SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN

SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN
Satu Bahasa Satu Bangsa Satu Negara

Saturday, March 27, 2010

Melayu Jati Di Dinturtle

Saya macam kenal penulis memakai nama Melayu Jati ini. Dia meninggalkan komen dalam Dinturtle.blogspot. Saya rasa saya perlu ulang-ulang baca tulisan sebegini ... maka saya abadikan tulisan dia di sini ... (supaya tak selalu sangat melepak di blog Bintang Pujaan Baru terkini ... heh heh jangan marah kawan ... ).

Terima kasih tuan Melayu jati.

".......Orang lain dah cakap pasal apa yang saya nak cakap ini. Tapi tak mengapa kita selalu cakapkan. Kerana hendak orang Melayu tahu dan sedarkan nasib Melayu. Pemimpin-pemimpin Melayu pun tahu, tapi kita mesti selalu peringatkan mereka supaya, bukan sahaja mereka perlu mempertahankan, tetapi juga memajukan hak dan kepentingan Melayu. Jangan buang ciri-ciri DEB bila menggubal MEB.

Kita sudah teruk dibuat penjajah Bretes, masuk Malaya (Perak pada masa itu) dengan tidak ada kebenaran, gunnakan kekerasan askar mereka, paksa Raja Abdullah tanda-tangan Perjanjian Pangkor ditahun 1874, kemudian mula menjajah kita. 80 tahun mereka perintah kita, tak tolong kita dalam hal perniagaan, tak beri galakan sikit pun supaya lebih orang kita berniaga sejak dulu. Mana dia pedulikan kita sebab, kata Professor Zainal Abidin Wahid, UKM, ditahun 1978, bahawa Bretes mahukan Melayu jadi petani dan penangkap ikan saja selama-lamanya. Maka mereka buatkan sekolah Melayu saja dikampong, sebiji disini, sebiji lagi berbelas batu jaraknya, budak Melayu hingga untut kaki jalan 4-5 batu pergi sekolah, 4-5 batu lagi balik sekolah. Mereka beri sekolah Melayu 4 tahun saja, peringkat rendah saja. Melayu diKrian dan diKlang minta Bretes buatkan sekolah Inggeris dikampong, tak dapat.

Dibandar, yang kebanyakan Cina diam, banyak sekolah. Sekolah Inggeris pringkat rendah hingga keperingkat menengah.

Bretes bantu Cina dalam perniagaan. Beri lesen lombong, tanah pajak lombong, lesen judi bermacam-macam jenis (senang buat duit, boleh bikin modal untuk berniaga besar), lesen jual beli getah, bijeh dan sebagainya.

Akhirnya, Melayu ketinggalan jauh kebelakang dalam ekonomi dan pelajaran. Sebab lapisan bawah (underlying reason) pergaduhan kaum 13 Mei 1969 adalah jurang perbezaan ekonomi dan pelajaran diantara Melayu dan Cina. DEB digubal ditahun 1970. Melayu tidak banyak pengtahuan dan pengalaman berniaga. Dalam 40 tahun dapat hanya 18%. Itu pun banyak diatas nama badan berkanun. Dalam kedaan begitu, mana boleh DEB diketepikan, atau ciri-cirinya dilenyapkan bila MEB keluar? Tidak boleh sama sekali.

Siapa kata Melayu lemah sebab dilindungi DEB, dia tidak faham budaya Melayu kurang pelajaran, tak ada pengtahuan, pengalaman, bantuan dan galakan berniaga saperti Bretes beri Cina. Siapa kata Melayu hilang insentif berniaga, dia tak baca berapa banyak jumlah Melayu meningkkat berniaga sejak 1970. Dia tidak tahu jenis saingan mereka yang sudah maju berniaga, mahu matikan petanding atau pesaing - ini berlaku dimana-mana dalam dunia. Siapa kata Melayu lambat sangat nak capai 30% kekayaan korporat, dia tak sedar tiada siapa boleh menganggar jangka masa yang tepat - walau kaum Cina yang pandai berniaga pun - sebab tidak ada siapa yang pernah coba sabelom ini.

Melayu mesti dapat 30% kekayaan korporat tersebut. Melayu juga perlu dapat kekayaan dalam aspek-aspek ekonomi lain. Melayu majoriti dinegara ini. Cina hanya 23% jumlah penduduk, mereka kontrol ekonomi negara. Pemerintah mesti cari jalan meningkatkan ekonomi dengan cara yang tidak menghiris atau menjejas hak dan kepentingan Melayu. Saya tak rela jika hak dan kepentingan Melayu diabaikan atau diketepikan dalam MEB.

Melayu Jati."