SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN

SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN
Satu Bahasa Satu Bangsa Satu Negara

Thursday, April 1, 2010

Sanjungan (Yang Ku Letak) Di Daun-Daun Mizan.

Aku sanjung dan berselawat kepada Muhammad s.a.w. antaranya kerana baginda mempunyai faculty yang dengannya baginda hadhir terus ke hadhrat Allah di Majlis Allah s.w.t secara Mujalissah, Muqobillah dan Mukafahah. Allahu Akbar. Aku pun kagum akan Kassim Ahmad, antara lain kerana dia mempunyai faculty yang dengannya dia mampu hadhir terus ke dalam majlis Iblis laknatullah.

Perkataan baginda s.a.w. membawa aku mendekat kepada Allah. Perkataan-perkataan Kassim Ahmad menyebabkan menjauh dari Muhammad s.a.w. yang mengakibatkan menjahu dari Allah s.w.t.

Muhammad s.a.w. membacakan aku ayat-ayat Al Quran; yang mencairkan kalbu dan menjadikan aku beriman kepada Yang Empunya Perkataan. Kassim Ahmad juga memetik ayat-ayat Al-Qur'an; tetapi auranya mengeraskan kalbu, menimbulkan keraguan dan membimbing ke jalan buntu-mati.

Muhammad s.a.w. makhluk Allah. Kassim Ahmad pun makhluk Allah. Tapi Allah sanjung Muhammad s.a.w. dalam Qur'an. Allah tak sebut pun Kassim Ahmad di sana. Hairan, bagaimana ada makhluk lain, akalnya memimpinnya memilih Kassim Ahmad lebih utama dari Muhammad s.a.w. padahal makhluk ini pun mengkaji Qur'an?

Muhammad s.a.w. Allah Akui maksum. Kasim Ahmad tidak tersenarai pun ... terdedah kepada berbohong dan berkhianat. Hairan bagaimana ada akal si mamat-mamat memilih Kassim Ahmad sebagai ikutan yang lebih dipercayai.

Muhammad s.a.w. mempunyai akal. Kassim Ahmad pun berakal. Akal Muhammad s.a.w. bersumber dari Allah. Akal Kassim Ahmad bersumber dari ghairullah. Allah berfirman "yahdillaahu maiy yasyaaun ..." ... lalu si mamat-mamat memilih dalam gelap. Selagi akal ghairullah sahaja menjadi panduan, Allah enggan memilihkan untuknya.

Muhammad s.a.w. tergolong ke dalam Hadith Qudsi "..... Akulah yang dengannya dia mendengar .... Akulah yang dengannya dia melihat ...." dan seterusnya ... lalu bagaimana orang beriman hendak menolak / mendustakannya? Kassim Ahmad tergolong ke dalam golongan ini? Ataukah dia hanya a lame pretender to this throne? Lalu bagaimana orang beriman hendak menerimanya?

----------------

Heh heh ... sekarang ni, sekurang-kurangnya kita tahu (sekurang-kurangnya mula membaca)siapa pembohong tegar siapa tidak ... Anwar atau sapa-sapa?.