Malam tadi termimpi seekor burung merbah hinggap di bahu.
Lalu berbisik: Saya burung Bulbul Nabi Sulaiman semua tahu
Mendapat perintah menyampaikan gossip untuk Melayu.
Bergossip berdosa hey tak tahu malu ...
Nanti dulu. Dengar sesuatu.
Lepas tu bertaubatlah begitu...
Najib nak rombak kabinet pakaian dan sepatu.
Baju prat cap pagoda dan lagi satu
Seluar dalam cap buaya tertentu
Takut kena buang mulalah melalak kesini situ
Mengampu Najib sudah tentu
Menyumpah seranah Pak Yem Perkasa Pangkalan Batu
Dan mencerca Dewan Ekologi Bumi (DEB) Simpang Jitu.
Kan Najib tak kisah pun Pak Yem Perkasa tu!
Tapi baju prat dan seluar dalam yang mana satu?
Banyak. Aku cerita satu persatu
Masuk gelanggang di pagi Sabtu
Berpayung terjun pak mentua. Si Tempang Key Jey itulah menantu.
Burung botak bergelar Belatok Nazili Muncung Tebal lagi satu.
Burung Kuku Nan pelarian Achih keturunan pengiran gusti. Betul begitu?
Orang kata mereka-mereka ni macam Qur-an buruk.
Dah berkecai tak boleh dibaca, disimpan dipenjuru dapur terperuk.
Dengan mencaci Pak Yem Perkasa penunggu kemaruk
Dewan Ekologi Bumi hanya antik disuruk.
Harap-harap itu khidmat mereka; last kopek untuk Najib yang teruk.
Hey! kamu-kamu petualang bukan pejuang tetapi beruk-beruk.
Bertindak keji dan buruk hanya demi perut demi periuk .
.... Najib apa cerita untuknya hari esok?
Tak boleh tidak Najib kenalah amat passionate tentang bangsanya itu
Seperti arwah bapanya atau TDM terdahulu satu-satu
Dia tahu kalau dia tidak seperti sebegitu
Dia tidak akan lama bertenggek disitu
Tapi dia tidak mampu malah keliru tak menentu
Kerana dikelilingi penasihat tak passionate, liberal dan buntu.
Jadi apa kita nak buat?
Orang tak makan dek nasihat pujuk rayu
Agaknya perlulah diugut sedikit dengan kayu
Untuk bangkit dari semangatnya yang layu
Mesti diselesai sebelum PRU.
Ini sekedar ambil contoh dari proxy Lee Kuan Yew
DAP MCA MIC di Tanah Melayu.
Mereka ugut
Najib melutut.
Bukankah patut
Buang sopan ke buntut
Melayu ikut ugut ugut ugut?