SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN

SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN
Satu Bahasa Satu Bangsa Satu Negara

Sunday, November 1, 2009

Islam Warisan Kita Hari Ini.

Rasulullah saw bersabda bahawa baginda tinggalkan kita dua perkara. Selagi kita berpegang kepadanya, tidak akan sesat. Ia itu kitabullah dan sunnah.

Berpegangkah kita kepada kedua-dua ini? Hakikatnya sudah kita tinggalkankah kedua-duanya?

Allah berfirman bahawa sesungguhnya untuk kita pada Rasulullah saw. itu terdapat contoh terbaik. Tiada yang lebih baik. Berpegangkah kita kepada yang terbaik ini? Sudahkah kita tukarkannya dengan pegangan lain (akan pegangan terbaik ini)?

Allah berfirman bahawa jika cintakan Allah, ikutlah Muhammad saw, Allah akan cintai pengikut ini. Sesiapa yang dicintai Allah, ia mencapai darjat tertinggi yang mungkin dicapai oleh insan. Tiada yang lebih tinggi.

One should earn Allah's love. The way, jalannya adalah melalui jalan Rasulullah saw. Kita menjejaki bagindakah? Tak semua muslim dapat berbuat begitu. Rasulullah saw. sendiri berkata demikian.

Sabda Rasulullah saw bahawa pada hari kita dibangkitkan, ... panas, dahaga. Ummat Rasulullah saw. akan mencari baginda. Baginda akan berdiri di Al-Kauthar. Baginda akan memberi minuman penghilang dahaga. Sebahagian baginda enggan memberi minum.

Ya Rasulullah, kami muslim. Mangapa tiada minuman untuk kami? Kamu ubah tukar agama ini sepeninggalan ku jawab baginda.

Sesungguhnya baginda saw. memberi amaran lebih besar dari itu. Iaitu bahawa ada pengikut yang sepatutnya mengikut Rasullah saw. tetapi mereka meninggalkan baginda saw. lalu mengikuti mereka yang datang sebelum mereka. Ikut mereka langkah demi langkah. Sehingga sekiranya si ikutan itu memasuki lubang biawak, si-ummat-pengikut tersebut pun akan masuk ka lubang biawak juga.

Ya Rasulullah, siapa yang tuan maksudkan dengan orang terdahulu ini? Yahudi dan kristiankah? Siapa lagi jawab Rasulullah saw.

Jadinya, suatu hari dunia-budaya Yahudi dan Kristian mempunyai tekanan pengaruh begitu agong hebat terhadap dunia-budaya Islam, sehingga mengakibatkan sesetengah pengikut Muhammad saw. akan meninggalkan jalan Muhammad saw bukan sahaja dengan begitu berkesan sekali, malahan dengan cara kehambaan begitu rupa, jika si ikutan ini memasuki lubang biawak, si pengikut sesat ini akan dengan rela hati masuk lubang biawak bersama.

Hari ini kita tanyai diri kita. Kita berada dalam lubang biawakkah? Tidak logik jika kita bernasyid dan berkasidah memuji Muhammad saw. jika kita lena mendengkur dalam lubang biawak. Lebih logik jika mencari jalan keluar daripada bernasyid-nasyid dan berkasidah.

Hari ini kita tanyai diri kita. Bagaimana yang dikatakan mengikuti jalan lubang biawak? Rasulullah saw. 1430 tahun dahulu ada memberi contoh jawapan kepada soalan ini. Mereka berpecah kepada 72 ikutan. Yang satu memerangi yang lain. Kita ikut mereka, malah lebih. Kita berpecah kepada 73 anutan, berbunuhan sesama sendiri. Ada anutan yang berpihak kepada musuh. Masuk lubang biawak lebih dalam lagi.

Kita nampak tak betapa berpecah belahnya kita, betapa kucar kacirnya kita, tiap anutan mengakui dirinya lebih benar, yang lain lebih salah? Kita dipimpin tak (oleh pemimpin) ka dalam lubang biawak? Kita dibimbing tak (oleh ulamak) meninggalkan Muhammad saw? Tidakkah yang diprophesized Muhammad saw. 1400 tahun dahulu berlaku kepada dunia budaya Islam hari ini?

Ada lagi prophesy Muhammad saw. yang lebih dahsyat dari ini. Kata baginda bahawa akan sampai (datang) satu zaman, dimana tiada yang tinggal pada Islam melainkan namanya sahaja.

Apabila Muhammad saw. ditinggalkan, Islam meninggalkan pengamalnya. Kita berlindung dengan Allah dari malapetaka ini.

Tak peliklah kenapa PAS enggan duduk semeja dengan UMNO demi bangsa dan ugama.

Paling kurang, demi SSS, PAS dan UMNO, baca Bismillah ... duduk semeja. Ingat, sesiapa tinggalkan Muhammad, Islam tinggalkan mereka; sesiapa tinggalkan Melayu, kedaulatan bumi dan bangsa akan tinggalkan mereka. Ingat sikit dek untung, sekarang sudah ada pemimpin yang berani berkata, bab SSS serahkan kepada rakyat.