PAS wajib memilih, DAP atau PKR sebagai pentas menumpang memperjuang agama, bangsa atau negaranya.
Ahli PKR pula wajib memilih, Penasihat atau Presidennya, sebagai paksi partinya yang sudah menjadi bubur itu.
Tetapi hakikatnya, ahli PKR atau PAS tidak mempunyai apa pun yang hendak dipilih.
Boleh memilih kalau ada benda yang hendak dipilih atau kalau ada pilihan.
Kedua-duanya bukan serpihan kaca pilihan pun. Kesemuanya tidak membawa manfaat kepada dirinya, apatah lagi kepada orang lain.
Hanya PKR berminat menyimpan serpihan kaca pilhan. Hanya PAS membela DAP-jockey-bajingan ... kerana hanya itulah harta dunia akhiratnya.
Walau langit gugur berketul-ketul pun, DAP akan tetap tonjolkan kaca berjenama anuar itu sebagai sesuatu rare comodity yang paling pilihan ... demi menyembunyikan agenda anti-Melayunya, anti-Raja-Raja Melayunya dan anti-Islamnya.