Times Of India menceritakan konon ada kajian dari Amerika mendapati perempuan yang mempunyai payu dara besar lebih pintar.
Kalau benar, ia tidak adil kepada yang terkurang atau kekurangan. Sudahlah kononnya "kurang menarik", "kurang pintar" pula?.
Apa dipandang oleh suami terhadap isterinya? Kecantikan? Kecerdikan? Kekayaan? Bagaimana jika kurang cantik, kurang ... serba kurang? Sayang bini tinggal-tinggalkan? Suami sebegitu mempamirkan kekurangannya. Kurang bijak, kurang ... serba kurang.
Suami yang bijak, yang lengkap, yang bakal mengadap tuhannya dimegahi oleh nabinya kerana baik urusan terhadap anak isterinya mengikut kemahuan tuhannya ialah, ialah yang di dunia dahulu, apabila memandang kepada isterinya, ia terlihat kepada kesempurnaan kecantikan Allah Subhanahu wa Taala. Isterinya adalah cermin untuk Dia yang dicintainya.
Suami isteri sehidup semati insyaallah.