SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN

SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN
Satu Bahasa Satu Bangsa Satu Negara
Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

Sunday, January 3, 2010

KHALID SAMAD DAN "ALLAH"NYA.

Menghujjah (dalam kurungan dan berhuruf besar) dakwaan Khalid Samad tentang Allah.

PETIKAN DARI POSTINGNYA, "1. Al-Quran sendiri mempunyai banyak ayat-ayat yang menunjukkan bahawa orang bukan Islam, samada golongan musyrikin, Yahudi mahupun Nasrani menggunakan perkataan ‘Allah’ apabila mereka memaksudkan Tuhan semesta alam. ... bla .. bla .. bla ....... seperti “Wa Kaalatil Yahudu Uzair ibnu Llah” yang bermaksud “Dan berkata orang-orang Yahudi Uzair adalah anak Allah”? "

KHALID MERUJUKKAN KITA KEPADA (9:30) SURAH AT TAUBAH IAITU:-
وَقَالَتِ ٱلۡيَهُودُ عُزَيۡرٌ ٱبۡنُ ٱللَّهِ وَقَالَتِ ٱلنَّصَـٰرَى ٱلۡمَسِيحُ ٱبۡنُ ٱللَّهِ‌ۖ ذَٲلِكَ قَوۡلُهُم بِأَفۡوَٲهِهِمۡ‌ۖ َ
BERMAKSUD "Dan orang-orang Yahudi berkata: Uzair ialah anak Allah dan orang-orang Nasrani berkata: Al-Masih ialah anak Allah..."

YANG BERKATA DEMIKIAN IALAH ALLAH. HANYA ALLAH BERKATA "ALLAH" DALAM QALAM QADIMNYA AL QURAN. SEGALA MAKHLUK, YANG KAFIR, YANG BERIMAN BAHKAN RASULULLAH S.A.W. SENDIRI SEKALIPUN TIDAK BOLEH, TIDAK LAYAK, MUSTAHIL BERKATA SESUATU APA PUN DALAM AL QURAN.

DENGAN MENDAKWA ORANG KAFIR PUN BERKATA-KATA DALAM AL QURAN, SDR KHALID SUDAH MELETAKKAN HAMBA SETARAF DENGAN ALLAH, SUDAH MELAKUKAN SYIRIK, KUFUR, INGKAR, MELAWAN ALLAH SAMA SEPERTI KAUM YAHUDI DAN KRISTIAN YANG MENDAKWA UZAIR ANAK ALLAH ATAU ISA IBN MARYAM ANAK ALLAH. SDR KHALID PADA HAKIKATNYA MEMPUNYAI KEIMANAN SEPERTI KAUM YANG MENDAKWA DEMIKIAN SAMBIL BERPURA-PURA MEMBELA ISLAM MELALUI WHATEVER PERJUANGAN SDR KHALID.

CUBA PERHATIKAN SAMBUNGAN AYAT (9:30) DI ATAS:-
ذَٲلِكَ قَوۡلُهُم بِأَفۡوَٲهِهِمۡ‌ۖ يُضَـٰهِـُٔونَ قَوۡلَ ٱلَّذِينَ ڪَفَرُواْ مِن قَبۡلُ‌ۚ قَـٰتَلَهُمُ ٱللَّهُ‌ۚ أَنَّىٰ يُؤۡفَڪُونَ
BERMAKSUD "Demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri, (iaitu) mereka menyamai perkataan orang-orang kafir dahulu; semoga Allah binasakan mereka. Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran?"

BOLEH DIAMBIL FAHAM PERKATAAN SDR KHALID MENGENAI ALLAH UNTUK KRISTIAN ATAU YAHUDI ADALAH PERKATAAN YANG KELUAR DAR MULUT SDR KHALID SENDIRI TETAPI DIDAKWAKAN KEPADA ALLAH. KHALID TELAH BERDUSTA TENTANG ALLAH DAN BERDUSTA KEPADA PARA MUKMIN.
PERKATAAN SDR KHALID MENYAMAI PERKATAAN ORANG-ORANG KAFIR DAHULU.

ALLAH SENDIRI MELAKNAT PERBUATAN DAN KAUM PERUSAK SEBIGINI DENGAN FIRMANNYA "qatalahumu Allahu anna yufakoona" BERMAKSUD "Dila’nati Allah-lah mereka; bagaimana mereka sampai berpaling?"

SDR KHALID TELAH MELAYAKKAN DIRI SDR KHALID DAN KUMPULAN MUKMIN YANG SDR WAKILI KEDALAM GOLONGAN JANJI LAKNAT ITU.

WAL IYAZUBILLAH.

Saturday, March 14, 2009

Di Antara Dua Kehendak Melayu Mendatang

Orang Melayu hanya satu
Melayani dua kehendak

Umpama menoleh ka kanan
Juga menoleh ka kiri

Orang Melayu hanya satu
Terbelah sudah
Belahan kiri belahan kanan

Keupayaan tidak bertokok
Bilangan tidak bertambah
Kehendak sendiri-sendiri
Kehendak bangsa - kehendak agama
Bertelur sebiji riuh sa kampong
Kokok berderai ekor bergelumang ..

Kedua-dua kehendak tidak salah
Mengapa berpisah dua belah
Mengapa berlaku resah gelisah
Mengapa makan tak kenyang mandi tak basah

Gelisah bukan kerana berpisah
Terbelah bukan berlawanan arah
Rupanya dikuasai
Kehendak kiri - kehendak kanan

Jangan hanya kehendak sendiri
Lalui juga Kehendak Yang Satu
Walaupun arah berlainan tuju
Dia sampaikan ka matlamat yang satu
Kerana diselusuri Kehendak Yang Satu
Dalam kitabNya dengan firman …

3:103 – Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali Allah,
dan janganlah kamu bercerai berai,
dan ingatlah akan ni’mat Allah kepadamu ketika kamu dahulu bermusuh musuhan,
maka Allah mempersatukan hatimu,
lalu menjadilah kamu karena ni’mat Allah orang-orang yang bersaudara;
dan kamu telah berada di tepi jurang neraka,
lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya.
Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu,
agar kamu mendapat petunjuk.

3:105 – Dan janganlah kamu menyerupai orang-orang yang bercerai-berai dan berselisih
sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka.
Mereka itulah orang-orang yang mendapat siksa yang berat.

Iaitu ….
Jangan bercerai-berai
Usah menyerupai yang bercerai-berai.

Kehendak Yang Satu - KehendakNya
Di antaraa dua kehandak sendiri-sendiri.
Itu istikharah ...
Ya Allah, gerakkan pilihanMu untuk kami