8Mac2008 –
PR mendabik dada.
DAP menumbangkan MCA, Gerakan.
Fugitif hindraf meratah MIC.
Atas bantuan Melayu murtad.
Sabversif kominis tunjuk taring.
Anti-Melayu anti-Islam tayang belang.
Hak Melayu, Sultan dipersoal.
PR mendirikan kepincangan, nafsu.
Janji tinggal janji.
Permusuhan agenda utama.
Keretakan, perpecahan merata-rata.
29Mac2009
Melayu tammat bersidang.
Mentari baru di ufuk timur.
Langkah tersusun menghidang;
Kebajikan untuk kawan, lawan.
Memperkasa warisan setengah abad.
Bayangan Tun di belakang tabir,
Ucapan Najib kunci kehancuran PR.
Tumpul kembali taring sabversif.
Tersekat langkah anti-Melayu anti-Islam.
Malap selalu Perusak Rakyat.
Terduduk PR mengimbau kenangan satahun jagung.
Berkubur satu persatu; tanpa sisa tanpa nisan.
Tanpa tangisan yang menangisi.
Tapi Melayu masih dalam bahaya.
Sebahaya menghadapi Malayan Union.
Melayu luar Melayu dalam perlu bersatu.
Pergerakan PR sudah tiada lajaknya lagi. Skandal PKR jadi penyebab. Ramai pejuang Hindrafnya kecewa, maka mahu keluar.
Oleh itu propaganda DAP dan PKR menyebarkan daayah konon kalau Pas masuk BN, Pas dan Umno akan hancur. Pengundi Cina dan India tidak akan mengundi Pas. Pengundi Melayu yang membenci Pas tidak akan mengundi Umno. Pengundi Melayu yang membenci Umno akan memboikot Pas.
Tetapi rakyat kuat menjangka bahawa Presiden Pas sudah menginjak sebelah kaki di kaki lima BN.
Sudah ketara sangat bahawa Pas Selangor melagukan irama sama dengan BN/Umno mahukan Elizabeth dikenakan tindakan.
Namun, pada asasnya mereka memusuhi Melayu. Mereka mengusahakan kehancuran Umno. Lalu sehingga kini, mereka mengira-ngira ketibaan hari itu. Mereka menanda tarikh PRU akan datang – tarikh tekad mengalahkan Umno, seterusnya BN.
Untuk itu mereka mengidamkan gandingan Anuar, Zaid dan Razaliegh; kerana sudah jadi rahsia terbuka yang bukan Melayu DAP dan PKR mencurigai Anuar dari mula.
Pun ada juga suara begini dalam Umno, “ Pemuda Umno tanpa segan silu memilih perasuah menjadi ketua mereka. Di pilihan mendatang kami akan tinggalkan Umno, pindah ka mana saja asalkan jangan Pas, Pkr apatah lagi Dap kerana kesemuanya menaungi manusia rejects saperti Ketua Pemuda; terutama Pkr.”