Salam Alaykum
Seorang sahabat cyber, dinturtle, menyatakan bahawa agama dan beragama itu mudah, hanya pengamal yang menjadikannya susah.
Saya bersetuju dengannya.
Asalkan kita jaga (maintain) hubungan baik denganNya, asalkan kita sentiasa mamperbaiki hubungan baik denganNya, rasanya Dia akan Tambahi hubungan BaikNya dengan kita berlipat kali ganda.
Dia tidak pernah berhenti dari berhubung baik dengan kita walau satu lahzah pun.
Selamat berpuasa, semuga puasa kali ini sempurna memperbaiki hubungan denganNya.
7 comments:
Sdr Dal,
Saya pun bersetuju dengan pendapat tersebut di atas.
Ada yang mengatakan agama itu di antara sesaorang dengan Tuhan sahaja. Ini tidak betul. Agama juga antara sesaorang dengan masyarakat. Itu sebab jika tidak boleh puasa sebab perlu makan ubat asma contoh nya, tidak boleh makan minum dengan sewenang2 nya di khalayak ramai. Walau pun tidak ada pihak berkuasa di tempat itu pada masa itu.
Selain dari undang2 sivil dan undang2 agama, ada juga undang2 sosial, atau undang2 masyarakat. Perlu menghurmati ummat Islam yang lain. Walau pun tidak ada pihak berkuasa dan tidak ada orang Islam di situ, masih tidak boleh makan minum di masa pusa di hadapan bukan Islam. Kita mahukan bukan Islam memandang tinggi kapada Islam. Jika penganut2 agama Islam menghormati agama nya sendiri - tidak menunjukkan tidak berpuasa atas apa sebab pun - bukan Islam boleh sedar bahawa ummat Islam amat serius pegangan agama Islam nya dan lebih lah mereka hormat kapada agama itu.
Bagi mereka yang berupaya dan sanggup berdakwah, bulan puasa ada lah masa yang sesuai bagi nya. Dakwah ada berbagai cara. Bukan semesti nya sehingga mendapat sesaorang memeluk agama Islam. Dakwah boleh setakat memberi penerangan, nasihat dan sebagai nya.
Selamat berpuasa dan Assalamu'alaikum warah matullah.
sepadu.
Selamat menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia, TD. Semoga Allah swt memberkati ibadah puasa kita.
Salam Tuan Dal,
Ya tuan, sering saya tertanya2 kenapalah umat Islam, bukan saja di Malaysia tapi diseluruh dunia, sering bertelagah, dan peliknya menjadi lebih bersemangat jika lawan adalah sesama sendiri.
Pada saya, kita kekurangan sifat hormat. - dalam bentuk gagal menghormati hak orang lain mempunyai pendapat/pendirian yang berbeza dari kita. Akibatnya adalah kecenderungan kita kepada dakwah menghukum.
- kurang hormat pada orang dalam cara kita berdakwah. Ramai yang tidak sedar subjek gagal menerima apa yang ingin kita sampaikan kerana cara kita menyampaikannya salah.
Dan paling ramai macam saya - bukannya pandai sangat tapi cuba tunjuk pandai ! SELAMAT BERPUASA TUAN ...
SALAM TUAN DAL..ISLAM ITU INDAH..SELAMAT BERPUASA DI BULAN YG MULIA INI..SEMOGA IBADAH KITA DI TERIMA ALLAH :-D
Moga kita dapat pelepasan dari siksaan nerakaNya..
Selamat Berpuasa, Pakcik Dal.
Salam.
Salam Alaikum
Tuan Sepadu,
saya mentafsirkan kata-kata tuan itu sebagai menjaga hubungan baik dengan Tuhan dengan menjaga adab beribadah kepadanya. Bila we strike a relationship with Allah, Allah swt needs us to strike same relationship with His other creations. To me that's beragama.
----------------
Pn Kama, Pn Zaza, Abang Jeffry dan Tn LanaBulu,
Seronok betul bila didapati ramai sdr dan sdri doa berdoa menyambut awal Ramadhan.
Bila waktu berubah, ketika malam berubah menjadi siang umpamanya (subuh), atau siang berubah menjadi malam umpamanya (magzrib) berlumba-lumba orang masuk menghadap Dia Allah (memaintain hubungan dan berdoa). Bila sa'at "makan" berubah sahaja kepada sa'at puasa (Ramdhan) kita bertukar-tukar doa dengan ucap selamat dan semoga itu semoga ini. Inilah yang Tuan Sepadu katakan di atas itu, bila sahaja menghubungi Tuhan, tak boleh tidak akan menghubungi sesama makhlok juga. Itulah agama dan beragama katanya.
Sesetengah orang amat merasa beruntung masih dapat berjumpa Ramdhan.
------------------
Tuan Din,
Janganlah merendah diri sangat sesama makhluk. Tapi tuan Din, dari satu segi, orang yang merendah diri itu sebenarnya ialah menghormati (meninggikan hubungan baik) terhadap saudaranya. Juga tersirat pada coretan tuan itu sifat muhasabah diri yang ada hanya pada hamba-hamba Tuhan yang selalu bertaubat iaitu memperbaiki hubungan dengan Tuhan.
Post a Comment