Sesudah disembahyangkan, jenazah dimasukkan kedalam van untuk dibawa keperkuburan. Saya tutup pintu van tersebut. Ternampak tulisan halus, "Sumbangan ....... cawangan ...."
Kenapa lambang parti Melayu ini dikikis? ... kata hati kecil ....
Selepas Maghrib, imam surau membuat pengumuman yang sekelian jemaah dijemput bertahlil di rumah al-marhum selepas 'Isya nanti. Majlis diteruskan dengan mejemput penceramah jemputan menyampaikan kulliah mingguannya.
Penceramah membaca sepotong ayat Qur-an. Setelah beberapa minit menghuraikan terjemahannya, tuan penceramah menyambung " ..... Islam lain ... Melayu lain. Rukun Islam ada lima. Ada berapa rukun Umno? ... Tanya Mahathir. Saya tak pandai jawab ...." Kedenganran bergulung-gulung ketawa tertahan-tahan dalam surau.
Apa hikmah yang hendak disampaikan oleh tuan penceramah ini? Bagaimana dia hendak mensucikan rohani pendengar? ...... ..... saya melayan fikiran sendiri ... tidak lagi mengikuti ceramahnya. .....
Saya pernah mendengar ceramah lain ... dahulu semasa bujang .... di surau yang sama .... oleh seorang Tuan Guru keturunan pondok Tok Kenali r.a. Beliau juga membacakan sepotong ayat al-Qur'an, dari Surat Al-Jumu'ah (62:2) yang terjemahannya berbunyi ..."Dia-lah yang mengutus kepada kaum yang buta huruf seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, mensucikan mereka dan mengajarkan kepada mereka Kitab dan Hikmah. Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata," .....
Dalam menghuraikan terjemahan dan sedikit tafsiran mengenai ayat tersebut, Tuan Guru berkata bahawaa tugas Nabi Muhammad s.a.w. dan sekelian petugas baginda (seperti imam, guru, uztaz, mursyid) hingga ke akhir zaman, ada 4; iaitu:-
1) .... "membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka", ... iaitu menyampaikan kepada mereka perkhabaran dari Allah,
2) .... "mensucikan mereka" , ... iaitu sesuatu yang jauh berbeza dari setakat "menyampaikan kepada mereka perkhabaran dari Allah". Tanpa kerja pensucian tersebut, mereka tidak akan mampu mencapai kepada kamal-ul-yaqin terhadap Allah dan perkhabaranNya.
3) .... "mengajarkan kepada mereka Kitab", ..... iaitu bukan setakat memaklumkan atau mensyi'arkan kepada mereka akan mesej Allah sahaja tetapi merangkumi mengketarakan maksud-maksud halus lagi tersirat kandungan kesucian Ayat-Ayat Suci Allah serta melatih mereka cara-cara sebenar penghayatan Perintah Dan Tegah Al-Qur'an. 'Kerja mengketarakan' sebegini hanya berkesan bila proses 'pensucian kerohanian' dapat dilalui mengikut kadar kesempurnaannya.
4) .... "mengajarkan kepada mereka Hikmah", .... iaitu akhirnya sang guru membimbing mereka kepada situasi berhadapan (musyahadah) serta menyaksikan atau naik saksi sebenar-benar saksi akan Hikmah yang mengikuti dari langkah-langkah di atas.
Inilah yang dikatakan sebenar-benar membawa kepada "kejayaan yang nyata" keluar dari " kesesatan yang nyata." kata Tuan Guru itu.
"Pakcik .... Pakcik .... Masuk saf ..... Dah 'Isya." terasa tangan menyentuh bahu. Saya sambut Tok Guru itu lalu hendak saya cium tangannya.
"Ishhh. Jangan begitu Pakcik."
Masyaallah ..... dah 'Isya rupanya .... saya termimpikah tadi? Sungguh majlis Ilmu itu syurga ... sedap untuk tertidur .....
Allah! Rugi saya tidak dapat mengikuti ceramah ustad pas itu tadi. Apa hikmah yang digerudikan kedalam telinga kita itu tadi agaknya?
Tak apa. Nanti lepas majlis tahlil, boleh tanya sesiapa. Nak tau juga siapa budak nakal yang mengikis lambang keris dari van mayat.
The Rukun Negara Of Muslims:- 1) Keep To The Commandments Of Allah. 2) Abstain From That Which Allah Forbids. 3) Pleased With The Decree Of Perovidence.
SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN
Saturday, February 27, 2010
Saturday, February 20, 2010
Aku Salah
Satu hari, jauh malam, warung Dinturtle, dihuni sekumpulan beberapa orang Pengembara Selamba. Perbualan mereka terputus-putus. Seolah-olah sudah diketahui jawapannya.
Jika Tuhan sayangkan hambaNya, mengapa diTurunkan ujian? Satu suara memecah deruan angin pantai.
Munkin sebagai kifarah. Mudah-mudahan diRingankan hukuman untukku esok.
Musibah, walau sekecil tusukan duri, menghapuskan kesalahan dan meningkatkan darjat.
Kalau suka terima. Tak suka kena terima jugak.
Kakak saya ahli Sister In Islam. Katanya yang tak disukai kena lawan.
Wadooh! Begitu bandhel dong suster lu. Ilmuan mana sih? Sampek ngelabrak Tuhan segalak!
Sister In Islam tu baru berapa kerat. Tiga suku dunia menolak Tuhan. Tuhan tak jatuh miskin pun.
Aiyaa. Atak cilita Nabi Musa a.s. mau tingok apa maciam kaya Tuan Ala. Tuan Ala kasi tunjiuk sama lia. Musa a.s. atak tingok Tuan Ala atak maaaanyak kasut buluk, baju siluar kuyak labak, lumbu kamping kulut-kulut suma. Itu maciam mana kaya? Anual Belahing lagi kaya.
Hey! Ada dam aji. Jom. Siapa lengit jadi imam subuh.
Dam tidak mentakdirkan siapa imam siapa makmum.
Mana munkin takdir bisa diubah sama dam. Iyyaa kok. Takdir masa bisa berobah. Siapa bisa?
Aiyaaa. Atak olang bikin singkili punyia takdil. Manyak olang pikang lia takdil lalam lia punyia tangan.
Saya emoh jadik imam kok. Lidah Jawa saya baca Fatihah kayak gini, "Semilaahir rockmaan nirrokiim. Al kamdhu lillahi robbil ngalaamin ..."

Sunday, February 14, 2010
Mari Berpantun
Kita bernostalgik ka zaman dondang sayang dengan Pantun Dua Kerat seperti:- ...
Guni kapur kiriman pak mentua
Nyanyi di dapur kahwin orang tua
Ayam bulat makan padi beras
Bangun lambat dapat laki malas
Kembang jarak kembang jagung
Berani bawak berani tanggung
Dahulu parang sekarang besi
Dahulu sayang sekarang benci
Secupak nasi setahil berangan
Tersepak kaki, terkehel tangan
Tungku tangkal balik pintu
Budak nakal memang begitu
--------------------------------
.... atau dengan Pantun Teka-Teki.
Alang mengkal buah bidara
Masak setandan tepian pantai
Hilang akal budi bicara
Buah apa tidak bertangkai?
Buah semangka duri dara
Pangkin sasar rama bayangan
Cubalah teka saudari saudara
Semakin besar sama ringan
Pancing mak bidan permata batu
Serampang Arjam sangkut di bahu
Rincing badan bermata satu
Ekornya tajam siapa tahu?
Pokok birah di cerun landai
Biawak Makkah jarang sendawa
Adat berziarah sahabat handai
Buah apakah biasa dibawa
Turun kayangan di Rantau Abang
Menyusur sampai Selat Melaka
Bersayap bukan burung terbang
Apakah haiwan marilah teka?
Cik Leha menanak minyak
Haruman Tok Empat dari setanggi
Dua peha anak pun banyak
Guna mendaki tempat yang tinggi?
Tuba Taka gelaran Bonda
Talian kendur bawa ka pekan
Cuba teka apakah benda
Maju makan mundur pun makan.
Ka pekan tuan beli lencana
Berhiaskan sulaman bunga pala
Silakan Tuan bijak laksana
Binatang apakah tiada kepala?
Bunga merah buah bidara
Berulam anyang bunga tambun
Mentekedarah pelahap tanpa kira
Tak pernah kenyang tahi bertimbun?
Puteri rupawan cerah mentari
Md. Lazim anak Pak Harun
Mari cendikiawan mari bistari
Lazimnya naik tak pernah turun?
Guni kapur kiriman pak mentua
Nyanyi di dapur kahwin orang tua
Ayam bulat makan padi beras
Bangun lambat dapat laki malas
Kembang jarak kembang jagung
Berani bawak berani tanggung
Dahulu parang sekarang besi
Dahulu sayang sekarang benci
Secupak nasi setahil berangan
Tersepak kaki, terkehel tangan
Tungku tangkal balik pintu
Budak nakal memang begitu
--------------------------------
.... atau dengan Pantun Teka-Teki.
Alang mengkal buah bidara
Masak setandan tepian pantai
Hilang akal budi bicara
Buah apa tidak bertangkai?
Buah semangka duri dara
Pangkin sasar rama bayangan
Cubalah teka saudari saudara
Semakin besar sama ringan
Pancing mak bidan permata batu
Serampang Arjam sangkut di bahu
Rincing badan bermata satu
Ekornya tajam siapa tahu?
Pokok birah di cerun landai
Biawak Makkah jarang sendawa
Adat berziarah sahabat handai
Buah apakah biasa dibawa
Turun kayangan di Rantau Abang
Menyusur sampai Selat Melaka
Bersayap bukan burung terbang
Apakah haiwan marilah teka?
Cik Leha menanak minyak
Haruman Tok Empat dari setanggi
Dua peha anak pun banyak
Guna mendaki tempat yang tinggi?
Tuba Taka gelaran Bonda
Talian kendur bawa ka pekan
Cuba teka apakah benda
Maju makan mundur pun makan.
Ka pekan tuan beli lencana
Berhiaskan sulaman bunga pala
Silakan Tuan bijak laksana
Binatang apakah tiada kepala?
Bunga merah buah bidara
Berulam anyang bunga tambun
Mentekedarah pelahap tanpa kira
Tak pernah kenyang tahi bertimbun?
Puteri rupawan cerah mentari
Md. Lazim anak Pak Harun
Mari cendikiawan mari bistari
Lazimnya naik tak pernah turun?
Saturday, February 13, 2010
In The Brightness Of Nights
In the brightness of a night a conversation is overheard.
One must struggle in the Name of Allah and for Allah.
The right thing is to live for Allah and to die for Allah.
No success is possible without this spirit.
You must have a god that needs
Someone to struggle and die for Him.
Nay! You are suggesting that
You need a God, that gives up His Own Will, for your own will.
You need a god, that you can shape according to your will, that rushes to your bidding.
That's right. A god should be great enough to be able to give us what we need.
That's right. To play god, to place your god wherever convenient, you must create your god.
You mean you need your god to submit.
I mean I am positioned at the other opposite end in order to submit.
--------------------------------
In the brightness of a night a conversation is overheard.
Our world has to be destroyed one day.
Why should we seek our own destruction along with it?
The world has outlives all life forms. Some created ones even out-span its creator. Surely we will be destroyed with it when it happens.
Not if we submit to acclimatizing to a life after this life.
-----------------------------------

The chauvinistic DAP Chinese wish to rule the Malays under the protection of the PAP and the west.
Not if the Malays believes in the same God.
In matters that is 'chinesetic' even the MCA and Gerakan sits with the DAP.
Not if the Malay gives whatever the Chinese wants.
Ridhuan Tee asked what more is left for the Malays?

Monday, February 8, 2010
Azab Dan Penyebab
Mari kita baca beberapa ayat Al-Quran.
Mudah-mudahan mendpat petunjuk berkenaan persamaan sejarah hari ini dengan sejarah silam.
Mudah-mudahan negara kita dijauhkan dari bala yang dimaksud.
Mudah-mudahan rakyat negara kita terhindar dari PENYEBAB bala tersebut.
----------------------------------
An-Nahl [16:98] فَإِذَا قَرَأْتَ الْقُرْآنَ فَاسْتَعِذْ بِاللّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
Al-Fatiha [1:1] بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ
فَلَمَّا ذَهَبَ عَنْ إِبْرَاهِيمَ الرَّوْعُ وَجَاءتْهُ الْبُشْرَى يُجَادِلُنَا فِي قَوْمِ لُوطٍ (11:74)
11:74 Maka tatkala rasa takut hilang dari Ibrahim dan berita gembira telah datang kepadanya, dia pun bersoal jawab dengan (malaikat-malaikat) Kami tentang kaum Lut.
(Penerangan ringkas: ... iaitu apabila Ibrahim a.s. tidak merasa takut lagi kerana malaikat itu hanya membawa khabar menganai kelahiran Ishaq a.s. maka dia mulalah berbincang dengan para utusan tersebut mengenai kaum Nabi Lut dengan meminta ditangguhkan azab terhadap mereka dengan harapan mereka mahu beriman.)
When Abraham's fear subsided, and the good news was delivered to him, he proceeded to argue with us on behalf of Lut's people.
إِنَّ إِبْرَاهِيمَ لَحَلِيمٌ أَوَّاهٌ مُّنِيبٌ (11:75)
11:75 Sesungguhnya Ibrahim itu benar-benar seorang yang penyantun lagi penghiba dan suka kembali kepada Allah.
Indeed, Abraham was clement, extremely kind, and obedient.
يَا إِبْرَاهِيمُ أَعْرِضْ عَنْ هَذَا إِنَّهُ قَدْ جَاء أَمْرُ رَبِّكَ وَإِنَّهُمْ آتِيهِمْ عَذَابٌ غَيْرُ مَرْدُودٍ (11:76)
11:76 Hai Ibrahim, tinggalkanlah soal jawab ini, sesungguhnya telah datang ketetapan Tuhanmu, dan sesungguhnya mereka itu akan didatangi azab yang tidak dapat ditolak.
(Penerangan ringkas: Hai Ibrahim, tak usah didebat urusan yang sudah diputuskan Allah. Allah telah memerintahkan kami untuk mengazab mereka. Azab ini tidak dapat ditolak, dihindar, dibantah atau ditangguhkan samada dengan do'a atau hujjah.)
"O Abraham, refrain from this. Your Lord's judgment has been issued; they have incurred unavoidable retribution."
وَلَمَّا جَاءتْ رُسُلُنَا لُوطًا سِيءَ بِهِمْ وَضَاقَ بِهِمْ ذَرْعًا وَقَالَ هَـذَا يَوْمٌ عَصِيبٌ (11:77)
11:77 "Dan tatkala datang utusan-utusan Kami (para malaikat) itu kepada Lut, dia merasa susah dan merasa sempit dadanya karena kedatangan mereka, dan dia berkata: ""Ini adalah hari yang amat sulit.""
(Penerangan ringkas: Setelah keluar dari rumah Ibrahim, para malaikat itu datang ka rumah Lut. Ini membuat Lut merasa gelisah dan sempit dadanya kerana mereka datang dalam paras rupa pemuda yang sangat tampan. Lut khuatir akan gangguan kaumnya yang fasik dengan fitrah menyimpang suka kepada kaum sejenis. "Hari ini sungguh menyempitkan bagi aku," katanya dalam hati.)
When our messengers went to Lut, they were mistreated, and he was embarrassed by their presence. He said, "This is a difficult day."
وَجَاءهُ قَوْمُهُ يُهْرَعُونَ إِلَيْهِ وَمِن قَبْلُ كَانُواْ يَعْمَلُونَ السَّيِّئَاتِ قَالَ يَا قَوْمِ هَـؤُلاء بَنَاتِي هُنَّ أَطْهَرُ لَكُمْ فَاتَّقُواْ اللّهَ وَلاَ تُخْزُونِ فِي ضَيْفِي أَلَيْسَ مِنكُمْ رَجُلٌ رَّشِيدٌ (11:78)
11:78 "Dan datanglah kepadanya kaumnya dengan bergegas-gegas. Dan sejak dahulu mereka selalu melakukan perbuatan-perbuatan yang keji. Lut berkata: ""Hai kaumku, inilah putri-putri (negeri) ku mereka lebih suci bagimu, maka bertakwalah kepada Allah dan janganlah kamu mencemarkan (nama) ku terhadap tamuku ini. Tidak adakah di antaramu seorang yang berakal?""
(Penerangan ringkas: Kaum Lut tergopoh-gapah datang, dengan rakus, kasar, sesuai dengan tabii songsangnya terhadap tetamu Lut. Lut berkata, "Ambillah anak-anak puteri negeri ini sebagai pasangan yang suci kepada kamu. Bertaqwalah kepada Allah. Tinggalkanlah perbuatan keji ini. Takutilah siksaNya. Bukankah di antara kalian ada orang yang berakal lurus mengajak kepada jalan yang benar?"
His people came rushing; they had grown accustomed to their sinful acts. He said, "O my people, it would be purer for you, if you take my daughters instead. You shall reverence Allah; do not embarrass me with my guests. Have you not one reasonable man among you?"
15:68 LUT said: "These are my guests: disgrace me not:
27:55 Must you really approach men with lust instead of women? Nay, but you are people without any awareness (of right and wrong)!”
27:56 But his people’s only answer was this: “Expel [Lut and] Lut’s followers from your township! Verily, they are folk who make themselves out to be pure!”
قَالُواْ لَقَدْ عَلِمْتَ مَا لَنَا فِي بَنَاتِكَ مِنْ حَقٍّ وَإِنَّكَ لَتَعْلَمُ مَا نُرِيدُ (11:79)
11:79 "Mereka menjawab: ""Sesungguhnya kamu telah tahu bahwa kami tidak mempunyai keinginan terhadap putri-putrimu, dan sesungguhnya kamu tentu mengetahui apa yang sebenarnya kami kehendaki.""
They said, "You know well that we have no need for your daughters; you know exactly what we want."
54:33 The people of Lut rejected (his) warning.
قَالَ لَوْ أَنَّ لِي بِكُمْ قُوَّةً أَوْ آوِي إِلَى رُكْنٍ شَدِيدٍ (11:80)
11:80 "Lut berkata: ""Seandainya aku ada mempunyai kekuatan (untuk menolakmu) atau kalau aku dapat berlindung kepada keluarga yang kuat (tentu aku lakukan).""
He said, "I wish I were strong enough, or had a powerful ally!"
قَالُواْ يَا لُوطُ إِنَّا رُسُلُ رَبِّكَ لَن يَصِلُواْ إِلَيْكَ فَأَسْرِ بِأَهْلِكَ بِقِطْعٍ مِّنَ اللَّيْلِ وَلاَ يَلْتَفِتْ مِنكُمْ أَحَدٌ إِلاَّ امْرَأَتَكَ إِنَّهُ مُصِيبُهَا مَا أَصَابَهُمْ إِنَّ مَوْعِدَهُمُ الصُّبْحُ أَلَيْسَ الصُّبْحُ بِقَرِيبٍ (11:81)
11:81 "Para utusan (malaikat) berkata: ""Hai Lut, sesungguhnya kami adalah utusan-utusan Tuhanmu, sekali-kali mereka tidak akan dapat mengganggu kamu, sebab itu pergilah dengan membawa keluarga dan pengikut-pengikut kamu di akhir malam dan janganlah ada seorang di antara kamu yang tertinggal, kecuali istrimu. Sesungguhnya dia akan ditimpa azab yang menimpa mereka karena sesungguhnya saat jatuhnya azab kepada mereka ialah di waktu subuh; bukankah subuh itu sudah dekat?""
(The angels) said, "O Lut, we are your Lord's messengers, and these people cannot touch you. You shall leave with your family during the night, and let not anyone of you look back, except your wife; she is condemned along with those who are condemned. Their appointed time is the morning. Is not the morning soon enough?"
فَلَمَّا جَاء أَمْرُنَا جَعَلْنَا عَالِيَهَا سَافِلَهَا وَأَمْطَرْنَا عَلَيْهَا حِجَارَةً مِّن سِجِّيلٍ مَّنضُودٍ (11:82)
11:82 Maka tatkala datang azab Kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu yang di atas ke bawah (Kami balikkan), dan Kami hujani mereka dengan batu dari tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi,
(Penerangan ringkas: Setelah azab Kami turun, Kami timbus negeri kaum Lut lalu Kami benamkan mereka ka perut bumi. Kami hujani mereka bertubi-tubi dengan batu dari tanah terbakar.)
When our judgment came, we turned it upside down, and we showered it with hard, devastating rocks.
مُّسَوَّمَةً عِندَ رَبِّكَ وَمَا هِيَ مِنَ الظَّالِمِينَ بِبَعِيدٍ (11:83)
11:83 yang diberi tanda oleh Tuhanmu, dan siksaan itu tiadalah jauh dari orang-orang yang zalim.
Such rocks were designated by your Lord to strike the transgressors.
27:58 the while We rained a rain [of destruction] upon the others: and dire is such rain upon all who let themselves be warned [to no avail]
15:59) "As for Lut's family, We will save them all.
54:34 [and so,] behold, We let loose upon them a deadly tempest; and only Lut ’s kinsfolk did We save at the break of dawn, 54:35 as a blessing from Us: thus do We reward all who are grateful.
54:36 For he had truly warned them of Our punishing might; but they stubbornly cast doubt on these warn ings, 54:37 and even demanded that he give up his guests [to them]: whereupon We deprived them of their sight [and thus told them, as it were]: “Taste, then, the suffering which I inflict when My warnings are disregarded!”

Labels:
Kaum Nabi Lut
Ramalan Cuaca.
Cuaca TGNA terkenal tidak menentu; mudah berubah dengan tiba-tiba. Seperti mengidap angin seluruh badan.
Dahulunya ribut petir sabung menyabung. Angin badai sering mengamuk meratakan ladang menenggelami sawah. Puting beliung menyingkap bumbung menumbangkan pokok.
Ada kalanya guruh guntur membelah bumi dengan doa sumpah celaka; malah memecah langit dengan dakwaan Allah carut.
Tiba-tiba mendung tidak, angin tidak, turun hujan renyai-renyai. Mengajak "musuh ketatnya" duduk semeja.
Agak-agak "musuh" dia ini, yang pernah kena sumpah pecah perut, bersedia payung atau tidak. Jangan-jangan terbasah kuyup ketika berpakaian nipis.
Namun jika semuanya berdasarkan keikhlasan .... inilah yang dinanti-nanti. Tiada yang lebih baik dari ini.

Tuesday, February 2, 2010
Jemputan Langsong Dan Tidak Langsong
Kebelakangan ini gegak-gempita gendang kecemasan dipalu dari dalam khemah pembangkang. Mereka mendakwa mempunyai bukti BN sedang memancing ahli-ahli mereka seperti Azan, Zaharin atau Zuikifli. Benar atau tidak angin-angin ini atau salah atau betul perbuatan ini bukan pokok perkara perbincangan ini.
Yang dibincangkan di sini ialah adanya pilihan untuk dipilih. Dan adanya hati hendak memilih. Bila sudah ada hajat hati hendak memilih, kemudian adanya pula ajakan indirect pun dari luar, seseorang itu pasti akan membuat pilihan yang diyakininya lebih baik baginya.
Di zaman Rasulullah ada testimoni peribadi seperti yang sedang berlaku dalam khemah pembangkang di atas, seperti yang diceritakan oleh Khalid ibn Walid r.a. mengenai sejarah pengislamannya. (pssst. Khalid Ibn Walid ni panglima Islam favourate blogger satD)
Beliau r.a. lah penyebab utama kekalahan Muslimin di Uhud. Namun Rasulullah s.a.w. bersabda jika belaiu datang menyebelahi Islam, beliau akan mencapai penghormatan di atas yang lain. (p/s: ini jenis jemputan "indirect" Rasulullah s.a.w. kepada beliau r.a. Mari kita ikuti testimoni beliau r.a. dari mula)
Khalid al Walid pada asalnya adalah dari golongan paling keras memusuhi Islam. Dia tidak pernah melepaskan peluang menyusahkan atau menyerang Rasulullah s.a.w. dan kaum Muslimin. Ketika peristiwa al-Hudaybiyyah, Khalid menunggu di 'Asfaan dengan niat melakukan serangan hendap terhadap Rasulullah s.a.w., samada dengan panah atau pedang.
Apabila Rasulullah s.a.w. mendapat perkhabaran ini, Baginda s.a.w. pun memerintahkan solat berikutnya iaitu 'Asr dilakuakn dengan tertib khauf: iaitu satu kumpulan bersembahyang, manakala yang satu lagi berjaga. Melihat yang demikian, terganggulah strategi Khalid al-Walid lalu berkata, "Orang ini benar-benar terhalang dari aku", maksudnya sentiasa ada orang lain yang menghalang kecederaan dari mengenai Rasulullah s.a.w.. Rasulullah s.a.w. beredar dari 'Asfaan, sampai di al-Hudaybiyyah, mengikat perjanjian dengan kafir Quraysh, boleh ber'Umrah hanya tahun hadapannya, kemudian terus balik ka Madinah.
Khalid perasan yang kafir Qurayish semakin lemah. "Apa yang tinggal nanti? Kemana hendak saya pergi? Ka Negus? Tak boleh. Dia sedang melindungi pengikut Muhammad (s.a.w.). Munkin saya patuk ikut Heraclius? Tidah boleh juga. Mana munkin saya meninggalkan agama nenek moyang lalu mengikut Kristian atau Judaisme dan hidup bukan di kalangan Arab? (p/s: sudah timbul pilihan dalam hati Khalid ibn al-Walid. Selepas ini, berturut-turutlah ajakan direct atau indirect terhadapnya.)
Setahun Khalid membolak-balik pilihan di dalam hatinya. Sampailah masa kaum Muslimin dibenarkan masuk Makkah mengerjakan 'Umrah.
Rasulullah s.a.w. masuk Makkah. Khalid tidak tahan melihatkan keadaan Makkah dibanjiri jemaah Islam. Dia menghilangkan diri selama Rasulullah s.a.w. dan para Sahabat r.a. berada di Makkah: empat hari. Rasulullah s.a.w. mengerjakan 'Umrah. Berjalan sekelilinga Makkah, memerhatikan ka atas ka bawah sekeliling teringatkan putera-putera seperti Khalid al Walid, lalu bertanya kepada al-Walid bin al-Walid adik Khalid yang datang bersama Rasulullah s.a.w. mengerjakan 'Umrah.
(Rasulullah s.a.w. hendak menghantar ajakan indirect kepada Khalid mempelawa dia Islam.) Baginda s.a.w. bertanya al-Walid, "Mana Khalid?"
Al-Walid tersentak dengan pertanyan itu, menjawab, "Allah akan bawa dia ya Rasulullah s.a.w."
"Seseorang seperti dia tidak boleh jahil tentang Islam! Sekiranya dia memperuntukkan kepahlawanannya untuk Islam, itu pasti lebih baik baginya." Jawab Rasulullah s.a.w.
Baginda s.a.w. menyambung, "Jika dia datang kepada kami, kita pasti sambut dia dengan kehormatan, dan utamakan dia di atas yang lain."
Al-Walid, kegembiraan yang amat sangat, keluar mencari abangnya. Kerana gagal menjumpainya, al-Walid meninggalkn surat untuk Khalid ketika rombongan Rasulullah s.a.w. balik ka Madinah. Katanya dalam surat tersebut:
"Bismi Allah Al-Rahman Al-Rahim. Ammaba'du.
Saya tidak pernah menemui sesuatu yang lebih mena'jubkan dari penolakan abang kepada Islam; padahal mengetahui keupayaan kecerdikanmu. Bolehkah seseorang itu tetap jahil terhadap Islam? Rasulullah s.a.w. bertanyakan saya, 'Di mana Khalid?'
Saya jawab, 'Allah pasti akan hadhirkan dia.'
Rasulullah s.a.w. kemudian bersabda, 'Seseorang seperti dia tidak boleh jahil tentang Islam! Sekiranya dia memperuntukkan kepahlawanannya untuk Islam, itu pasti lebih baik baginya. Jika dia datang kepada kami, kita pasti sambut dia dengan kehormatan, dan utamakan dia di atas yang lain.'
Susuli kami wahai saudaraku beserta segala peluang keemasan yang sudah terlepas."
Khalid berkata, "Bila surat itu sampai kepada saya, saya memutuskan ikut. Ia menambah kecenderongan saya tyerhadap Islam. Saya gembira Rasulullah s.a.w. bertanyakan tentang saya. Saya melihat dalam mimpi, saya berada di tanah sempit dan gersang yang saya tinggalkan untuk menuju tanah menghijau dan lapang."
Ini pasti mimpi benar."
Sesudah bersedia hendak berjumpa Rasulullah s.a.w. saya memikirkan perlunya teman perjalanan. Saya mendapatkan Safwan bin Umayyah, "Ya Ibn Wahab, saudara sedarkah bagaimana keadaan kita? Kita seperti gigi geraham bergigitan antara satu sama lain, sedangkan Muhammad (s.a.w.) kelihatannya sedang menguasai Arab dan Ajam. Sekiranyalah kita menyebelahi dan mengikutnya, maruahnya dia juga akan jadi maruah kita"
Safwan menolak dengan keras, "Walaupun tinggal saya seorang, saya tidak akan mengikutnya."
Besar kecederaan hati orang ini. Abang dan ayahnya terbunuh di Badr.
Saya menemui 'Ikrimah bin Abi Jahl menceritakan kepadanya apa yang saya ceritakan kepada Safwan bin Umayyah. Dia menolak juga.
Jika begini, saya akan pergi senyap-senyap. Saya balik, siapkan tunggangan, terus bertolak. Terjumpa 'Uthman bin Talhah. Ini kenalan saya. Hendak saya ceritakankah langkah saya. Tetapi saudara-saudaranya ada yang terbunuh dalam peperangan melawan Muslimin. Bagi tahu? Tak payah? Tidak apa. Bagi tahu.
Saya mulai memberitahunya akan keadaan Quaryish, "Kita ini seperti rubah bersembunyi di dalam lubang. Jika sebahagian air pun dituangkan ka lubang itu, kita akan keluar." Dia terus bersetuju. Dia bailk untuk bersiap. Esoknya kita bertolak sama sehingga sampai di al-Hada, dimana kita terserempak dengan 'Amr bin al-'Aas.
'Amr: Ahlan wa sahlan, tuan-tuan hendak ka mana.
Kita: Dan apa yang menyebabkan tuan ka mari.
'Amr: Dan apa yang membewa tuan-tuan ka mari?
Kita: Kita hendak memeluk Islam dan menjadi pengikut Muhammad.
'Amr: Begitu juga tujuan saya keluar ini.
Kita iring-mengiringi sesama kita sehinggalah memasuki Madinah. Kita rehatkan tunggangan kita. Rasulullah s.a.w. dimaklumkan berkenaan kita. Baginda menjadi begitu riang dengan berita ini.
Saya bersalin pakaian terbaik yang saya bawa dan melangkah menuju Rasulullah s.a.w. Tiba-tiba adik saya sambut saya, "Cepat. Baginda Rasulullah s.a.w. telah dikhabarkan tentang abang, dan baginda sangat gembira kerananya. Baginda sedang menunggu."
Kita percepatkan perjalanan. Saya memandang ka arah Rasulullah s.a.w. dan mendapatkannya. Dari jauh baginda sudah tersenyum, dan terus tersenyum sehingga saya sampai kepadanya. Saya beri hormat kepada baginda s.a.w. dan baginda membalas hormat dengan amat riang-mesra sekali.
Saya lafazkan, " Saya naik saksi tiada yang layak disembah melainkan Allah, dan tuan adalah Pesuruh Allah."
Baginda manjawab, "Segala puji bagi Allah yang telah membimbing tuan. Saya cukup maklum akan kebijaksanaan tuan. Dan adalah sentiasa menjadi harapan saya bahawa kebijaksanaan itu akan membawa tuan kepada kebaikan diri tuan."
Saya menjawab, "Ya Rasulullah s.a.w. Saya banyak mengambil bahagian dalam kerja-kerja yang membawa kesusahan kepada tuan dan saya telah berkeras menentang kebenaran. Doakan saya sehingga Allah ampunkan saya."
Rasulullah s.a.w. menjawab, "Islam membersihkan dosa sebelumnya."
Saya memohon lagi, "Ya Rasulullh s.a.w., doakan untuk keampunan saya."
Rasulullah berdoa, "Ya Allah, Ampunilah Khalid bin Al-Walid akan segala kesalahannya dalam menghalangi manusia dari jalan Allah."
Subhanallah. Ajakan indirect ke dalam hati Khalid Al-Walid r.a. sangat mempengaruhi langkah-langkahnya menuju Islam. Al-Hidayah.

Monday, February 1, 2010
Persilatan Memecah Dan Meroboh Di Gelanggang Pembangkang.
Hati dan kaki Anuar tertambat mati ka tiang mahkamah. Impotent.
Guan Eng mentadbir dengan kuku besi. Tak peduli PAS. Tak hirau PKR.
Zaid turun Malaysia Timur walaupun Anuar tegah.
Zaharin bengang terus berani tembak Guan Eng.
Desas desus luas membisikkan akan banyak timbul katak-lompat hingga BN boleh dapat 2/3 di Parlimen.
Panglima-panglima cyber DAP gelabah, akui perlunya ada ali-baba mereka panjat Putra Jaya. Anuar tak boleh harap. Zaid?
Zulkifli tembak Khalid Samad kerana Allah.
PKR gam mulut Zulkifli. Zulkifli terus rancak menembak.
Zaharin, Zulkifli dan Zaid bakal kena tindakan disiplin.
PAS gantung Khalid enam bulan sedang Hassan Ali setakat amaran. Akibatnya belukar PAS yang berisi akar-umbi-gambut berasap terbakar tak puas hati.
Siapa boss sebenar PR ni.
Semua boss. Zaid. Zaharin. Zulkifli. Khalid. Hassan. Guan Eng. Nizar. Ngeh&Nga. BN ada dua sahaja boss. Najib. Nazri.
Anuar setakat mampu cakap sokong Guan Eng. Habislah PAS. Hapuslah PKR. Mati pucuklah DAP.

Subscribe to:
Posts (Atom)