis seperti sesetengah cauvanis bukan Melayu terhadap apa-apa sahaja yang bersifat kebangsaan, umpamanya jika Melayu menguasai, apa sahaja yang dipegangnya, menjadi rusak binasa.

Bagi mereka punca masaalah ialah British meninggalkan negara dan Melayu mengambil alih. Punca kritikan mereka kepada Ketuanan Melayu berakar umbi dari sini. Dan hala tuju hujjah-hujjah mereka ialah pengekalan kebritishan kerana mereka tahu mereka lebih bersedia dalam meneruskan kesinambungan kebritishan ini. Singapura adalah penjelmaan dari disciplin ini.

Dalam membehas SSS, mereka mencadangkan guru dilatih di seberang laut. Yang tersirat di situ ialah latihan dalam negeri tidak bagus, malah merusak, kerana dikendalikan oleh Melayu. Justru penolakan mereka kepada SK. Penerimaan mereka kepada SJK semata-mata dakwaan bahawa guru Melayu tak bagus, SK dijadikan SA dll.

Mereka maklum SSS itu terbaik. Justru mereka mesti cemoh, kritik dan celarukan. Asalkan tidak membina. Asalkan menetaskan kudis, bisul dan busung di merata tempat.

Mereka menghujjah mengapa BM sedangkan Manderin bahasa bangsa terbesar? "British" pandai mentadbir, mengapa Ketuanan Melayu? Mesti ikut Singapura. Kekalkan English. Kan Little Emperor itu berjaya membina "hinterlandnya" sampai ka China? Nilai pendidikan menurun kerana diterajui Melayu sedangkan di seluruh dunia meningkat, mengapa SK?

Semua hujjah-hujjah ini mempunyai bahasa tersirat yang berbunyi "Kita mesti kekalkan budaya kecinaan dan ketamilan kita melalui sekolah vernacular dari dijangkiti pencemaran Melayu ... tak kira walau pun SSS itu menjamin kelansungan dan kesinambungan semua bahasa dan semua budaya Bangsa Malaysia."

Dan bahasa tersirat mereka ini sebenarnya menyembunyikan bahawa sudah setengah abad keturunan ini mencemari budaya, bangsa dan tanah air tercinta. Ada Melayu bising? Tidak. Malah ada yang menyusukan kera di hutan. Anak di pangkuan mati kelaparan.

SSS untuk semua. Langkah pertama supaya gajah yang asyik berjuang tidak membiarkan kancil mati di tengah-tengah. Takbir.