SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN

SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN
Satu Bahasa Satu Bangsa Satu Negara

Tuesday, May 12, 2009

Sedang Ayam Laga Boleh Tidur Sedahan

Satu sekolah untuk semua. Satu Bahasa. Satu Bangsa. Satu Negara.

SRJKT menggalakkan bercambahnya elemen “siva” dalam negara. SRJKC menggalakkan bercambahnya elemen “ngeh” dalam masyarakat.

Angkara elemen-elemen penumpang-perahu-yang-kehausan-yang-membocorkan-perut-perahu-untuk-kemudahan-minum ini telah menghuru-harakan Perak. Selepas ini entah mana lagi. Mampukah Najib bertahan? Nampaknya ia berundur sahaja .. mungkin sampai ka peringkat sudah tiada apa hendak dikompromikan lagi.

Dalam keadaan Melayu berpecah; dan dalam keadaan pihak ultra-DAP, ultra-PKR dan ultra-PAS membaca perpecahan ini sebagaimana sekumpulan anjing liar savannah Afrika membaca bahawa mangsa buruannya telah longlai; dan dalam keadaan kerajaan percaya ia tidak mempunyai ruang untuk tawar menawar dengan pihak ultra dan chauvanis; adakah sesuai kita mengemukan desakan ini?

Satu lagi desakan tidak mungkin membawa perbezaan beban bagi ketua-ketua kita. Mereka sudah berkata bahawa mereka mengalualukan input dari orang biasa. Kita bersumpah bahawa kita orang biasa. Yang luar biasa ialah yang berdiri di atas meja menjerit-jerit, yang berkaki kontot penunggu kerusi dewan, yang menjual ayat qur’an tapi kufur terhadap Empunya Kalam, dan lain-lain sepertinya.

Kita perhatikan yang lain-lain ini sedang dilayan. Kita tunggu kita ini dilayan atau tidak. Atau mungkinkah undi orang-orang luar biasa itu bernilai ganda dua … tiap kali ada pilihan raya kecil merekalah yang banyak menerima habuan … kita orang biasa ni … entahlah ... kita minta dengan sopan ... tak mahu macam penghulu kontot penunggu kerusi perak ... kalau kerusi emas bertatahkan mutumanikam ... agaknya mereka sanggup buang emak buang saudara.

Seeloknya orang-orang di atas sana duduk bincang semeja. Berkompromi bermuafakat untuk kita orang biasa.

Kita perhatikan fitrah ayam; mula bertemu mereka berlaga. Selepas itu mereka berkawan baik, tidur pada satu dahan pokok. Kita juga perhatikan budak-budak; mula bertemu mereka berkawan, puas bermain mereka bergaduh hingga ibu, bapa, penghulu dan polis terpaksa campur tangan.

Ini mereka sekolah satu bangunan. Kalau lain bangunan dan lain system pendidikan?

Must read: http://deminegara.blogspot.com/2009/05/satu-sekolah-untuk-semua.html

15 comments:

Anonymous said...

Salam Saudara Dal,

It has been quite a while since our last interaction.

Many, as am I, are in full support of this campaign. Let us see if our politicians will take notice and act upon it.

Salam.

Tam Dalyell said...

Salam Tuan Melayu Lama;

There's no denying it .. sorry to say.

Reading the goings-on leading to May the 11th somewhat freezes this small mind of mine.

I was not too active then. I see that you have churned out three posts since your piece in German. I salute you.

Hope your latest (present) post (To Abide Or Not) generates enough kick in me to get me started.

NJ said...

Salam Sejahtera Tuan Hamba Dal,

Saya pernah terbaca nukilan Tuan Hamba yang lebih kurang begini:-

" Saya seronok jadi street fighter je.. Kalaulah dengan hanya perjuangan di tepi jalan, hasilnya sudah begitu rupa....

apatah pula diri saya ini yang sumbangannya tidak seberapa.. kalau Tuan Hamba di tepi jalan bak Pahlawan Terbilang, saya ini pula umpama suara bisikan dari dalam closet, hilang dari pandangan...

Sekalung penghargaan yang tidak terhingga saya tujukan pada Tuan Hamba di atas sumbangan Tuan Hamba ke arah pembinaan Negara yang tercinta...

Salam sejahtera,

"SATU BANGSA, SATU NEGARA, SATU BAHASA"

NJ

Cenderawasih said...

Salam,

"Sedang Ayam Laga Boleh Tidur Sedahan"

Perumpamaan yang tepat sekali.

Kenapa manusia pula tak boleh?Semuanya kerana masing-masng mempunyai agenda politik tersendiri. Saya tak menaruh harapan yang tinggi kerana sekolah wawasan yang 'lembut' pun ditolak mentah-mentah. Tetapi sekurang-kurangnya kita berusaha.

Jika SJK terus wujud, 30 atau 40 tahun akan datang keadaan akan menjadi lebih teruk dan dashyat.

Terus terang, saya sebagai orang muda tidak selesa bercampur dan sukar bergaul dengan kaum lain dari SJK. Saya pasti mereka pun sama-sama merasainya. Agak menyakitkan hati bila pemimpin kerajaan mengeluh tentang perpaduan,tak kisah sama ada pemimpin melayu,india atau cina
keluhan mereka hanya sia-sia dan hipokrit. Hanya lakonan kepada masyarakat mereka ambil berat. DAP lagi la busuk.

Kita perlu jujur dengan diri sendiri, kita perlu mengakui perasaan itu ada dalam diri kita(genarasi muda). Perasaan yang tertanam sejak zaman persekolahan lagi. Tak guna buat iklan menunjukan eratnya hubungan antara kaum di malaysia, perpaduan di malaysia hanya wujud dalam iklan,filem,drama,novel dan lain-lain. Semuanya fatamorgana,cuba diadakan untuk menutup masalah. Sia-sia pemimpin-pemimpin berlakon seperti tiada apa-apa berlaku,masalah tidak akan selesai.

Demi masa depan semua insan di Malaysia, SJK perlu dikorbankan..

Satu sekolah untuk semua. Satu Bahasa. Satu Bangsa. Satu Negara.

Anonymous said...

BERMCM2 ULTRA DH TIMBUL. TINGGAL ULTRAMAN NIZAR KATUN MASIH TERKAPAI2 NAK TERBANG KE BANGUNAN MB, TP SYG! KAIN TERBANG ALA2 SUPERMAN BELIAU KOYAK RABAK TERSANGKUT DURI.

DI MUAR ADA URA2 UTK MEMULAKAN 1 SEKOLAH ..1 BAHASA 1 BANGSA 1 NEGARA (2B1N..BKN H1NI! HEHE) INSYALLAH TPM MUNGKIN AKAN MERASMIKANNYA INSYALLAH..SAMA2 LA KITA TUNGGU

Tam Dalyell said...

Salam Tuan NJ.

Kita ni sama saja Tuan NJ. Mana ada ruang nak tumpang semangkuk, kita hayun sama-sama .. asal jangan jadi mangkuk tandas hayun sudah.

Baik langkah dia orang .. baiklah tindak balas kita. Ganas tindakan dia orang .. kalau kita boleh makan, kita tak lepas peluang .. kalau kita kira kita yang jadi mangsa .. undurlah dulu .. sambil tunggu peluang.

Seeloknya kita ni ambil sikap mengalah ... tapi jangan mahu kalah.

SATU BAHASA, SATU BANGSA, SATU NEGARA.

Tam Dalyell said...

Salam Cenderawasih;

Apa yang anak muda sekarang lalui ialah hasil langkah yang diambil oleh kerajaan 30 - 40 tahun dahulu.

Jika mereka dahulu mengambil jalan mudah, kita sekarang melalui jalan susah. Bersenang-senang dahulu bersusah-susah kemudian kata orang.

Kita sekarang cuba bersusah-susah mempengarohi orang atas .. supaya anak-anak yang datang kemudian merasai sedikit kesenangan .. sekurang-kurangnya kesenangan dalam berintergrasi .. apabila sekolah vernacular dapat diganti dengan yang lebih baik lagi.

Inshaallah.

Tam Dalyell said...

Abang Jeffery, Nizar nak jadi spiderman terbang?

Nanti saya bagi tau dia, dia kena bergayut-gayut macam beruk ke bangunan mb .. yang terbang tu superman ... sewel betul dia ni.

Dia ni betul2 macam mak mandul baru beranak ... dua jam menyamar mb ... abis satu Perak dipecat ... kalau cukup tiga jam ... tentu sampai ke istana kerja pecat-memecatnya.

ngehngehngeh ... saya dah lupa nak ketawa hehhehheb macam biasa.

PAPA GOMO said...

SALAM BRO...
AKU SOKONG SANGAT HAL NI.

INI LAH YANG PATUT KITA USAHAKAN SEGERA. KAUM CINA NI SEKARANG TAK RETI DAH CAKAP MELAYU. DEPA TAHU SEBUT WANG RINGGIT SAHAJA.

TERUSKAN BRO..
KASI GEGAR

SALAM PERJUANGAN

ooooooooo said...

nice one
terima kasih melawat blog saya
teruskan menulis
saya sudah linkkan blog anda
kalau tidak keberatan
linkkan saya juga
;)
salam

ooooooooo said...

oh lupe
semua ni jadi sebab pemimpin kita dan rakyat kita pemikiran mereka masih zaman dulu2

kita perlukan pemimpin muda atau yang berjiwa muda yang berkobar2 semangat nak majukan negara dari semua aspek

tapi
sukar dicari
sebab
politik kita memang politik tidak matang..membuatkan orang yang bagus dia jadi bosan nak masuk..bila ramai sangat orang yang ...suka sangat bersandiwara..

haih..
mari mengeluh sama2...

Kembara Politik said...

Salam Pakcik Dal & semua,

Lama tak bertandang di sini.

Tam Dalyell said...

Pandekar GOMO; heh kalau saya muda dan gagah macam GOMO, dah tentu saya gegar bumi mereka. Sekarang ni kalau saya cuba gegar dia orang tu, saya yang begego dulu. Itulaaa saya minta pendekar GOMO tolong.

Salam.

Tam Dalyell said...

Umar, nak cari "pemimpin muda atau yang berjiwa muda" sekarang ni macam cari bulu putih di kambing hitam.

Yang ramainya pemimpin berbadan dewasa tapi berjiwa budak-budak ... maka itulah perangai mereka macam budak-budak belaka.

Mereka main rebut kerusi, main kok-nai sapa kena tangkap jadi, main pondok-pondok bawah pokok dan main-mainkan hati rakyat.

Tam Dalyell said...

Kembara Politik;

Memang lama kita tak sempat-sempat duduk bersembang-sembang.

Nanti bila sempat, dan bila ada hal yang kita hendak bincangkan, bolehlah kita sembang panjang-panjang.

Selamat berjuang.