SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN

SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN
Satu Bahasa Satu Bangsa Satu Negara

Monday, August 7, 2017

Dajjal Besar Dengan Kebesarannya? Ada Lagi Hamba-Hamba Allah Yang Besar Dengan Kebesaran Allah.


Hadis Sahih Muslim Jilid 4. # 2482.
Dari Anas bin Malik r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Tidak sebuah jua pun negeri, melainkan semua dipijak oleh Dajjal. Kecuali Mekah dan Madinah. Semua jalan yang menuju ke sana, dijaga Malaikat dengan berbaris. Maka berhentilah Dajjal di sebuah kebun (di pinggir kota Madinah). Madinah bergoyang (gempa) tiga kali. Orang-orang kafir dan orang-orang munafik keluar semuanya dari kota Madinah menemui Dajjal."

Tidak sebuah jua pun negeri, melainkan semua dipijak oleh Dajjal.
Iaitu Dajjal cabut kedaulatan Allah dari semua negeri . Perlembagaan Allah Dajjal ganti dengan piagamnya. Undang2 Allah tidak lagi berdaulat di muka bumi kecuali dengan kebenaran Dajjal.
Madinah bergoyang (gempa) tiga kali. Orang-orang kafir dan orang-orang munafik keluar semuanya dari kota Madinah menemui Dajjal.
Iaitu Madinah bergegar. Bergegar dengan kemunculan Mahdi. Menegakkan kedaulatan Allah.
Dajjal tidak dapat memasuki Madinah. Dia hantar masuk sekutu2nya. Sekutu2 yang mengajarkan konon Allah swt itu berjasad; bertempat; naik turun seperti makhluk. Menyebarkan kekeliruan dan meratakan kerusakan dalam beragama. Hampir semua ummat Muhammad saw tidak kenal sekutu2 dan balaci2 ini.
Orang-orang kafir dan orang-orang munafik keluar semuanya dari kota Madinah menemui Dajjal.
Iaitu, kemunculan Mahdi mendirikan kedaulatan dan kesucian Allah swt menyebabkan Madinah memuntahkan kotoran2 dan pencemaran2 Dajjal kembali kepada tuannya; Dajjal.
Pembersihan selanjutnya dilakukan di luar Madinah. Oleh Isa Ibn Maryam a.s. dan Mahdi dan tenteranya.

---------------------------------

Hadis Sahih Muslim Jilid 4. # 2014.
Dari Mughirah bin Syubah r.a. katanya: "Tidak ada orang bertanya kepada Rasulullah saw. perihal dajjal yang lebih banyak dari pertanyaanku." Kerana itu Rasulullah saw. bersabda kepada ku, "Hai, anakku! Engkau tak usah terlalu risau memikirkannya. Dia tidak akan mencelakakanmu!'.' Kataku, "Orang-orang mengatakan bahawa Dajjal itu mempunyai sungai yang mengalir dan bukit roti." Sabda beliau. "ltu sangat mudah bagi Allah Taala menciptakannya."

Seolah2 Rasulullah saw bersabda: Hai anak. Dajjal itu makhluk. Seperti kamu juga. Apa pon kejahatannya, ia hanya berkesan kepada orang yang terkesan oleh kebesaran2 makhluk. Jika terpesona dengan kebesaran makhluk,terlepaslah dari keterpesonaan kepada Allah. Takutilah Allah jika hendak menta'ati makhluk. Jangan takut kepada makhluk jika hendak menta’ati Allah. Jangan risaukan atau takuti kebesaran makhluk jenis Dajjal ini. Apa pon Dajjal mampu buat, kemampuan Allah swt lagi besar. Maha besar.