8Mac2008 –
PR mendabik dada.
DAP menumbangkan MCA, Gerakan.
Fugitif hindraf meratah MIC.
Atas bantuan Melayu murtad.
Sabversif kominis tunjuk taring.
Anti-Melayu anti-Islam tayang belang.
Hak Melayu, Sultan dipersoal.
PR mendirikan kepincangan, nafsu.
Janji tinggal janji.
Permusuhan agenda utama.
Keretakan, perpecahan merata-rata.
29Mac2009
Melayu tammat bersidang.
Mentari baru di ufuk timur.
Langkah tersusun menghidang;
Kebajikan untuk kawan, lawan.
Memperkasa warisan setengah abad.
Bayangan Tun di belakang tabir,
Ucapan Najib kunci kehancuran PR.
Tumpul kembali taring sabversif.
Tersekat langkah anti-Melayu anti-Islam.
Malap selalu Perusak Rakyat.
Terduduk PR mengimbau kenangan satahun jagung.
Berkubur satu persatu; tanpa sisa tanpa nisan.
Tanpa tangisan yang menangisi.
Tapi Melayu masih dalam bahaya.
Sebahaya menghadapi Malayan Union.
Melayu luar Melayu dalam perlu bersatu.
Pergerakan PR sudah tiada lajaknya lagi. Skandal PKR jadi penyebab. Ramai pejuang Hindrafnya kecewa, maka mahu keluar.
Oleh itu propaganda DAP dan PKR menyebarkan daayah konon kalau Pas masuk BN, Pas dan Umno akan hancur. Pengundi Cina dan India tidak akan mengundi Pas. Pengundi Melayu yang membenci Pas tidak akan mengundi Umno. Pengundi Melayu yang membenci Umno akan memboikot Pas.
Tetapi rakyat kuat menjangka bahawa Presiden Pas sudah menginjak sebelah kaki di kaki lima BN.
Sudah ketara sangat bahawa Pas Selangor melagukan irama sama dengan BN/Umno mahukan Elizabeth dikenakan tindakan.
Namun, pada asasnya mereka memusuhi Melayu. Mereka mengusahakan kehancuran Umno. Lalu sehingga kini, mereka mengira-ngira ketibaan hari itu. Mereka menanda tarikh PRU akan datang – tarikh tekad mengalahkan Umno, seterusnya BN.
Untuk itu mereka mengidamkan gandingan Anuar, Zaid dan Razaliegh; kerana sudah jadi rahsia terbuka yang bukan Melayu DAP dan PKR mencurigai Anuar dari mula.
Pun ada juga suara begini dalam Umno, “ Pemuda Umno tanpa segan silu memilih perasuah menjadi ketua mereka. Di pilihan mendatang kami akan tinggalkan Umno, pindah ka mana saja asalkan jangan Pas, Pkr apatah lagi Dap kerana kesemuanya menaungi manusia rejects saperti Ketua Pemuda; terutama Pkr.”
2 comments:
salam,
nak minta pendapat anda...
Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang meminta agar rakyat tidak menjadikan tiga pilihan raya kecil pada 7 April ini sebagai satu “pungutan suara”
mohyidin bodoh? mohyidin kate PRK 3tpt bukan pungutan suara rakyat..
abis pungutan duit poket die?
fakta telah beritahu..
link:
http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/03/pilihan-raya-malaysia-bijaknya-yab-ds.html
Salam Baginda Reformasi;
Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin itu mata saja nampak ngantok, akal dan isi dada tak mengantok. Tu sebab Tun ok dia.
Dia pun tak tamak. Dua bukit tu asalnya penbangkang punya. Satu sungai tu asalnya BN punya. Jadi kalau dikatakan, "tidak menjadikan tiga pilihan raya kecil pada 7 April ini sebagai satu “pungutan suara”” ertinya dia suruh rakyat pulangkan dua bukit dan satu sungai tu ka asalnyalah.
Dia tak sempit dada. Dia mempunyai fikir yang positif pemurah kepada kawan dan lawan. Gitu gini majority dah dalam tangan pihak dia. Dia tak perlu buktikan apa-apa, kepada pembangkang atau kepada sesiapa.
Kalau pihak dia yang menang, di "pilihanraya kecil ini" pembangkanglah yang kalah total. PR akan kalah teruk. PR hilang kerusi. PR hilang pengaruh. PR hilang air muka (kalau ada lagi). PR kalah sorak dan kalah sabong. PR akan hilang harapan masa depan. Retak seribu yang menanti belah dalam PR akan terus berkecai. Kalau negara hilang pembangkang, negaralah yang rugi.
“…abis pungutan duit poket die? …” kata sdr Baginda. Itulaaaaah. … Malangnya orang PR ni … fakir duit aje … kalau dia tak pandai cari duit .. ni mesti BN dah kebas ni. Ngko baru bertahta di 5 – 1 = 4 negeri selama setahun dah nak berkoyan-koyan duit. Orang tanam durian pun, 5 tahun baru berbuah. Tak belajar pun ilmu tani dah nak tadbir negara. Kail baru panjang sejengkal, pancinglan kat mana-mana kolam mati.
Dia mahu pembangkang yang kuat, yang ADA SUBSTANCE BILA BERHUJJAH DALAM PARLIMEN. Setakat ini PR hanya sajikan kebencian di merata tempat, dalam dan luar parlimen. Dia mahu pembangkang yang berperanan untuk negara. Dia mahu pembangkang yang mempunyai formula membangun negara yang lebih baik dari dia punya. Dia mahu formula yang terbukti. Bukan pembangkang yang pakar membangkitkan ribut dalam cawan, yang mengacau taik dalam tempurung.
Kalau pihak dia (TS Muhyiddin) yang kalah, BN tak hilang apa-apa pun dan pembangkang tak dapat apa-apa yang baru pun (lantaran dua bukit itu 'asalnya pembangkang punya'). Maknanya dia menghantar mesej kepada kawan dan lawan, “Marilah kita berhenti dari berpolitik. Marilah kita terus membangun negara dan membela bangsa. Cukuplah kita berafundi-afundi setakat ini saja.”
Sdr Baginda Reformasi, mari kita sahut seruan ketua yang sebegini.
Oh ya. Saya belum sempat baca link yang sdr beri. Sebenarnya saya sibuk sikit jaga cucu. Nak tukarkan pampers dia jap.
Malangnya saya ingin tengok BN sapu bersih ketiga-tiga kerusi tu. Bagi PR pun dia pandai buat apa? Long kata bagai beri bunga kat beruk, baik beri kat girlfren.
Wallahua'lam.
Post a Comment