SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN

SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN
Satu Bahasa Satu Bangsa Satu Negara

Tuesday, August 25, 2009

Berhubungan 1

Lagi baik hubungan seseorang itu dengan Tuhannya
Lagi suka ia selalu berhubung (beribadah?) denganNya
Lagi segan dia hendak melanggar batas-batasNya

Menjadi lagi tinggi darjat ibadahnya
Menjadi lebih hampir Tuhan tarik dia ka sisiNya
Menjadi lebih lazat baginya memaintain hubungan ini
Menjadi lebih halus dan lebih besar ujian untuknya

Beruntunglah orang yang masih sempat terjumpa Ramadhan


Selamat berpuasa.
Heh heh 26 hari lagi kita raya.

Salam Alaikum

Saturday, August 22, 2009

Berhubungan

Salam Alaykum

Seorang sahabat cyber, dinturtle, menyatakan bahawa agama dan beragama itu mudah, hanya pengamal yang menjadikannya susah.

Saya bersetuju dengannya.

Asalkan kita jaga (maintain) hubungan baik denganNya, asalkan kita sentiasa mamperbaiki hubungan baik denganNya, rasanya Dia akan Tambahi hubungan BaikNya dengan kita berlipat kali ganda.

Dia tidak pernah berhenti dari berhubung baik dengan kita walau satu lahzah pun.

Selamat berpuasa, semuga puasa kali ini sempurna memperbaiki hubungan denganNya.

Saturday, August 8, 2009

Khianat Kau

Kekhalifahan Othmaniah menampung negaranya melalui meminjam wang dari Yahudi Eropah. Kerana sistem riba, kewangan dan ekonomi empayar Islam semakin parah. Khalifah terpaksa merangkak hendak menjadi ahli kepada Eropah melalui Perjanjian Damai Paris dalam tahun 1856. Untuk diterima di sini, beliau terpaksa tunduk kepada tekanan/peras/ugut system kewangan Yahudi/Eropah (sekarang IMF?) dengan memansuhkan hak kerajaannya ka atas Jizyah dan Ahli al Dhimmah (hak memungut cukai/hasil) dari semua jajahan empayar kerajaannya. Persetujuan bunuh diri ini juga sebagai galang-ganti tukaran supaya dilepaskan dari membayar faedah-faedah dari hutang negaranya (iaitu untuk dimansuhkan).

(Kalau tidak kerana Tun M. Malaysia sudah menerima padah yang sama di tangan IMF dahulu, padahal Anuar Menteri Kewangan setuju kepada tawaran IMF)

Dengan berbuat demikian, Khalifah Othmaniah berkenaan telah mengkhianati Allah swt dan agamanya yang telah menetapkan Jizyah dalam mentadbir negara agamanya.

Hasil perbuatan demikian ialah musnahnya pupusnya Kerajaan dan Kekhalifahan Islam sejak perang dunia pertama sehinggalah kehari ini.

Melayu PAS dan PKR berbuat pengkhianatan yang sama apabila merangkak kelubok DAP lalu dikudakan disana. Identitinya hilang. Perjuangannya tercemar. Percaturannya menikam Melayu dari belakang sambil menguntungkan musuh negara dan bangsa.

Bukan sahaja Melayu-Melayu ini telah mengkhianati agamanya, mereka juga telah menjual maruah dan bangsa sendiri.

Apabila Yahudi mengkhianati Allah dan Taurat kitabNya dengan menghalalkan yang haram dan mengubah menulis sendiri kitab itu, bangsa ini dimusnahkan Allah melalui tangan Nebuchadnezar.

Apabila Yahudi mengkhianati Tuhannya sekali lagi dengan membunuh Nabi Isa a.s., bangsa itu Allah musnahkan dan dihalau keluar dari negaranya melalui tangan tentera Rom.

Melayu PAS telah mengkhianati Agama Tuhan dan Nabinya apabila bersetuju meninggalkan ketetapan dan peraturan Allah dalam perjuangan partinya semata-mata untuk diterima oleh musuh bangsa dan agama iaitu Cina dan Indian DAP dan PKR.

Tiada Melayu yang mendoakan kemusnahan PAS atau PKR. Tetapi pemusnahan dan pengkhianatan tidak pernah berlalu tanpa pembalasan. Munkinkan kebobrokan dari dalam yang dialami PAS dan PKR alamat kepada pembalasan ini? Munkinkah semakin lantangnya dan beraninya Cina Indian DAP PKR menghina PAS khasnya dan Melayu Islam umumnya alamat kepada pembalasan ini?

Ketua-ketua Melayu Islam dalam DAP PAS PKR seolah-olah tidak sedar akan pekerti pemusnah bangsa dan agamanya seperti Lornni dan Loke dari DAPSY dan lainnya. Malahan mereka-mereka ini dipertahankan dan disokong oleh pemuka-pemuka Melayu seperti Khalid Gagap dan Siamang Nizar. Pejuang agama dan bangsa (konon) seperti Anuar dan guru-guru mereka hanya mampu diam tanda setuju? Ini belum lagi diceritakan sesetengah pejuang bangsa dalam UMNO yang melemahkan Melayu seperti telunjuk menjolok mata melalui perangai keji rasuah mereka.

Sejak Abdullah memegang teraju dan Anuar dilepaskan, satu demi satu malapetaka melanda bangsa dan negara, dan penggantinya ditinggalkannya untuk memperbaiki kerusakannya. Sudah amat nyatalah bahawa integriti bangsa dan negara kita sedang menghadapi bahaya kemusnahan paling besar sejak Malayan Union dan pengganas Kominis gara-gara kewujudan makhluk-makhluk perusak dan pengkhianatan dari barisan pemuka-pemuka terkini dalam DAP, PKR dan PAS.

Sunday, August 2, 2009

Gagal Lagi Kau Nak?

Hai Anak
Itukah yang kau kata berjuang?
Kau melalak di sepanjang jalan,
Kau ditembak dengan air seperti kotoran di pasar,
Kau ditembak gas pemedih mata seperti bajingan tengik.

Hai Anak
Ketika kau diperlaku sedemikian rupa,
Di mana Lim Kit Siang yang mengkudakanmu?
Di mana Anuar Ibrahim yang mempesonakanmu?
Di mana Hadi yang menghidayahkanmu?

Hai Anak
Lalu berhasilkah tuntutanmu?
Lalu melimpahkah kebajikanmu?
Lalu berlakukah perubahan melalui demonstrasimu?
Mana hasilnya semua ini?
Untuk menjastifikasikan kelahiranmu?
Untuk membuktikan kependekaranmu?

Hai Anak
Pendekar sebenar sabar dan waras,
Perkiraan tenang mencongak langkah,
Tidak menyusahkan atau menggugat ketenteraman,
Membela perundangan undi dipangkah,
Di meja pemilihan umum,
Dengan aman melaksanakan perubahan,
Pemimpin songsang kita buangkan.

Hai Anak
Itu dan di situ kuasa tanganmu
Bukan dijalanan dan persimpangan.

Mungkin benar kata Si Tuah
Tidak Melayu hilang didunia
Heh heh
Di mana-mana sahaja asalkan tidak diperlukan
Hadhir di tempat yang salah
Hingar tiada siapa mendengar
Melangkah bersama serangga pemusnah.