SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN

SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN
Satu Bahasa Satu Bangsa Satu Negara

Saturday, May 16, 2009

Hak Ketua Hak Pengikut - Anak Sawa Jangan Dibela

Saya setuju dengan pendirian kebanyakan kaum bukan Melayu bahawa kebanyakan ketua kaum Melayu yang memegang kuasa adalah dan sememangnya lemah.

Ketua Melayu berkenaan mengatakan pendirian mereka itu bukan lembik, tetapi bertimbang rasa, berlebih kurang dan bertoleransi.

Dalam bertimbang rasa, berlebih kurang dan bertoleransi, mereka menentukan orang lain di sekelilingnya pun bersikap demikian. Melayu lain disekelilingnya akur ... tetapi yang bukan Melayu mulut kata akur, anggota berbuat sebaliknya.

Dalam hal hak dan syarat kerakyatan, hal Pulau Temasik dan banyak hal-hal lain, Tengku Abdul Rahman kata dia bertoleransi, berlebih kurang dan bertimbang rasa. Bukan Melayu tafsirkan dia lemah dan lembik. Melayu Tun M pun tafsirkan dia demikian ... lalu kena pecat. Bukan Melayu DAP=PAP dan lain-lain yang serupa jadi cacing naik kemata. Bila cacing-cacing lain jadi naga. 11 dan 12 Mei 69 mereka jadikan pentas menghardik “Melayu lembik .. balik hutan.” 13 Mei pertama tercetus.

Ketua Melayu Abdullah Badawi pun Melayu lembik dan bertoleransi. Ramai bukan Melayu dan Ketol Mendeliar ambil kesempatan atas kelembikannya. Tapi dia kata dia pelopor keterbukaan. Dia kata dia bertoleransi, berlebih kurang dan bertimbang rasa. Ketol Mendeliar Anuar ajak Ultra-anti-Melayu DAP dan Hindraf dan lainnya mendaulatkan komunisme bertopengkan ketuanan rakyat. Rakyat Perak dan Rajanya jadi mangsa ... hingga sekarang.

Nampaknya ketua Melayu sekarang mempunyai cirri-ciri Melayu lembik juga. Dia dan kekawannya semua percaya mampu memuaskan semua pihak.

Tidak semua ketua mempunyai kekuatan melayan dan memuaskan semua pihak. Hak musuh pun dilayan juga? Bila agaknya musuh merasa puas?

Bagaimana dengan hak kamu sebagai ketua? Mana yang kamu lebih utamakan … kawan atau lawan? Ketua pembangkang sudah nyata mempunyai agenda untuk menjatuhkan kamu. Kamu bawa mereka masuk rumah? Berunding?

Saidina Hassan s.a.w.a berunding dengan Muawiah … akhirnya wafat dibunuh. Adek baginda Saidina Hussain s.a.w.a. enggan berunding ... wafat dipenggal, kepala baginda dikebumikan di Syria, Tuhuh di Iraq. Tengku Abdul Rahman dan Abdullah Badawi akhirnya terpaksa berundur diri … kerana pihak lawan tidak pernah mengalah … tidak pernah puas, runding apa pun. Cukup perkasakah ketua Melayu sekarang bersikap mengalah tapi tidak kalah? Besar kemunkinan mengalah dan terus kalah.

Tidak sanggup Melayu memikirkan kalau kalah di Perak. Adalah lebih baik anak ular sawa jangan dibela. Dia hanya akan membesar jadi anaconda liar.

Atau mungkin sahaja ketua Melayu kita ini berstategi bahawa taktik paling selamat ialah musuh ketat dibelai dengan paling rapat. Adakah membelai itu bermakna, musuh dapat daging, dan kawan dapat tulang?

******* UPDATE 11.11 pagi Mei 16 *******

Saya dapat respon melalui email menuduh saya hendak menghidupkan semula kediktatoran Tun Mahathir.

Ini Jawapan saya.

Singapura tidak pernah melayan pembangkangnya sebagai kawannya ... Semua tahu apa yang dinikmati oleh majorityu mereka di sana.

Tun Dr. Mahathir tidak pernah melayan pembangkangnya sebagai kawan sepertiduran ... Semua tahu bagaimana negara membangun selama 20+ tahun itu? Kepupusan pembangkang dinikmati oleh Abdullah Badawi pada tahun PRU2004. Semua tahu apa jadi kepada negara bila silembik dan si lintah darat menerajui negara? Kemanisan yang ditinggalkan oleh Tun M .. tapi kepahitan yang kita rasai sekarang ... semua akibat "keterbukaan" konon, "bertimbang rasa, berlebih kurang dan bertoleransi" konon. "Hidup" bapak demokerasi?????

*******UPDATE 17/5/09 6:59am*******

Baca juga: http://sayangbangsa.blogspot.com/2009/05/apakah-pengajaran-dari-surat-terbuka.html


SURAT TERBUKA DR MAHATHIR KEPADA PM TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA Al-HAJ

BERTARIKH 17 JUN 1969
=======================================================

Batu 6, Titi Gajah,
Alor Star,
17 June 1969


Y.T.M. Tunku,


Patek berasa dukachita kerana tujuan patek membuat kenyataan kepada
ahkbar telah di-salah faham oleh Y.T.M. Tunku. Sa-benar-na tujuan
patek sama-lah juga dengan tujuan Tunku, ia-itu untok menyelamatkan
negara ini daripada bahaya yang menganchamkam-nya.

Pendapat-pendapat Tunku berasaskan kepada cherita-cherita yang di-bawa kepada telinga Tunku oleh orang-orang yang mengelilingi Tunku yang chuma suka mencherita kepada Tunku perkara-perkara yang mereka fikir Tunku suka atau patut dengar sahaja. Benarkan-lah patek bercherita berkenaan dengan keadaan, fikiran dan pendapat-pendapat rakyat yang sa-benar-nya supaya Tunku dapat faham tujuan patek menbuat kenyataan yang di-tegor-itu.

Tunku biasa cherita kepada patek sendiri ia-itu Tunku mengelakkan rusohan dengan menahan hukum bunoh yang di-jatohkan kepada 11 orang subversif China. Sabenar-nya tindakan Tunku ini-lah yang mengakibatkan rusohan dan kematian yang berpuloh kali banyak yang terjadi semenjak 13 Mei.

Tunku selalu "bertolak-ansor", ia-itu memberi kepada orang-orang China apa yang mereka tuntut. Punchak tolak-ansur ini ia-lah pembatalan hukum bunoh tadi. Pembatalan ini menimbulkan kemarahan yang besar oleh orang-orang Melayu.

Orang-orang China pula menganggap Tunku dan Kerajaan Perikatan sebagai pengechut dan lemah dan boleh di-tolak ke-sana ke-mari. Sebab itu orang-orang China tidak takut lagi menolak Perikatan dan orang-orang Melayu pula tidak ingin kepada Perikatan. Sebab itu orang-orang China dan India membuat kurang ajar pada 12 Mei kepada orang Melayu. Kalau Tunku biasa di-ludah di-muka, di-maki dan di-tunjok kemaluan, boleh-lah
Tunku faham perasaan orang Melayu.

Orang-orang Melayu yang Tunku fikir tidak memberontak telah-pun menjadi gila dan mengamuk sehingga nyawa mereka dan membunoh orang yang mereka benchi kerana Tunku terlangsong bagi muka. Tanggong-jawab tentang mati-nya orang-orang ini, Islam dan kafir, terpaksa di-letak di-atas bahu pemimpin yang salah pendapat.

Patek mohon ma'af tetapi patek ingin sampaikan perasaan orang-orang Melayu kepada Y.T.M. Tunku. Sabenar-nya, orang-orang Melayu sekarang, baik PAS baik UMNO, betul-betul benchi pada Tunku, terutama orang-orang yang di-hina-kan oleh orang China dan yang kehilangan rumah-tangga, anak-pinak, saudara-mara kerana tolak ansur Tunku.

Mereka kata Tunku chuma ingin di-kenal sebagai "The Happy Prime Minister" walau-pun ra'ayat mederita. Mereka tahu bahawa dalam keadaan dharurat-pun Tunku ashek bermain poker dengan kawan-kawan China Tunku. Budak-budak polis mencherita yang Tunku mengguna-kan kenderaan dan eskot Polis untok menchari kaki poker.

Sa-balek-ny pula orang-orang China tidak sedikit-pun hormat kepada Tunku. Mereka berkata Tunku "naive" dan tidak ada kaliber. Ada lagi yang mereka kata yang tak dapat patek sebut-kan. Kata-kata itu datang dari semua golongan orang China, dari intelek sa-hingga China becha.

Pada masa lewat-lewat ini lagi satu kesan burok telah timbul. Orang-orang Melayu dalam Civil Servis, dari Perm. Sec. ka-bawah, pegawai-pegawai tentara dan polis Melayu tidak ada lagi kepercayaan dan respect kepada Tunku. Patek tahu kebanyakan mereka sokong PAS dalam undi pos. Pegawai Melayu dari Polis, tentara dan askar biasa maseh patoh kepada kerajaan oleh kerana arahan sekarang sesuai dengan kehendak
mereka sendiri. Kalau Tunku mebuat apa-apa yang tidak di-ingini oleh mereka, patek pechaya mereka tidak akan menurut kata Tunku.

Patek tahu Tunku takut kominis mengambil kesempatan kalau timbul kekachauan dalam negeri. Patek lebih takut kalau kerajaan mula "lose control over the armed forces". Sa-kali ini terjadi, keadaan tidak akan puleh semula. Sampai bila-pun kerajaan civil mesti tundok kepada tentera. Tunku biasa jadi "Happy Prime Minister" tetapi orang yang akan turut ganti tak akan merasai "happines" apa-apa.

Patek harap Y.T.M. Tunku jangan-lah minipu diri dengan berkata "satu hari mereka akan bershukor dengan perbuatan saya". Ta'akan yang sa-orang itu selalu betul dan yang banyak selalu salah. Patek ingin sampaikan kepada Tunku fikiran ra'ayat yang sa-benar, ia-itu masa telah lampau untuk Tunku bersara dari manjadi perdana menteri dan Ketua Umno.

Patek faham betul-betul kuasa yang ada pada Tunku dan patek masih ingat nasib Aziz Ishak. Tapi patek tak akan jadi sa-orang yang bertanggong-jawab kalau patek tidak terangkan apa yang patek sebut-kan. Kalau di-penjara sa-kali-pun patek terpaksa kata apa yang patek telah kata-kan.

Patek di-beritahu ia-itu Tunku berkata patek Pakistani. Patek tidak perchaya kata-kata orang kerana patek Y.T.M. Tunku tidak akan berkata begitu. Patek-lah yang selalu mempertahan-kan Tunku apabila orang-orang PAS kata yang Tunku anak Siam yang ta'berhak memimpin orang Melayu. Jadi Tunku juga akan merpertahan-kan patek walau-pun maseh ada dua sudu darah dara Pakistani dalam tubuh badan patek.

Patek sa-kali lagi mengulangkan ia-itu kenyataan yang patek buat itu ia-lah menchegah kejadian yang akan menambah perasaan benchi orang-orang Melayu terhadap kerajaan dan menggalak-kan orang-orang China menjatohkan lagi maruah orang-orang Melayu. Rusohan yang lebeh besar akan berlaku jika ini di-biarkan. Tentera sendiri tidak akan dapat di-kawal. Dan lagi kalau T.H. Tan dan dewan orang China boleh membuat kenyataan, kenapa ketua-ketua UMNO tidak boleh?

Patek menulis surat ini dengan hati yang ikhlas dan harapan bahawa Y.T.M. Tunku akan bacha surat ini dengan sa-penoh-nya sendiri. Patek berdo'a ke-hadhrat Allah subhanahuwataala supaya di-buka hati Tunku menerima kenyataan yang sa-benar ini walau-pun pahit dan pedas.

Patek Yang Ikhlas



(Dr Mahather bin Muhammad)


Sumber: http://sayangbangsa.blogspot.com/2009/05/apakah-pengajaran-dari-surat-terbuka.html

=======>> Mesej dari timingnya surat ini dipaparkan dalam senario politik sekarang ialah ketua-ketua Melayu sekarang jangan mengulangi kesilapan Almarhum Tunku Abdul Rahman .. apa lagi jadi Tunku kedua.

15 comments:

Anonymous said...

Salam Pakcik Dal, untuk saya, walau anak ular sawa pun, saya akan hapuskan kerana bila dia membesar, dia akan membelit saya, dia tidak akan fikir yang saya lah yang selalu berinya makan .....kalau sudah jadi anakonda, itu dah nyata terlambat .....kerana ular itu menjadi lebih besar, lebih kuat belitannya ....

(ps ...btw do u have a Facebook account? Should have one then we can chit chat ....)

Anonymous said...

MUSUH DLM SELIMUT, MUSUH LUAR SELIMUT TAKDE BEZANYA. TANDUK SIMPAN DLM KOCEK. TANDUK HANYA DIKELUARKAN WAKTU2 TERTENTU SAJA. DAH PUAS BERTOLAK ANSUR. SANG KETUA BADAN HANCUR KENA TIKAM SANA SINI TP DEK KERANA KESABARAN YG TINGGI NAK MENJAGA HATI ORG LAIN YG TAK PERNAH PUAS, TAMAK HALOBA, GELOJOH. YG DUDUK TEPI TAK MAU AMIK PEDULI KATA "JGN SAMPAI SUSAHKAN AKU..ITU BKN URUSAN AKU..AKU IKUT MANA YG MENGUNTUNGKAN AKU". MAKA TAMAT LAH RIWAYAT SANG KETUA YANG ADIL DI TGN SI KITUL MANDELIAR DERHAKA..SHILAKAK!!

Tam Dalyell said...

Salam Pn Zazaland.

Pn usik usik orang tua gunung (ini nama timangan yang Tuanku KijangMas beri saya), nanti menyusahkan sahaja.

Saya tak tahu bagaimana nak buka akaun tu. Pn Zaza kena ajarkan sikit.

Sumpah saya tak tahu .. bab IT modern ni saya zilch langsong. Zaman saya muda-muda dulu mana ada semua ni ... dah tua-tua ni main dengan cuculah minatnya pulak.

Heh heh .. kan betul .. nyusahkan Pn Zaza saja.

Tam Dalyell said...

Sungguh tepat tembakan Bang Jeffry. Gejala yang Bang Jeffry bentangkan itulah yang the silent majority takutkan. Mereka rasa mereka diabaikan bila pemimpin cuba sedaya upaya hendak memberi kepuasan kepada yang melawan, yang mengacau, yang gila kuasa, yang mempunyai ulterior motive, yang menyimpan udang di sebalik batu dan yang terang-terang mengkhianati bangsa.

Ketua tu ketua jugak. Tukang rumah tu tukang rumah juga. Tapi nampaknya dia hanya berperanan tukan tampal dan ketuk paku sahaja. Yang membentuk rupa dan stail rumah itu bukan tuan rumah, tapi orang lalu lalang tepi jalan.

Anonymous said...

pakcik, no pbm, i'll teach u how ok .......wait for my email message to u .....

Anonymous said...

Hello again Pakcik Dal.

Pls check yr email address. I've sent a message to u with regards to Facebook.

I've opened a Facebook account for you and you have a friend ie. me.

Hope that helps.

Unknown said...

Salam Kunjungan.

Mohon izin untuk listingkan blog tuan di spotthebloggers. Terima kasih

pakcik said...

nak lihat apa kesan jika pemimpin melayu itu lemah?..

lihatlah sekarang..apa telah terjadi.

dan lihat pada masa hadapan..apa yg akan terjadi..berganda-ganda dari apa yang telah terjadi di masa kini.

padan muka melayu..

aku orang melayu..tapi rasa makin layu.

Tam Dalyell said...

Lantas haruslah .. bahkan wajiblah kita jangan menjadi lemah, putus asa dan kehilangan punca.

Kita mesti mengira-ngira dan menimbang-nimbang pilihan atau opsyen yang wajib kita adakan; bukan setakat mengira dan menimbang pilihan yang kita sedia ada.

Kita juga wajib berwaspada terhadap mereka yang menawarkan diri sebagai pengganti ketua kita. Kita pastikan mereka itu bukan jenis pak sanggup, jenis ali baba, jenis penanggok di air keroh, jenis pelukah di pergentingan, jenis kawin cina buta, jenis telunjuk lurus kelingking berkait, jenis pagar membawa rebah, jenis udang di sebalik batu, dan yang paling kita mesti elakkan ialah jenis askar upahan.

Di samping itu kita mesti yakin dan percaya bahawa apa yang kita ada, adalah jauh lebih baik dari apa yang belum ada atau yang di tangan orang.

Saya kira, tidak ada Melayu yang sanggup "bapa kandungnya ditukar dengan orang lain sebagai bapa sendiri."

Tapi saya lihat, "ramai Melayu, kerana bapanya itu ugly hodoh, dia sanggup meninggalkan bapanya lalu mengambil orang asing sebagai bapanya semata-mata kerana orang itu cantik dan manis".

Maka fahamilah.

Anonymous said...

Pakcik, u already have 2 friends in Facebook. In fact 3, but I deleted the other one as she is not for you ...too young lah ....

Tam Dalyell said...

Pn Zazaland, saya ni betul-betul buta kayu tentangni lah ... dan Pn. ni betul-betul ringan tulang menolong.

Macam mana saya boleh buka Facebuuk saya tu. Belum-belum Pn dah tahu berapa kawan di situ .. dan tolong pilihkan pulak.

Heh heh heh malu saya ... yang menerima pertolongan tak tahu embenda pun.

NJ said...

Tuan Hamba Dal,

Saya masih ternanti kehadiran seorang pemimpin yang akan memimpin, bukannya berpolitik.

Adakah satu parti politik yang tidak menggadaikan negara demi wang ringgit? yang tidak mempergunakan agama demi cita-cita politik mereka? yang tidak menyemarakkan api polarisasi kaum di bumi Malaysia ini? .. untuk saya berikan undi, biarpun hanya sekadar satu undi sahaja.

Ataupun anak Bangsa perlu bangkit sekali lagi untuk memerdekakan negara tercinta ini dari gejala-gejala yang merosakkan ini?

Salam sejahtera Tuan Hamba Dal,

"SATU BANGSA, SATU NEGARA, SATU BAHASA"

NJ

Tam Dalyell said...

Sungguh benar Tuan NJ.

Kita sedang melihat sesetengah wakil yang ditabalkan ka mercu kuasa melalui undi kita itu, terutamanya samseng politik Pakatan, menghabiskan masa mereka bukan mengangkat martabat rakyat ka tahap lebih tinggi, tetapi bertungkus lumus untuk mengekalkan kerusi duduk di dewan melalui menidakkan kuasa undang-undang, kuasa mahkamah dan kuasa majority. Ini semua perjuangan untuk kepentingan peribadi mereka dengan bertopengkan kepentingan rakyat.

Dengan helah apa lagi mereka hendak menidakkan bahawa mereka ini adalah pelawak-pelawak dan pretenders to the power of the majority.

Kepada golongan inilah yang kita mesti haramkan undi kita untuk selama-lamanya.

Anonymous said...

Pak Cik Dal

Diantara Pemimpin Lembik yang disenaraikan (masih diteruskan penyenaraian) untuk disiramkan dengan air kencing saya dan anak cucu saya ialah :

1.Tunku Abdul Rahman
2.Abdullah Badawi
3.Mahyuddin
4.Najib
5.Nik Aziz

Tak layak dapat air kencing saya dan anak cucu saya :-

1.Nizar

Kerana ape? Kerana mereka anak cucu saya tak bernegara, kerana mereka anak cucu saya menderita. Kenapa tak salahkan diri saya? Kalau saya angkat senapang gajah dan bunuh mereka semua dan saya tidak didakwa, saya akan buat semuanya esok pagi.

cepo

Tam Dalyell said...

Heh heh salam cepo;

Kalau tuan gunakan kencing tu membaja kangkong atau kacang, tentu banyak hasilnya ... mungkin saya orang pertama melanggani ladang tuan itu.