SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN

SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN
Satu Bahasa Satu Bangsa Satu Negara

Wednesday, May 6, 2009

Petapa Gunung Berdoa: Hati Tempat Kembali.

Musim raya kita balik kampong. Kerana orang tua di kampong teringat-ingat akan kita. Namanya balik kampong. Hakikatnya kita balik kepangkuan orang tua kita … asal usul kita ... yang mengingati kita.

Bila kita tidor, roh Idhofi kita keluar dari jasad kita. Kalau dia (Idhofi) terjumpa telaga lalu minum, kita mimpi minum air telaga. Bila dia kembali ka jasad, kita terjaga dari tidur. Roh Idhofi balik kampong dengan selamat. … lantaran jasad masih teringat-ingat akan roh Idhofi itu.

Bila roh yang dinamakan Ruhani keluar dari jasad, dia tidak keluar dengan sendirinya. Dia keluar kerana dijemput. Ketika itu jasad menerima mati. Ruhani balik kampong … inna lillahi wa inna ilaihi roji’uun. Kita balik kampong yang kekal … dari mana kita dahulu berasal. … lantaran Allah s.w.t. sentiasa ingat akan kita.

Orang kata Melayu berpecah enam. Ada juga yang mengatakan Melayu berpecah tiga. Ada yang berpecah kepada satu haluan tapi lain matlamat. Ada juga Melayu berpecah kepada lain haluan dan lain matlamat. Ada yang main pondok-pondok dengan golongan bukan sahaja anti-Melayu bahkan anti-Islam sekali. Ada yang mengasingkan diri kerana merajuk, kecewa dan ikut-ikut membabi buta. Ini Melayu lupa kampong Melayunya.

Sebenarnya Melayu mengingati Melayu. Hati masih Melayu. Berbahasa pun Melayu. Tingkahlaku, sifat kelakuan, budaya dan ugama juga Melayu Islam. Mereka ini masih ingat dan rindu akan Melayu yang lupa akan kampong Melayunya.

Orang kata hati yang merindui itu tempat kembali. Alam berkata himmah yang mengingati itulah tempat kembali. Hati dan himmah Melayu tempat kembali anak bangsa. Lambat laun Melayu yang asyik main pondok-pondok ini akan kembali ka kampong Melayunya juga … kalau belum terlambat seperti di selatan … di mana Melayu Singapura tidak dapat balik ka kampong Melayunya …

Rasanya musim berhimpun untuk Bangsa Melayu sudah dekat. Angin bertiup kencang menandakan perubahan musim sedang melanda hati orang-orang Melayu. Hati Melayu semakin mengira-ngira akan kepentingan Melayu dan Islam yang mesti dijunjung sementara kepentinga lain seperti warna bendera sama-sama didokong.

Masing-masing mula teringat akan Kampong Halaman Melayu. Melayu tempat kita kembali ... kerana Melayu kuat teringat dan menggamit akan kita.

27 comments:

Unknown said...

salam....wah2...cantik sungguh madahan tuan....semua yang bernyawa pasti akan mati.....minta2 seluruh umat mati dalam iman dan husnul khatimah...amin

Anonymous said...

Salam Pakcik Dal.

What are you trying to say, Pakcik?

The Melayus in Malaysia are starting to wake up from their slumber? I hope so for the sake of the country ......I hope they don't get manipulated ...it is the Melayus who can decide on the future of the country ....I hope that the power that be will not take them for granted ....

As for me, no more concessions for the "pengkhianats"..

Tam Dalyell said...

Salam Alaykum sekelian: Anak Pendang Sekeluarga dan Pn Zazaland dari bumi Perancis.

Banyak minta maaf kerana lewat mempablishkan komen Tuan dan Puan sekelian. Sibuk sikit atur urusan keluarga nak kawinkan cucu (Long) akhir bulan ini.

Mudah-mudahan seperti yang Tuan doakan tentang husnul khotimah bagi setiap ummat Rasulullah s.a.w. Harap saya pun terangkum di dalam doa pejuang agama seperti Tuan itu. Doakan juga semuga atas kadar segera saya diAnugerahi Allah meniti jalan Allah yang sedang Tuan lalui.

--------------------

Seperti biasa Pn Zaza amat perceptive akan maksud tulisan orang. Memang itu doa petapa gunung tua tersebut, agar bangsanya mempunyai kekuatan membela maruah diri dan bangsa dan mengisi kemerdekaan mereka dengan bebas menghambakan diri kepada Allah dan terhindar dari diperhambakan musuhnya semata-mata kerana sekelumit kuasa, pangkat dan harta.

Cenderawasih said...

salam,

sungguh indah tersusun santapan
elok terhidang molek dihadapan
terpersona dipandang enak dimakan
dalam sungguh kata-kata dinyatakan

Sejauh mana orang melayu boleh tersedar bergantung kepada pengaruh sekeliling. Maksud saya orang politik, mereka bijak bersandiwara. Selagi orang melayu tertipu dengan sandiwara ini,selagi itulah keadaan tidak berubah.

Tetapi masa depan kita tidak dapat teka dengan tepat, cuma boleh merasa dan menghayati kejadian-kejadian sekeliling dan menggunakan mantik untuk menjangka apa di hadapan.

Cuma orang yang luas permandangan dalam fikiran dan banyak pengalaman saja boleh meneka.

Tidak dapat dinafikan hati melayu sentiasa mempengaruhi walaupun tanpa disedari.

Mengetahui adalah menguasai.....

Tam Dalyell said...

Salam Tuan Cenderawasih;

Heh heh, sempat juga jenguk-jenguk dalam kesibukan ini. Terima kasih.

Bukan main lagi sumbangan Tuan kepada projek Writeboard di DN itu tempoh hari. Terharu juga rasanya melihatkan kesungguhan pera pengunjung di sana .. semata-mata untuk kebaikan anak bangsa.

Coretan Tuan di sini mengindahkan laman gersang bak padang pasir ni. Kalaulah Tuan udah ada istana hinggap, pasti saya singgah untuk secawan dua kopi kayangan.

Anonymous said...

Salam semua.

Sekarang orang Perancis nak bermadah seloka pula.

Apa yang ditanya pada bulan kalau ianya tidak mengambang.

Apa yang ditanya pada api kalau panasnya tidak membahang.

Apa yang ditanya pada Rakyat jika kehidupannya tidak keruan.

Ikutlah resmi padi, makin tunduk makin berisi.

Jangan sekali mengikut resmi lalang, ditiup angin ketimur, ia ketimur, ditiup angin kebarat, ia kebarat, dan sebagainya ....Akhir kata kalau Melayu tidak mempunyai minda/ketahanan yang kuat, maka Melayu juga akan dibuat saperti lalang ......senang dimanipulasikan ....

Itulah madah pujangga dari Perancis .....Wassallam...

Tam Dalyell said...

"... Apa yang ditanya pada Rakyat jika kehidupannya tidak keruan. .."

Tepat sekali kata Pn. Zaza. Tak usahkan hendak menyembah Tuhan dengan tenang, hendak mendodoikan anak dalam buai pun hati tidak aman. Akibatnya bayi dalam buaian pun tidak tenteram kerana hati si ibu gundah.

Yang malangnya ialah, kekerohan ini dicetuskan oleh Melayu sendiri .. Melayu yang diperalatkan oleh kaum asing anti-Melayu dan anti-Islam.

Namun akhirnya Melayu tetap Melayu juga. Bila sudah sedar dari mabok, mereka tetap akan kembali kepada Hati Melayu yang merindui mereka .. kalau tidak didahului oleh Malaikat Maut.

Anonymous said...

Melayu Memang Bodoh, kan I dah bilang dulu ....senang nak dimanipulasikan ....cakap manis aje, terus jalan .....terus ok ...dah lah Melayu....nanti tergadai terus Tanah Melayu ni ....apo nak dikato, ya Pakcik...

Anonymous said...

SALAM ZIARAH

LAMA X DENGAR KABAR?. ORG MELAYU MENANTI KUNJUNGAN ORG MELAYU DAN BUKAN MELAYU. JGN DI LUPA DALAM KAMPUNG ORG MELAYU TENTU ADA ORG CINA, ORG INDIA, ORG PUTIH, ORG KELABU. PERASAAN YG SATU TERSEMAI DLM KAMPUNG ORG MELAYU. PERASAAN YG SATU JUGA TERSEMAI DLM KAMPUNG ORG CINA ATAU INDIA ATAU KADAZAN ATAU APA SAJA. KITA DI SINI CUKUP BERSYUKUR KERANA MASIH ADA KG. MELAYU, KG. CINA, KG INDIA YANG RATA2 DI HUNI ORG MELAYU, ORG CINA, ORG INDIA DAN BERMCM2 LG. CUMA ORG BANGLA, ORG NEPAL, ORG VIETNAM, ORG INDON YG MASIH MENEMPEL LG DI BUMI M'SIA. HARAP2 MEREKA TAU BALIK KE TEMPAT ASAL NANTI :-)...APA KABAR ORG KAMPUNG?

Cenderawasih said...

Salam,

sarat perahu membawa mancis
dibawa mudik ke jengka
jauh sungguh nun di Perancis
tapi di tanahair dia berseloka

sebak hati yang rawan
mengenang kampung halaman
jauh di perantauan
luas pengalaman

walau jauh dirantau orang
dihati ibu pertiwi tetap bersarang
bila maruah bangsa diserang
tidak dibiar bangsa dihina orang

bila bangsaku akan sedar
maruah bangsa telah pudar
adakah dihakis tanpa sedar?
sejak bila semangat kita pudar?

kita harus bangun mengajar
kerana mereka tidak belajar
cepat lupa selepas diajar
tidak susah jadi pengajar
mendidik orang kurang ajar
supaya menjadi orang terpelajar
bagaimana mengingati apa diajar
supaya tidak kurang ajar
dan tahu bawa diri dikalangan pengajar

haha,maaf merepek sikit.salam perkenalan...

Cenderawasih said...

Salam tuan hamba,

Sumbangan saya sikit saja. Sekadar termampu.

Saya tak reti pasal blog ni,lagi pun kalau ada blog sendiri apa la saya boleh tulis..mesti membosankan dan tidak berisi.Tak ada komputer sendiri lak tu. Kerja saya membuatkan saya perlu sentiasa berfikir dan mengambil hampir semua masa saya. Nanti terbiar saja istana hinggapan saya.

Saya tak arif tentang politik,apatah lagi untuk menzahirkan buah fikiran saya. Apa la orang yang cetek pengalaman macam saya nak kongsikan. Sekadar berbekalkan pengalaman hidup sendiri selama 4,5tahun.

Tam Dalyell said...

Salam Pn Zazaland of bumi Perancis; penghuni kayangan Tuan Cenderawasih dah turun ka bumi bagi salam.

Kena jawab salam tu ..

----------------

Salam Tuan Cenderawasih;

Saya pun tak tahu pasal politik.

Yang saya tahu apabila gelagat orang politik menggugat hak saya, hak agama, bangsa dan tanah air saya, saya wajib bersuara .. didengar atau tidak bukan soalnya .. Saya fikir (dari meneliti sumbangan tuan di blog-blog yang ada) Tuan Cenderawasih pun berpendirian serupa.

Setiap kita mesti ada sesuatu yang wajib kita kongsi dengan orang lain .. kita ada kasih sayang yang kita kongsi dengan anak isteri .. kita ada gelak tangis yang kita kongsi dengan kawan seperjalanan .. dll. Umpamanya tuan ada seni menyusun kata menyerikan bolg saya .. orang memberi saya merasa, orang berbudi saya patut berbahasa .. cam ne nak balas budi tuan tu? Last last saya terhutang budi .. dah tu bawa mati plak heh heh heh.

Walaubagaimanapun, saya hormati pilihan tuan tidak membina istana di kayangan sana. Harap jangan diertikan coretan saya ini sebagai mendesak tuan bina satu istana hinggap. Tidak sekali-kali. Saudara-saudara kita seperti Tuan Sepadu atau Apocryphalist atau Pn. Zazaland pun tidak mempunyai blog sendiri. Namun sumbangan mereka kepada nusa bangsa dan agama sama-sama kita rasai.

Terima kasih atas kunjungan Tuan. Ia memang memeriahkan dan menabur budi. Terima kasih daun keladi ...
heh heh

Salam Alaykum

Cenderawasih said...

Salam,

Saya hanya menyuarakan pendapat dan bertegur sapa di citramaya(blog) Tuan. Jangan terhutang budi pula,hahaha.

Saya faham bila Tuan bertanya citramaya saya sendiri,saya dah melawat mesti Tuan ingin membalas. Adat orang kita,saling kunjung mengunjungi. Tapi masa depan mungkin saya memiliki citramaya,siapa tahu?

Tam Dalyell said...

Salam Cenderawasih;

Bukan itu saja sdr Cenderawasih ... yang saya kira ialah setiap kali sdr berkunjung, saya kena saji kopi, kueh, tepak sireh ... kalau 5 kali sdr berkunjung ... cepat abis laaa kopi dan gula di rumah ...

Bila pulak saya nak pelantak madu dan bubur kayangan tuu?

Bukan senang nak ada kawan dari kayangan ... heh heh heh

Seronok dapat berseloroh dengan sdr nih ...

Anonymous said...

Hello penghuni kayangan Cendrawasih.

Salam perkenalan juga dari Perancis. Maaf saya sibuk dan tak sempat datang kemari. Lagipun, kitakan selalu jumpa di DN?

Pakcik Dal yang disanjungi, sudah siap kah persiapan untuk perkahwinan Long? Sayang I jauh lah, kalau tidak I'll come over .....dengan muka yang selamba ...

Take care everyone.

Anonymous said...

Cendrawasih yang budiman,
Madahmu halus dan berwangi wangian,
Tentang diriku yang tak seberapa kan?
Tapi terima kaseh ku ucapkan pada mu Orang Kayangan ....

Salam Manis.

Tam Dalyell said...

Pn Zazaland;

Kalau Pn Zaza datang kamajlis Long, saya arak / sambut dengan bunga manggar dan kompang.

Nanti kalau ada tetamu datang dengan selamba cakap Perancis ... saya tahulah siapa ...

Belum. Belum siap lagi persiapannya. Khemah belum pasang. Caterer belum finalize menu.

Tok Nujum Pak Belalang belum pasti ilmunya cukup kuat untuk tolak hujan ... Tak maulah majlis spoil kerana tropical storm pulak .. heh heh.

Anonymous said...

Pakcik Dal, janganlah sambut I dengan bunga manggar dan kompang nanti para jemputan ingat I'm the pengantin lah ....kah kah kah ...

Pakcik, don't waste time, you ada 2weeks aje lagi ....sure Makcik Dal will help you kan? with the arrangements ...

I hope for you NO HUJAN on that day ....if not ....sedihnya ...

Tam Dalyell said...

Tak pe Pn Zazaland, yang pasti majlis Long jadi lebih meriah. Lagipun sambut orang jauh kenalah luarbiasa sikit.

Gambar lain pulak sekarang. Dulu puteh melambangkan suci bersih. Sekarang ni hidupan di tanah gersang melambangkan hope is alive where there is none left .. denoting that you are one with high spirit and indomitable strength of will.

Prove me wrong if you dare.

Anonymous said...

Pakcik Dal, that photo was chosen 'cos it symbolises me, I like to think of myself as a lone ranger ....yes, i think the same way too ....in a vast desert like this, one can still find a tough animal, able to find food and be strong at the same time. I think that everywhere we go, we should not be afraid to go out and explore whatever possibilities that we might have (in a correct, legal and halal way of course) to further our quest for self fulfilment......"rezeki tu ada dimana mana" .....and never, never say die ...when you fall, YOU must be able to stand up again, ALONE !! don't expect anyone to help you ...This has been my mantra for many years and I've repeated it many times to myself (have to Pakcik as living in a foreign land is not easy)....yes, that photo says it all...kudos to you, Pakcik ..you are very astute ...you read well ...a real nujum pak belalang. Sorry, Pakcik if I sound cocky.

Salam.

ps ......You said, "Prove me wrong if you dare." Tak leh lah I nak prove prove pasal I still want to be an Anon...:)

Salam.

Tam Dalyell said...

You sound that your shoulder is a good place for someone to cry on .. not cocky .. never.

If I am a lost little lamb, I would be comforted just by standing in your shadow .. a cocky shadow is no comfort.

Your children are a very lucky lot. Your better half has got himself a premium class home manager.

Anonymous said...

Pakcik, I am humbled by what you said. I, for one, feel that it is a great honour to have 'known' you (albeit in blogosphere). You have good 'feelings' on things, sensitive to your surroundings especially if it concerns your "anak bangsa", you write well (as I had mentioned before) and you have MORE experiences in life which I can use to guide me. I have a lot of respect for you, Pakcik.

How I wish you were my real Pakcik, I think I can get along well with you, also, I would like to go to Janda Baik to meet up with the Orang Aslis especially Sanap....had never met one ...I've met many Orang Perancis but, never an orang Asli...:)

Tam Dalyell said...

Your wish shall most certainly come true .. just belanja me 1kg of icecream per flavour per day for forty days .. and hey presto .. I got a pampering governess .. and you got a fattened Pak Gelojoh .. heh heh.

The orang aslis I know are a gentle lot .. gentle to nature .. humble and obliging. Sanap works as a tukang kebun at a resort complex hidden in the jungles of Janda Baik.

Should he sees an angle from bumi Perancis, his first reaction will be to stay down wind, not wanting to offend newcomers with his 'body odur'. If someone asks him for a favour, his automatic rejoinder would be, "Eman tak kisah" followed bu several vigerous nods.

Cenderawasih said...

Salam,

Saya lagi la seronok bergurau dan berseloroh dengan Pakcik Dal, orang pertama yang saya bertukar-tukar sapaan walaupun kita tidak kenal mengenali. Rakan pertama di alam citramaya. Ni dah tambah sorang lagi zazaland.

Melantak madu dan bubur kayangan?hahaha, tak kenyang tu. Hanya di alam maya saja, alam nyata mungkin?

Cenderawasih said...

Salam Zazaland,

Ya kita selalu jumpa di DN. Dah lama saya baca komen Zazaland Pakcik Dal dan lain-lain di DN. Dari oktober lepas lagi.

Pantun dan seloka tu memang saya tuju khas untuk Zazaland. Ilham-ilham yang terlintas dibenak saya. Dua kat atas tu pantun,tiga terakhir tu tak tau la apa jenis dia. Saya tak berpeluang belajar sastera..

Pakcik Dal,
Ada resort kat dalam hutan Janda Baik?Mesti seronok habiskan masa kat situ. Tenang dan jauh dari kesibukan..saya suka berkhemah,jungle trekking dan sewaktu denganya.

Tam Dalyell said...

Tuan Cenderawasih;

Itu resort orang. Saya buat baik dengan tukang kebunnya .. dapat numpang mandi, rehat dan kemudaahan dapornya .. itu saja.

Memang camping dan survival dalam hutan secara berkumpulan-kumpulan dengan orang asli sebagai guide sangat besar nilainya dalam rawatan jiwa yang stress dan kusut kerana life of rat-race di bandar-bandar.

Anonymous said...

Salam Cenderawasih,

Yup, me too, I am happy to have "met" you ...I have another friend whom I met here. I haven't spoken to him for a long time. His name is Kembara Politik. He is too busy, I guess..

Don't worry about yr madah seloka, it is good ....Me too, I did not really take Sastera....just main main only ....

Pakcik Dal, orait I belanja you ice cream banyak banyak ......I love to go camping oso, hiking and doing anything adventurous ...here, in the summer, I normally pitch up a tent in my garden and sleep inside it at night .....

Hey KP, where are you?