Kebelakangan ini gegak-gempita gendang kecemasan dipalu dari dalam khemah pembangkang. Mereka mendakwa mempunyai bukti BN sedang memancing ahli-ahli mereka seperti Azan, Zaharin atau Zuikifli. Benar atau tidak angin-angin ini atau salah atau betul perbuatan ini bukan pokok perkara perbincangan ini.
Yang dibincangkan di sini ialah adanya pilihan untuk dipilih. Dan adanya hati hendak memilih. Bila sudah ada hajat hati hendak memilih, kemudian adanya pula ajakan indirect pun dari luar, seseorang itu pasti akan membuat pilihan yang diyakininya lebih baik baginya.
Di zaman Rasulullah ada testimoni peribadi seperti yang sedang berlaku dalam khemah pembangkang di atas, seperti yang diceritakan oleh Khalid ibn Walid r.a. mengenai sejarah pengislamannya. (pssst. Khalid Ibn Walid ni panglima Islam favourate blogger satD)
Beliau r.a. lah penyebab utama kekalahan Muslimin di Uhud. Namun Rasulullah s.a.w. bersabda jika belaiu datang menyebelahi Islam, beliau akan mencapai penghormatan di atas yang lain. (p/s: ini jenis jemputan "indirect" Rasulullah s.a.w. kepada beliau r.a. Mari kita ikuti testimoni beliau r.a. dari mula)
Khalid al Walid pada asalnya adalah dari golongan paling keras memusuhi Islam. Dia tidak pernah melepaskan peluang menyusahkan atau menyerang Rasulullah s.a.w. dan kaum Muslimin. Ketika peristiwa al-Hudaybiyyah, Khalid menunggu di 'Asfaan dengan niat melakukan serangan hendap terhadap Rasulullah s.a.w., samada dengan panah atau pedang.
Apabila Rasulullah s.a.w. mendapat perkhabaran ini, Baginda s.a.w. pun memerintahkan solat berikutnya iaitu 'Asr dilakuakn dengan tertib khauf: iaitu satu kumpulan bersembahyang, manakala yang satu lagi berjaga. Melihat yang demikian, terganggulah strategi Khalid al-Walid lalu berkata, "Orang ini benar-benar terhalang dari aku", maksudnya sentiasa ada orang lain yang menghalang kecederaan dari mengenai Rasulullah s.a.w.. Rasulullah s.a.w. beredar dari 'Asfaan, sampai di al-Hudaybiyyah, mengikat perjanjian dengan kafir Quraysh, boleh ber'Umrah hanya tahun hadapannya, kemudian terus balik ka Madinah.
Khalid perasan yang kafir Qurayish semakin lemah. "Apa yang tinggal nanti? Kemana hendak saya pergi? Ka Negus? Tak boleh. Dia sedang melindungi pengikut Muhammad (s.a.w.). Munkin saya patuk ikut Heraclius? Tidah boleh juga. Mana munkin saya meninggalkan agama nenek moyang lalu mengikut Kristian atau Judaisme dan hidup bukan di kalangan Arab? (p/s: sudah timbul pilihan dalam hati Khalid ibn al-Walid. Selepas ini, berturut-turutlah ajakan direct atau indirect terhadapnya.)
Setahun Khalid membolak-balik pilihan di dalam hatinya. Sampailah masa kaum Muslimin dibenarkan masuk Makkah mengerjakan 'Umrah.
Rasulullah s.a.w. masuk Makkah. Khalid tidak tahan melihatkan keadaan Makkah dibanjiri jemaah Islam. Dia menghilangkan diri selama Rasulullah s.a.w. dan para Sahabat r.a. berada di Makkah: empat hari. Rasulullah s.a.w. mengerjakan 'Umrah. Berjalan sekelilinga Makkah, memerhatikan ka atas ka bawah sekeliling teringatkan putera-putera seperti Khalid al Walid, lalu bertanya kepada al-Walid bin al-Walid adik Khalid yang datang bersama Rasulullah s.a.w. mengerjakan 'Umrah.
(Rasulullah s.a.w. hendak menghantar ajakan indirect kepada Khalid mempelawa dia Islam.) Baginda s.a.w. bertanya al-Walid, "Mana Khalid?"
Al-Walid tersentak dengan pertanyan itu, menjawab, "Allah akan bawa dia ya Rasulullah s.a.w."
"Seseorang seperti dia tidak boleh jahil tentang Islam! Sekiranya dia memperuntukkan kepahlawanannya untuk Islam, itu pasti lebih baik baginya." Jawab Rasulullah s.a.w.
Baginda s.a.w. menyambung, "Jika dia datang kepada kami, kita pasti sambut dia dengan kehormatan, dan utamakan dia di atas yang lain."
Al-Walid, kegembiraan yang amat sangat, keluar mencari abangnya. Kerana gagal menjumpainya, al-Walid meninggalkn surat untuk Khalid ketika rombongan Rasulullah s.a.w. balik ka Madinah. Katanya dalam surat tersebut:
"Bismi Allah Al-Rahman Al-Rahim. Ammaba'du.
Saya tidak pernah menemui sesuatu yang lebih mena'jubkan dari penolakan abang kepada Islam; padahal mengetahui keupayaan kecerdikanmu. Bolehkah seseorang itu tetap jahil terhadap Islam? Rasulullah s.a.w. bertanyakan saya, 'Di mana Khalid?'
Saya jawab, 'Allah pasti akan hadhirkan dia.'
Rasulullah s.a.w. kemudian bersabda, 'Seseorang seperti dia tidak boleh jahil tentang Islam! Sekiranya dia memperuntukkan kepahlawanannya untuk Islam, itu pasti lebih baik baginya. Jika dia datang kepada kami, kita pasti sambut dia dengan kehormatan, dan utamakan dia di atas yang lain.'
Susuli kami wahai saudaraku beserta segala peluang keemasan yang sudah terlepas."
Khalid berkata, "Bila surat itu sampai kepada saya, saya memutuskan ikut. Ia menambah kecenderongan saya tyerhadap Islam. Saya gembira Rasulullah s.a.w. bertanyakan tentang saya. Saya melihat dalam mimpi, saya berada di tanah sempit dan gersang yang saya tinggalkan untuk menuju tanah menghijau dan lapang."
Ini pasti mimpi benar."
Sesudah bersedia hendak berjumpa Rasulullah s.a.w. saya memikirkan perlunya teman perjalanan. Saya mendapatkan Safwan bin Umayyah, "Ya Ibn Wahab, saudara sedarkah bagaimana keadaan kita? Kita seperti gigi geraham bergigitan antara satu sama lain, sedangkan Muhammad (s.a.w.) kelihatannya sedang menguasai Arab dan Ajam. Sekiranyalah kita menyebelahi dan mengikutnya, maruahnya dia juga akan jadi maruah kita"
Safwan menolak dengan keras, "Walaupun tinggal saya seorang, saya tidak akan mengikutnya."
Besar kecederaan hati orang ini. Abang dan ayahnya terbunuh di Badr.
Saya menemui 'Ikrimah bin Abi Jahl menceritakan kepadanya apa yang saya ceritakan kepada Safwan bin Umayyah. Dia menolak juga.
Jika begini, saya akan pergi senyap-senyap. Saya balik, siapkan tunggangan, terus bertolak. Terjumpa 'Uthman bin Talhah. Ini kenalan saya. Hendak saya ceritakankah langkah saya. Tetapi saudara-saudaranya ada yang terbunuh dalam peperangan melawan Muslimin. Bagi tahu? Tak payah? Tidak apa. Bagi tahu.
Saya mulai memberitahunya akan keadaan Quaryish, "Kita ini seperti rubah bersembunyi di dalam lubang. Jika sebahagian air pun dituangkan ka lubang itu, kita akan keluar." Dia terus bersetuju. Dia bailk untuk bersiap. Esoknya kita bertolak sama sehingga sampai di al-Hada, dimana kita terserempak dengan 'Amr bin al-'Aas.
'Amr: Ahlan wa sahlan, tuan-tuan hendak ka mana.
Kita: Dan apa yang menyebabkan tuan ka mari.
'Amr: Dan apa yang membewa tuan-tuan ka mari?
Kita: Kita hendak memeluk Islam dan menjadi pengikut Muhammad.
'Amr: Begitu juga tujuan saya keluar ini.
Kita iring-mengiringi sesama kita sehinggalah memasuki Madinah. Kita rehatkan tunggangan kita. Rasulullah s.a.w. dimaklumkan berkenaan kita. Baginda menjadi begitu riang dengan berita ini.
Saya bersalin pakaian terbaik yang saya bawa dan melangkah menuju Rasulullah s.a.w. Tiba-tiba adik saya sambut saya, "Cepat. Baginda Rasulullah s.a.w. telah dikhabarkan tentang abang, dan baginda sangat gembira kerananya. Baginda sedang menunggu."
Kita percepatkan perjalanan. Saya memandang ka arah Rasulullah s.a.w. dan mendapatkannya. Dari jauh baginda sudah tersenyum, dan terus tersenyum sehingga saya sampai kepadanya. Saya beri hormat kepada baginda s.a.w. dan baginda membalas hormat dengan amat riang-mesra sekali.
Saya lafazkan, " Saya naik saksi tiada yang layak disembah melainkan Allah, dan tuan adalah Pesuruh Allah."
Baginda manjawab, "Segala puji bagi Allah yang telah membimbing tuan. Saya cukup maklum akan kebijaksanaan tuan. Dan adalah sentiasa menjadi harapan saya bahawa kebijaksanaan itu akan membawa tuan kepada kebaikan diri tuan."
Saya menjawab, "Ya Rasulullah s.a.w. Saya banyak mengambil bahagian dalam kerja-kerja yang membawa kesusahan kepada tuan dan saya telah berkeras menentang kebenaran. Doakan saya sehingga Allah ampunkan saya."
Rasulullah s.a.w. menjawab, "Islam membersihkan dosa sebelumnya."
Saya memohon lagi, "Ya Rasulullh s.a.w., doakan untuk keampunan saya."
Rasulullah berdoa, "Ya Allah, Ampunilah Khalid bin Al-Walid akan segala kesalahannya dalam menghalangi manusia dari jalan Allah."
Subhanallah. Ajakan indirect ke dalam hati Khalid Al-Walid r.a. sangat mempengaruhi langkah-langkahnya menuju Islam. Al-Hidayah.