SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN

SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN
Satu Bahasa Satu Bangsa Satu Negara

Sunday, September 5, 2010

A`ūdhu billāhi min ash-shaitāni r-rajīmi (أعوذ بالله من الشيطان الرجيم )

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ


Ta'awwudh: Iaitu memohon perlindungan dengan Allah, umpama dengan berdoa:-


1) A`ūdhu billāhi min ash-shaitāni r-rajīmi (أعوذ بالله من الشيطان الرجيم).

Syaitan memerangi Islam dengan menyuburkan ego satu cabang pejuang atau ummat Islam di atas cabang lain. Umpamanya satu pihak diacum supaya berkata, "Tabligh lebih penting dari Jihad." Keterlanjuran ini dibalas dengan keterlanjuran yang serupa, "Ketika Balai Polis Kepung diserang Komunis, adakah kamu berkata, "Oiii kominis, jangan serang dulu. Nantilah bila kerja dakwah ku selesai."

Serangan Iblis terhadap Islam memperalatkan apa yang amat disukai oleh ego. Ini kepakaran Iblis. Dia lebih mengenal luar dalam akan Anak Adam kerana ketika Adam dijadikan, Iblis ada dekat situ. Kekuatan dia paling hebat ialah, dia kenal Tuhan. Dia mempermainkan Anak Adam ini macam anak kecil bermain-main dengan kertas conting.

Agaknya beginilah kertas lukisan Melayu PAS dan Melayu UMNO dan Melayu PKR sedang diconting-conting sesuka hati oleh Iblis.


2) A`ūdhu billāhi min fitnahil mahya wal mamat أعوذ بالله من
فِتْـنَةِ الْمَحْياَ وَالْمَماَتِ Aku berlindung dengan Allah dari fitnah hidup dan fitnah mati.

Anak Adam dijadikan Tuhan untuk cari jalan balik kepada Dia. Apa sahaja yang melekakan Anak Adam dari perjalanan itu, itulah fitnah hidup.

Ahli kubur terputus dari amalnya kecuali jika dia meninggalkan anak soleh atau amal jarriah. Ahli kubur umpamanya yang kuburnya makmur dengan doa anak saleh dan thawab dari amal jarriahnya, dia terlepas dari fitnah kubur. Jika dia meninggalkan kelakuan yang jadi ikutan orang kemudian ... wallahua'lam.


3) A`ūdhu billāhi min fitnahil Masyaihil Dajjal. أعوذ بالله من
فِتْـنَةِ الْمَسيِحِ الدَّجاَّلِ

Dajjal ialah khalifah utama Iblis. Ya'juj dan Ma'juj ialah para panglima, hulubalang dan bala tentera Dajjal.

Anak Adam yang memerangi atau mengubah ajaran Nabi-Nabi mereka samada dalam zaman Nabi itu atau sepeninggalannya menjadi umpama worker bees atau worker ants kepada Ya'juj dan Ma'juj.

Missi utama mereka ialah memperdaya Anak Adam. Kepakaran mereka ialah (1) menunjukkan dan menghiasi kebatilan dan ma'siat sehingga ternampak sangat cantik dan menarik hati. (2) menunjukkan dan menghias segala kebenaran sehingga terlihat huduh dan tidak menarik. Akibat tipu daya Dajjal dan bala tenteranya setengah daripada worker bees atau worker ants diatas meyakini diri mereka menjadi tentera Allah; begitu ampuh tipudaya Dajjal, Ya'juj dan Ma'juj.

Yang mengenal mereka dan tipu daya mereka ialah orang-orang beriman yang noor ilahi melimpah menerangi kedalam batin hati mereka.


Do'a:-

اَللَّهُـمَّ إِنيِّ أَعوُذُ بِكَ مِنْ عَذاَبِ جَهَنَّمَ،وَمِنْ عَذاَبِ الْقَبْرِ وَمِنْ فِتْـنَةِ الْمَحْياَ وَالْمَماَتِ وَمِنْ فِتْـنَةِ الْمَسيِحِ الدَّجاَّلِ