Ketuanan Rakyat. Perjuangan ini menjurus kepada memadam perhubungan kemanusiaan antara manusia dengan manusia. Sejauh yang telah berlaku atas dasar amalan ketuanan rakyat oleh PR; demonstrasi menjadi-jadi, tidak mengendahkan undang-undang, menyekat perjalanan kerajaan, menggalakkan kurang ajar, menggugat keamanan, memberanikan si bejat keparat memaki mencerci apa sahaja berkenaan kemMlayuan dan Raja-Raja, menjadikan parlimen sebuah sarkis mempamirkan aksi badut-badut kehormat dan sumpah seranah serta tuduhan-tuduhan liar yang biasanya dilaungkan pelacur dan pondan kaki rayau kutu jalanan, dan berbagai lagi yang sengaja membakar hati satu-satu puak untuk melaga-lagakan berbagai puak pula.
Ketuanan Rakyat menghidupkan, menegakkan dan mengaktifkan “mob-rule”. Justru ia melumpuhkan “rule of law”. Ia mematikan keluhuran undang-undang. Yang ironinya gerakan ini dipendekari oleh pengamal-pengamal undang-undang dalam dan yang pro-PR. "Mob" tidak pernah berlandaskan kewarasan fikiran. Akibat menganggotai mob ialah ‘menghalalkan’ perbuatan di luar kewarasan fikiran dan keluhuran undang-undang. “Mob rule” mensepakati siapa sahaja yang paling membabi buta, siapa paling nekad, siapa paling lantang dan pitah berpidato, dan siapa paling buta akan kerasionalan fikiran. Hubungan antara insan kepada insan dalam "mob" berlandas kepada nafs dan amarah. Hubungan sebegini sudah tidak lagi bersifat kemanusiaan. Hubungan sabegini lebih kepada keiblisan. Maka berlakulah “the de-humanizing of the human mind”.
Ini bukan cara Malaysia. Ini bukan budaya kita.
Ketuanan Rakyat hanya merusakkan binaan yang tersusun berusia setengah abad ini. Ketuanan rakyak hanya memdirikan mob rule yang dirumus memahkotakan seorang manusia gila kuasa, yang tidak bermoral, yang berperangai jijik, yang melayan nafsu kebinatangan, yang menyimpan dendam kesumat tidak berkesudahan terhadap siapa sahaja yang cuba menghalang kemaraannya ka tahta negara bukan untuk penduduk negaranya bahkan untuk kerakusan dirinya.
Senario paling malang ialah bila kumpulan pejuang agama diheret sama. Kalaupun binaan berusia setengah abad itu ada cacat celanya, bergotong royong bagi mengganti yang cacat itu adalah lebih baik dari merobohkan seluruh binaan. Mencantas dahan yang dihinggapi dedalu adalah lebih bijak dalam “membaik pulih”, dari menebang pokok tersebut.