Ketuanan Rakyat. Perjuangan ini menjurus kepada memadam perhubungan kemanusiaan antara manusia dengan manusia. Sejauh yang telah berlaku atas dasar amalan ketuanan rakyat oleh PR; demonstrasi menjadi-jadi, tidak mengendahkan undang-undang, menyekat perjalanan kerajaan, menggalakkan kurang ajar, menggugat keamanan, memberanikan si bejat keparat memaki mencerci apa sahaja berkenaan kemMlayuan dan Raja-Raja, menjadikan parlimen sebuah sarkis mempamirkan aksi badut-badut kehormat dan sumpah seranah serta tuduhan-tuduhan liar yang biasanya dilaungkan pelacur dan pondan kaki rayau kutu jalanan, dan berbagai lagi yang sengaja membakar hati satu-satu puak untuk melaga-lagakan berbagai puak pula.
Ketuanan Rakyat menghidupkan, menegakkan dan mengaktifkan “mob-rule”. Justru ia melumpuhkan “rule of law”. Ia mematikan keluhuran undang-undang. Yang ironinya gerakan ini dipendekari oleh pengamal-pengamal undang-undang dalam dan yang pro-PR. "Mob" tidak pernah berlandaskan kewarasan fikiran. Akibat menganggotai mob ialah ‘menghalalkan’ perbuatan di luar kewarasan fikiran dan keluhuran undang-undang. “Mob rule” mensepakati siapa sahaja yang paling membabi buta, siapa paling nekad, siapa paling lantang dan pitah berpidato, dan siapa paling buta akan kerasionalan fikiran. Hubungan antara insan kepada insan dalam "mob" berlandas kepada nafs dan amarah. Hubungan sebegini sudah tidak lagi bersifat kemanusiaan. Hubungan sabegini lebih kepada keiblisan. Maka berlakulah “the de-humanizing of the human mind”.
Ini bukan cara Malaysia. Ini bukan budaya kita.
Ketuanan Rakyat hanya merusakkan binaan yang tersusun berusia setengah abad ini. Ketuanan rakyak hanya memdirikan mob rule yang dirumus memahkotakan seorang manusia gila kuasa, yang tidak bermoral, yang berperangai jijik, yang melayan nafsu kebinatangan, yang menyimpan dendam kesumat tidak berkesudahan terhadap siapa sahaja yang cuba menghalang kemaraannya ka tahta negara bukan untuk penduduk negaranya bahkan untuk kerakusan dirinya.
Senario paling malang ialah bila kumpulan pejuang agama diheret sama. Kalaupun binaan berusia setengah abad itu ada cacat celanya, bergotong royong bagi mengganti yang cacat itu adalah lebih baik dari merobohkan seluruh binaan. Mencantas dahan yang dihinggapi dedalu adalah lebih bijak dalam “membaik pulih”, dari menebang pokok tersebut.
8 comments:
Bestlah artikel ni. Macam "Hitchhiker's Guide" Part II pulak. Macam Part I dulu di mana kita argue melalui sejarah, Tuan Dal dapat tunjukkan bahawa Ketuanan Rakyat pula is totally devoid of any historical reasonings and totally devoted to fulfilling the whims and fancies of one confused in-the-closet politician. Nak lagi?
Salam Dal,
Masalahnya bukannya rakyat menjadi tuan dalam Ketuanan Rakyat. Yang menjadi tuannya ialah para pemimpin PR tersebut yang semakin bengis mengheret rakyat dalam permainan politik mereka. PR gunakan perkataan "rakyat" sebagai tool untuk menang psikologi rakyat.
Salam Pakcik Dal.
Apa yang nak dihairankan, PAP pun gunakan "Rakyat" - Peoples' Action Party atau Parti Tindakan RAKYAT ....ini semua adalah helah semata mata .....dari pihak pembangkang. Saperti kata KP tadi, parti parti pembangkang hanya menggunakan atau mengheret Rakyat untuk kepentingan mereka. Penggunaan "Rakyat" juga digunakan oleh Parti Komunis Cina untuk nama rasmi negeri Cina, "The Peoples' Republic of China" ....Pada hemat saya, perkatan "Rakyat" berbau komunis ....Apa pendapat Pakcik?
ps .....Cikgu, kali ini kasi saya lebih dari 20 per 100 tau .....
Salam Pn. Zaza;
Cikgu nak kasi 50 per 100 tadi. Tapi ada SATU kesalahan - "... Penggunaan "Rakyat" juga ... ". Yang lebih baik ialah, "... Perkataan "Rakyat" juga digunakan ..." itu baru betul. Kesalahan ini tak boleh diampun. Potong 29 markah. Jadi sekarang dapat 21 per 100 saja. Hehehe.
Terpaksa laaa Pn Zaza. Beri markah tinggi kemudian tolak gila-gila sampai tak ada sisa.
Tengok komen cikgu saya Tuan Apocryphalist di atas tu. Mula-mula baca comen dia, kembang lubang hidung ... apa tidaknya ... dia samakan contingan saya ni dengan "Hitchhikers Guide", satu rentetan penulisan-penulisan ilmiah dia yang jadi bahan rujukan.
Tapi penutupan komennya itu menyebabkan saya mula ... mula ... bertanya apa hal resepi aku ni ... macam kurang garam jer.
Bila teliti dua perkataan akhirnya, saya dapat telek (macam pak belalang telek .. hehe) kelemahan saya. Kalau cikgu saya ni tulis "Nak lagi! ... (pakai tanda seruan '!')" bererti dia suka ... nak lagi dengar hujjah saya.
Ini dia tulas "..Nak lagi?" (dia gunakan tanda soal '?') Cuba bayangkan seorang ibu pukul dengan tissue paper tangan bayinya kerana masukkan jari ka dalam mulut .. kemudian dengan mock displeasure ibu ini kata, "... ooo biasa dia, babab tangan dia ni, nak lagi? nak lagi? babab ia ..." Saya rasa macam bayi itu laaa lepas teliti komen Tuan Apo tu. Kena 'babab'. Hehe.
Itu untung nasib saya. Buat salah. Diberi peluang boleh manja lagi.
Dulu cikgu saya yang seorang lagi tu. MatCendana nama dia. Dia pun begitu. Very forgiving and friendly. Saya pulak selalu tersilap.
Salam Kembara Politik;
Betul tu Kembara Politik. Setuju sangat saya.
Kita kena sumbang sekecil mana pun usaha untuk mendedahkan permainan kotor mereka ini. Jangan sampai nanti anak cucu kita templak kita kerana tak ambil peduli.
Long, Long kat mana?
Hari ini Cikgu Auntie melalut sikit lah ....Dia kasi cuma 21 per 100 ...betul lah ....abis soalan kita pun tak dijawabnya ....
Dal,
Entahlah kadang-kadang rasa sangat malas nak menulis sebab bosan dengan perkembangan politik. Tapi bak kata Pakcik Dal, kena tulis juga sebab menjadi tanggungjawab untuk dedahkan mana yang menyakitkan mata.
Zazaland,
Kasihan kat Auntie. Kena tolak plak markah. Tinggal la ciput je.
Apocrypalist,
Gaya penulisan Uncle Dal semakin hari semakin menyengat.
Kembara Politik,
Yup, tulisan Pakcik Dal ada ooooomph...... lah! It gets better and better.....and lethal too...
Syabas, Pakcik.
ps .....pasal markah tu KP, tak apa lah, kena cuba lagi ...
Post a Comment