SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN

SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN
Satu Bahasa Satu Bangsa Satu Negara

Saturday, March 14, 2009

Di Antara Dua Kehendak Melayu Mendatang

Orang Melayu hanya satu
Melayani dua kehendak

Umpama menoleh ka kanan
Juga menoleh ka kiri

Orang Melayu hanya satu
Terbelah sudah
Belahan kiri belahan kanan

Keupayaan tidak bertokok
Bilangan tidak bertambah
Kehendak sendiri-sendiri
Kehendak bangsa - kehendak agama
Bertelur sebiji riuh sa kampong
Kokok berderai ekor bergelumang ..

Kedua-dua kehendak tidak salah
Mengapa berpisah dua belah
Mengapa berlaku resah gelisah
Mengapa makan tak kenyang mandi tak basah

Gelisah bukan kerana berpisah
Terbelah bukan berlawanan arah
Rupanya dikuasai
Kehendak kiri - kehendak kanan

Jangan hanya kehendak sendiri
Lalui juga Kehendak Yang Satu
Walaupun arah berlainan tuju
Dia sampaikan ka matlamat yang satu
Kerana diselusuri Kehendak Yang Satu
Dalam kitabNya dengan firman …

3:103 – Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali Allah,
dan janganlah kamu bercerai berai,
dan ingatlah akan ni’mat Allah kepadamu ketika kamu dahulu bermusuh musuhan,
maka Allah mempersatukan hatimu,
lalu menjadilah kamu karena ni’mat Allah orang-orang yang bersaudara;
dan kamu telah berada di tepi jurang neraka,
lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya.
Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu,
agar kamu mendapat petunjuk.

3:105 – Dan janganlah kamu menyerupai orang-orang yang bercerai-berai dan berselisih
sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka.
Mereka itulah orang-orang yang mendapat siksa yang berat.

Iaitu ….
Jangan bercerai-berai
Usah menyerupai yang bercerai-berai.

Kehendak Yang Satu - KehendakNya
Di antaraa dua kehandak sendiri-sendiri.
Itu istikharah ...
Ya Allah, gerakkan pilihanMu untuk kami

No comments: