SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN

SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN
Satu Bahasa Satu Bangsa Satu Negara
Showing posts with label Satu Sekolan. Show all posts
Showing posts with label Satu Sekolan. Show all posts

Sunday, May 24, 2009

Satu Sekolah: Ranjau-Ranjau Di Sepanjang Jalannya

Dengar cerita YB Menteri Pelajaran tidak berminat 1Sekolah.

Dengar cerita juga YB Timbalan Menteri Pelajaran berminat hendak membuat laporan polis terhadap mereka yang mengusulkan 1Sekolah.

Orang atas kita ini melatah nampaknya. YB Menteri Pelajaran berkata begitu munkin kerana itu jawapan yang politically correct sekarang.

Tapi YB Timbalan Menteri Pelajaran kita ini mengapa sampai begitu cetek reaksinya? Sudahkah dia meneliti hujjah dari pihak pro dan kontra? Buat laporan polis ini jika ada pelanggaran undang-undang berlaku. Atau adakah YBTMP sudah menghukum bahawa menyatakan pendapat tentang 1Sekolah itu satu pelanggaran undang-undang?

Tunjukkanlah reaksi-reaksi dari pihak YBTMPelajaran kita ini suatu reaksi yang berpelajaran.

Pada hemat kita, inilah satu cadangan (cadangan 1Sekolah) yang paling berani mengemukakan satu formula untuk penyatupaduan semua kaum Malaysia. Sememangnya cadangaan ini satu elixir yang sangat pahit. Tetapi penyakit keruntuhan perpaduan kaum yang dialami negara kita ini adalah pada tahap kronik.

Pengorbanan amat diperlukan demi masa depan rakyat Bangsa dan Negara Melaysia.

YB Menteri-Menteri kami … ini adalah suara rakyat juga … dengar-dengarlah … jika kami masih dikira rakyat pengundi YB sekelian.

Dengarlah … telitilah … timbanglah. Jangan pendek akal seperti kawan-kawan kita kaum bunian penunggu pokok dan kerusi.