Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1499.
Dari Abdullah r.a., katanya: Pada suatu hari Nabi s.a.w menceritakan di tengah-tengah orang banyak tentang Al Masih Dajjal. Beliau bersabda: "Tuhan itu tiada buta sebelah. Ketahuilah Al Masih Dajjal itulah yang buta matanya sebelah kanan seolah-olah matanya itu anggur yang terulur ke luar. Pada suatu malam, waktu saya tidur dekat Kaabah saya bermimpi. Ketika itu saya lihat ada seorang laki-laki kemerah-merahan warna kulitnya, amat bagus sekali, rambutnya terurai antara bidang bahunya, tersisir baik, kepalanya menitikkan air, licin berkilat, diletakkannya tangannya di atas bahu dua orang laki-laki dan ia tawaf di Baitullah (Kaabah). Saya bertanya: "Siapakah ini?" Mereka menjawab: Inilah Al Masaih anak Maryam". Kemudian saya melihat seorang laki-laki di belakang orang itu, keriting lagi pendek rambutnya, buta matanya sebelah kanan, serupa dengan orang yang saya lihat dari Ibnu Qathan, diletakkannya kedua tangannya di atas bahu seorang laki-laki juga tawaf di Baitullah. Saya bertanya: "Siapakah ini?" Mereka menjawab: "Al Masih Dajjal!"
----------------------------------------
Kerana Dajjal menujukkan yang ia ada kuasa menyerupai kuasa Tuhan, umpamanya menghidupkan yang mati atau membahagi2 rezeki, maka Rasulullah saw menafiakan persepsi ini dengan menyatakan … "Tuhan itu tiada buta sebelah. Ketahuilah Al Masih Dajjal itulah yang buta matanya sebelah kanan seolah-olah matanya itu anggur yang terulur ke luar.” Maksud buta mata sebelah: Dajjal (dan pengikut2nya) tidak mempunyai pandangan mata batin, iaitu mata hatinya buta, iaitu tidak mempunyai mata batin, iaitu tidak percaya kepada yang ghaib, tidak percaya adanya akhirat. Apa yang dibuatnya semata2 untuk kemanfaatan duniawi.
Mimpi Dajjal bertawaf di belakang Nabi Isa a.s. … maksudnya
Dajjal (dan para pengikutnya) kelihatannya beribadah seperti Nabi Isa a.s. (atau nabi2 lain) beribadah.
Tidak. Isa a.s. beribadah mengEsakan Allah swt. Dajjal dan pengikut2nya “beribadah” mensyirikkan Allah swt. … mendua mentigakan Tuhan.
Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2478.
Dari Hudzaifah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Aku lebih tahu tentang Dajjal daripada Dajjal itu sendiri. Dia mempunyai dua sungai yang mengalir. Yang satu kelihatan oleh mata mengalirkan air putih bersih, sedang yang satu lagi kelihatan bagaikan api bergejolak yang sedang mengalir. Siapa yang menemukannya, hendaklah didatanginya sungai yang kelihatan seperti api menyala, lalu pejamkan mata, tundukkan kepala dan minumlah airnya. Maka sesungguhnya itulah air sejuk.
Dajjal matanya tertutup oleh selapis daging tebal. Antara kedua matanya terdapat tulisan 'kafir', yang dapat dibaca oleh setiap orang mukmin, baik yang tahu tulis baca atau tidak.
------------------------------------
Dajjal mempunyai fakulti berkemampuan memanipulasi persepsi manusia (mangsanya). Iaitu Dajjal (dan makhluk2 yang hatinya menyerupai hati Dajjal) ini adalah pembohong, dan penipu besar.
Dajjal memanipulasi kehidupan dunia begitu rupa sehingga apapa2 yang akibatnya adalah kesengsaraan kehidupan akhirat, tampak baik lagi membahagiakan. Apa2 cara hidup yang akibatnya adalah kebahagian akhirat, tampak sebagai sesuatu yang sangat menyusahkan.
Sememangnya dunia hari ini dalam cengkaman persepsi yang termanipulasi. Terlalu banyak yang salah nampak benar, yang benar nampak salah.
Dajjal itu pakar bagi mengketarakan yang benar itu sebagai batil, dan yang batil itu sebagai benar. “Dia mempunyai dua sungai yang mengalir. Yang satu kelihatan oleh mata mengalirkan air putih bersih, sedang yang satu lagi kelihatan bagaikan api bergejolak yang sedang mengalir. Siapa yang menemukannya, hendaklah didatanginya sungai yang kelihatan seperti api menyala, lalu pejamkan mata, tundukkan kepala dan minumlah airnya. Maka sesungguhnya itulah air sejuk.”