SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN

SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN
Satu Bahasa Satu Bangsa Satu Negara

Sunday, August 2, 2009

Gagal Lagi Kau Nak?

Hai Anak
Itukah yang kau kata berjuang?
Kau melalak di sepanjang jalan,
Kau ditembak dengan air seperti kotoran di pasar,
Kau ditembak gas pemedih mata seperti bajingan tengik.

Hai Anak
Ketika kau diperlaku sedemikian rupa,
Di mana Lim Kit Siang yang mengkudakanmu?
Di mana Anuar Ibrahim yang mempesonakanmu?
Di mana Hadi yang menghidayahkanmu?

Hai Anak
Lalu berhasilkah tuntutanmu?
Lalu melimpahkah kebajikanmu?
Lalu berlakukah perubahan melalui demonstrasimu?
Mana hasilnya semua ini?
Untuk menjastifikasikan kelahiranmu?
Untuk membuktikan kependekaranmu?

Hai Anak
Pendekar sebenar sabar dan waras,
Perkiraan tenang mencongak langkah,
Tidak menyusahkan atau menggugat ketenteraman,
Membela perundangan undi dipangkah,
Di meja pemilihan umum,
Dengan aman melaksanakan perubahan,
Pemimpin songsang kita buangkan.

Hai Anak
Itu dan di situ kuasa tanganmu
Bukan dijalanan dan persimpangan.

Mungkin benar kata Si Tuah
Tidak Melayu hilang didunia
Heh heh
Di mana-mana sahaja asalkan tidak diperlukan
Hadhir di tempat yang salah
Hingar tiada siapa mendengar
Melangkah bersama serangga pemusnah.

14 comments:

Anonymous said...

Hai Pujangga,
Tertidur aku dalam kandang,
Melepas penat di gembalakan anjing,
Dalam tidur aku bermimpi,
Dalam mimpi aku bukan lagi sekawan lembu,

Hai Pujangga,
Dalam mimpi barulah kata-kata mu memberi makna,
Aku bukan lagi lembu di tepi jalan,
Boleh juga aku berbahasa sama,
Bukan lagi ber'teboh' macam lembu

Hai Pujangga,
Aku hanya ingin meragut rumput,
Otak aku kecil tak boleh fikir,
Aku dilepas dari kandang,
Lalu digembala menuju Sogo,
Gembala cucuk hidung aku,
Lalu ditarik arah ke istana,
Anjing-anjing kurap menyalak tidak henti,
Menolong tuan mengembalakan aku.

Hai Pujangga,
Aku berotak kecil,
Hidung boleh disorong tali,
Belakang boleh ditunggang berkali-kali,
Peduli apa aku selagi rumput boleh diraguti
Aku berotak kecil

Hai Pujangga,
Sebentar lagi mimpi berlalu,
Kembalilah aku kepada asal lembu ku,
Boleh di cucuk hidung,
Boleh di tunggang diperkudakan ikut rasa,
Rasa tuan ku yang berkawan dengan gerombolan anjing kurap,
Kadang kala, terasa juga tuan aku tunggang pungkok ku,
Hissshhh!!!!

-antu seloka

Tam Dalyell said...

Hai Antu Seloka
Namamu menakutkan
Selokamu menggiurkan
Maksudmu menggembirakan

Hai Antu Seloka
Yang bukan antu puaka
Semua hantu-hantu puaka
Peliharaan LinKitSiang celaka
Anuar Ibrahim sama baka
Penunggu jalan dan simpang belaka
Bakal semua menjadi warisan saka
Perusak bangsa di hari muka.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

SALAM ABE DAL..LAMO X NAMPOK?..MANO MENGHILANG EKAU HEHEH. APO PON DEN NAK KATO PEMBANGKANG NI MCM KUCING KURAP. TAKDO TOMPEK NAK BUEK KO? BUEK JO LA JANG KAT STADIUM KO. X NYUSAHKAN RAKYAT JANGG OIII. PIKIO2 LA SIKITT JANGG

Tam Dalyell said...

Salam Alaykum abang Jeffry.

Saya ada di rumah sahaja. Tak berani keluar. Panas. Takut kulit terbakar. Terbakar kalu nanti legam macam juru cakap pakatan bernama donplaypuks pulak. Kalau hitam manis tak apa, ini hitam macam keledek bakar.

Lagi saya takut keluar bila diberitakan ratusan ribu lembu-lembu peliharaan DAP dari kandang PAS dan PKR akan dikeluarkan melalak-lalak di seluruh KL.

Tak meniaga cendollah saya hari itu. Di mana saya boleh cari petua tuntut kerugian saya itu bang?

Petua ustat Ronaroni ulamak DAP tu tak boleh pakai. Oleh kerana dia petuakan bier itu halal, habis semua lembu-lembu PAS dan PAS mabok terhoyong-hayang serata KL Sabtu lepas.

Anonymous said...

Bohhh!! Boaahhh!!! bohhh!!!

(Maksudnya)

Adus! begitu sekali aku kena hentam oleh Pujangga.

"semua lembu-lembu PAS dan PAS mabok terhoyong-hayang serata KL ..

akulah tu, salah satu yg di maksudkan oleh Pujangga.

Hai Pujangga,
Akan ku buang ketayapku,
Tak rela aku jadi lembu lagi,
Doakan agar aku tersedar dari mimpi ngeri ini,
Mabuk menogok arak yang didabik halal,
Bersekedudukan dgn laki org yang dikatakan hak peribadi,
Ladang kobau pendek kH1Nz1r yang besar lagi canggih jadi idaman sampai tergagap gegap,

Hai Pujangga,
Doakan aku, Pujangga,
Doakan,
Aku bukan lembu lagi

-antu seloka

Mat Cendana said...

Wah, rupa-rupanya bukan Hishamudin Rais sorang saja yang boleh buat sajak ye. Saya telah link post Pujangga Tam ke post saya `Berdosa’ if you didn’t go to KL and demonstrate!

COMING SOON! Ada "penulis baru" yang menggunakan Bahasa Malaysia akan menjelma di Mat Cendana's BLOG REVIEW! Beliau ialah... Mat Goodyear! Ini "tubeless", jadi tak payah "Tukar Tiub" macam Isham.

Tam Dalyell said...

Wadoooh terimo kasii Pak Pendita Antu Seloka.
Kok kayaknye kita pernah kenal biasak sih.
Dimana ya!

Masihkah kau ingat
Di suatu hari itu
Kita berlari-lari
Mengejar pelangi yang satu.

Heh heh a slip of one-finger typing (error) occured. "semua lembu-lembu PAS dan PAS mabok terhoyong-hayang serata KL".

Maksud saya "semua lembu-lembu PAS dan PKR mabok terhoyong-hayang serata KL"

Sampai sekarang "Kita (masih) berlari-lari .. Mengejar pelangi yang satu" untuk panduan mereka-mereka yang terminum arak halal buatan Ronnie.

Tam Dalyell said...

Terima kasih Sifu Mat Cendana.

Tidak ada penghargaan yang lebih besar dianugerahkan kepada muridnya dari rangkaian kata-kata yang melambangkan penerimaan seperti ini.

Mudahmudahan saya cukup kuat menggalas penghargaan ini.

Terima kasih Tuan.

Singh Is Kinng said...

Salam Unker Dal,

Can't expect me to come out with pujangga as well, though given the time I would rather try but not now.

Unker Dal, me always looking to forward to reading pieces from Demi Negara knights as those are clearly not pilitically motivated, just a pure thought.

Try to update regularly Unker Dal if that doesn't consume much of your precious time.

Wassalam.

Tam Dalyell said...

Salam Singh Is Kinng;

As always, resolve and determination are strengthened by beautiful guitar-shaped cheer leaders.

You are a breed of cheer leader who captains the field.

The opponent stands no chance.

Lead on. We are not far behind.

Mudskipper said...

Sdr TAM

Pengerusi DAPSY, Loke Siew Fook telah mengeluarkan satu kenyataan penuh penghinaan dan paling keji terhadap pendakwah saudara Ridhuan Tee Abdullah serta kepada seluruh penganut agama Islam.

Sila lawat laman blog YB Zulkifli Nordin di http://zul4kulim.blogspot.com/2009/08/biadapnya-pemuda-dap.html ATAU laman web haram jadah http://sjsandteam.wordpress.com/ untuk lihat sendiri.

Harap dapat initiate ssesuatu untuk belasah blog haram jadah nih!

Salam hormat

Mat Cendana said...

@Belacak @Tam
Mujur Belacak sebut tentang BARU*H ni. Kau panas hati dengan sial*n cel*ka haramjad*hsjsandteam... dan "NAK SESUATU" terhadap dia ye?

Kalau "Menghina dan Perlekeh dia di hadapan khayalak ramai, termasuk kawan-kawan dia, dengan membuka tembelang dia YANG TERBUKTI (tapi orang tak tahu - kecuali beberapa "Knights of the Demi Negara Order" ni)? Okay ke?

Tam, you ingat tak yang saya "ada sebut" dulu tu tentang blog bangsat ni yang anti Sultan, Umno dan Melayu? Dan Rancangan saya tu? Disebabkan banyak kerja, saya jadi terlupa... Ni memandangkan Belacak ada sebut kat sini, bermakna NATAE tu dok buat ngada-ngada lagi lah... Ni tak baca pun dah boleh agak apa yang BEROK tu tulis.

Okay, Belacak - Insyaallah. Tapi Sabar sikit, ye.. Dah boleh buat, tapi saya banyak kerja lain masa ni...

Mat Cendana said...

@Belacak @Tam
Dah takde:
"The authors have deleted this blog. The content is no longer available."