Haris Ibrahim Mengajar Pengikutnya Bagaimana Hendak Kurang Ajar Cara Sopan.
H.I. memujuk anakbuahnya to "guide your monarch". Rujuk:- http://harismibrahim.wordpress.com/2009/02/05/good-people-of-perak-guide-your-monarch-please/
Guide seolah-olah monarch buta akal?
Dahulu K. S. kata bahawa raja-raja tidak boleh masuk campur urusan kerajaan. Kekang langkah raja? Kasar betul dia. Biadab.
Sekarang H.I. beri fatwa kepada pengikutnya bagaimana hendak biadab cara sopan.
Bagi orang Melayu, hendak berhubung dengan rajanya ialah apabila dipanggil (sudah diperkenan), baru mengadap, itu pun dengan adab istana-kemelayuan khusus. Sedangkan pemilihan perkataan ditetapkan dari himpunan perbendaharaan kata istana, inikan pula pemilihan pada tingkah laku.
Mana sopan ikut cara terdesak-desak, mendesak-desak, melalui web diraja dan seumpamanya seperti yang ditunjuk-ajarkan oleh H.I.
Tuan HI, adakah urusan menghadap raja ini saperti urusan berbaris dan berpusu-pusu membeli tikit bas musim raya?
Bagaimana tinggi pelajaran seseorang itu, kalau tidak dihias dengan sopan santun bertempat, tidak ubah saperti kuda belang memanjat punggong pasangannya. Adakah ini yang kamu ajarkan anakbuah kamu untuk raja kamu? Setakat inikah "kedaulatan" yang kamu junjung?
Kerana terdesak, kerana naik minyak, kamu langgar sopan keistanaan saperti masuk pasar malam.
Selamat malam tuan HI.