SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN

SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN
Satu Bahasa Satu Bangsa Satu Negara

Saturday, April 25, 2009

Petapa Gunung Bercerita

Seorang raja bernama Nasib sangat sayang kepada rakyatnya; kebanyakannya dari puak Ayu, Ina dan Ing; yang berlumba-lumba untuk menjadi kesayangan utama kepada rajanya; malangnya melalui perangai memburukkan dan memfitnah dua yang lain.

Tiap puak, bila merasa dirinya terpinggir, membuat kacau dan hingar. Tiap puak, bila merasa dirinya terutama, dalam baik dia menghasut supaya diberi kuasa keatas semua kekayaan negara. Hakikatnya puak sebeginini hendak melebihi kuasa raja.

Ada satu golongan dari puak Ayu yang tidak puas hati, juga dari puak Ina dan Ing membentuk barisan untuk mensepadukan kerja mereka seperti mensabotaj, memfitnah, merusuh dan merusak. Setengah dari usaha mereka berhasil. Mereka menjadi gila kuasa.

Raja Nasib, kerana amat sayangnya baginda kepada rakyatnya samada yang baik atau yang jahat, tidak menyentuh mereka ini. Sebaliknya baginda mengubah kebendaan yang menjadi persekitaran rakyatnya; mungkin dengan harapan persekitaran baru ini akan dapat merubah perangai buruk mereka.

Mula-mula baginda mengubah landscape-landscape kesayangan puak Ayu yang raja dahulu-dahulu binakan. Setengahnya baginda ubah susunan gedung perniagaan mereka. Ada juga kompleks-kompleks susuntadbir puak Ayu ini dirombak, diserap ka jabatan lain, atau dibasmi dan lucutkan kuasanya samasekali. Ada juga hak yang dahulunya diperuntukkan kepada puak Ayu ini dimansuhkan. Akibatnya puak dan beberapa golongan Ayu terasa dipinggirkan lagi. Sesetengah langkah yang diambil oleh raja Nasib ini semua puak Ayu tahu pernah didesak oleh puak Ina dan puak Ing untuk diambil tindak oleh raja Nasib. Mereka dapat sokongan dari sesetengah golongan penderhaka Ayu sendiri. Masa itu raja Nasib belum naik tahta lagi.

Puak Ayu tidak faham apa kebijaksanaannya raja Nasib mengambil langkah ini. Sungut-sungutan belakang-belakang sudah mula kedengaran (seperti dari golongan BigDogBone, Sakmongkol dan Another Brick In The Wall) padahal puak Ayu ini pada tradisinya sangat menghormati dan memuliakan raja mereka. Mereka dalam mode menunggu dengan merasa amat jittery dan tidak puas hati.

Apa langkah seterusnya yang bakal diambil oleh raja Nasib? Adakah masih terhadap puak Ayu. Ataukah terhadap puak Ina dan Ing pula? Mungkinkan puak Ina dan Ing ini tidak disentuh langsung?

Kita sama-sama menunggu.

23 comments:

Anonymous said...

Read also http://kadirjasin.blogspot.com/2009/04/unsolicited-views-for-pm.html

Unknown said...

salam.... saya x paham la ...cite nie...hu3

Anonymous said...

cadangan saya untuk education memo: "satu sekolah, satu bangsa, satu negara"

kucing yang unfairly vilified for no reason

Anonymous said...

(tapi sekolah agama, harap2 masih dilindungi statusnya)

NJ said...

Tuan Dal,

Perebutan tercetus apabila 'hak' ingin dimaktubkan ke atas sesuatu, biar apapun 'sesuatu' itu.

Alangkah bahagia alam semesta ini, sekira isinya mengenal Tuan Empunya segala sesuatu. Akan adakah lagi perebutan gila ini?

Tulisan Tuan Hamba menyentuh hati:

"Raja Nasib, kerana amat sayangnya baginda kepada rakyatnya samada yang baik atau yang jahat..."

siapalah si Baik, tanpa si Jahat?
Ujudkah Jahat, tanpa jelmaan Baik?
Hanyalah Raja mengenal Raja, dan segala apa jua ciptaan dihujung jariNya.

Salam Sejahtera Tuan Dal yang Mulia.

"SATU BANGSA, SATU NEGARA, SATU BAHASA"

NJ

Anonymous said...

PUAK AYU YG MASIH SETIA DGN RAJA NASIB X MUDAH GUNDAH. ALANG2 SELUK PEKASAM BIAR SAMPAI KE PANGKAL LENGAN. RAJA NASIB BERTINDAK MENGIKUT AKAL. TP SEGELINTIR KAUM AYU BERPAKAT DGN KAUM INA DAN ING BERTINDAK DGN HATI YG KELABU ASAP.

YG RUGI RAKYAT DAN NEGARA...ALAHAI JAHIL SUNGGUH MEREKA2 ITU!!

Tam Dalyell said...

Salam Alaykum Anak Pendang Sekelurga;

Kehadiran tuan sungguh besar rahmat bagi saya karana zikir yang tuan tinggalkan iaitu hu 3kali ..

Hu pertama bagi saya adalah zikir Hu Al Rahman Al Rahim yaani Dia Allah RahmanAlRahim ..

Hu kedua bagi saya adalah zikir HuasSami'ul'Aliim yaani Dia Allah yang maha Melihat dan maha Mengetahui ..

Hu ketiga bagi saya adalah zikir Hu Allah Rabbul'alamin Yaani Dia Allah bagi sekelian alam ..

Doakan saya;
Jazakumullah khoir

Tam Dalyell said...

Anonymous Sat Apr 25, 01:16:00 PM 2009 .. Rasanya saya tidak terlibat dengan insiden "kucing yang unfairly vilified for no reason" tersebut.

Namun jika saya tuan kira terlibat juga, silalah tunjukkan kepada saya. Saya disini terlebih awal memohon kemaafan dari tuan kerana ada kemunkinan saya melakukannya .. hanya tuan sebagai pihak yang terasa teraniaya tidak akan melupakan insiden itu.

Salam sejahtera dari saya
Ikhlas
Dal

-------------

Anonymous Sat Apr 25, 01:18:00 PM 2009 ... mudah-mudahanlah seperti doa tuan itu .. saya turut mengaminkan.

Hendaklah kita baris pertama bangkit jika itu diganggu-gugat.

Tam Dalyell said...

Anonymous Sat Apr 25, 01:16:00 PM 2009 ..insiden "kucing yang unfairly vilified for no reason"

I read a hidden message. I visited a feline's lair hoping that I am at the right address to record my deepest apology. I found it smoothed out of the face of the earth. Only a "NOYYUSOF" is there.

I felt as if the pintu taubat is closed against me.

How am I to register this apology?

Tam Dalyell said...

Salam Tuan NJ, jika semua makhlokNya nampak bahawa, "Hanyalah Raja mengenal Raja, dan segala apa jua ciptaan dihujung jariNya." maka sudah pasti dunia ini menjadi aman seaman-amannya.

Tetapi taqdir atau Kehendak Dia tidak begitu, hingga dalam syorga pun dahulu Iblis berjaya memperdayakan bapa Adam dan ibu Hawa, pada hal Iblis mengenal akan siapa itu, "... Raja yang mengenal Raja, dan segala apa jua ciptaan dihujung jariNya."

Oleh itu di dunia ini, apabila makhloq dapat menyayangi yang baik dan yang jahat, sudah pasti makhloq itu Allah serahkan kepadanya suatu "kerajaan" yang setanding dengan maqamnya di sisi Allah. Lihatlah kerajaan yang Allahkan serahkan kepada Muhammad s.a.w. untuk ditadbirnya.

------------

Abang Jeffry,

Abang ni tak habis-habis memeranjatkan saya ... kali ini dengan ungkapad 'alang2 menyeluk pekasam'.

Insyaallah bang ... saya ikut dari belakang ...

Salaam

Anonymous said...

Salam Tuan Dal,

You have done nothing wrong to my knowledge, and however, if I have done wrong, I would like to apologise.

The lair was closed for personal reasons ie: the departure of a good friend

Anonymous said...

Salam Pakcik Dal.

Hopefully Raja Nasib will be equal to all. Hopefully, he will not take the Ayus for granted, if not ......

Tam Dalyell said...

Salam Pn Zaza;

Bila sampai 40 orang berharap begini, ia manjadi satu doa yang maqbul.

Saya yakin raja Nasib bermaksud baik terhadap semua rakyatnya.

Pn. Zaza, guru saya dulu berkata, bila seorang perempuan tidak kisah ia disangka apa melalui memaparkan suatu lambang untuk dirinya, ini menandakan perempuan demikian itu mempunyua inner beauty yang compellingly overpewering.

Dulu lambang ditunjuk .. taman bunga, sekarang .. rambut putih. Ia putih .. bersih.

Anonymous said...

Saya harap Raja Nasib akan bertindak dengan penuh bijaksana....jangan jadi Raja Kapoor, asyik kapor orang aje atau Raja Tidor, tu lagi terok ....dan To-ki aka Pakcik Dal kalau kenakan orang memang pandai ..hehehe.

Salam.

Anonymous said...

btw, Pakcik thanks a lot ....I know what you mean ....Sorry, I forgot to say it just now ..I take it as a compliment ....Pakcik, you banyak makan garam ye ..

Mana Long, Pakcik? I hope he is fine..

Tam Dalyell said...

Raja Kapoor kek Raja Tidoor kek janji jangan jadikan negara aku hancor ...

Heh Pn Zaza compliment must be given where compliment is due. In my case ... puas Pakcik makan garam ... tapi tak masin-masin pun ... asyik maniiiis ajer ...

Long tengah sibuk ... ayah dia nak kawinkan dia akhir Mei ni ... Tok-ki dia suruh dia bawa bini bila balik ostorlia abihkan pelajaran dia ... kalau balik kat sana tak ada bini lagi .. Tok-ki dia tak benarkan .. menggatal nanti.

Anonymous said...

Ade ade aje lah Pakcik ..loyar burok pun ade ...kah kah kah ...

I like coming here lah Pakcik ...I feel good, I knew that I would .......(dance like James Brown ....)

Long is getting married? abis tu pegi ostorlia? so, he has to bring his wifey lah....ah ah ye, kalau gi sorang nanti menggatal ..Tok Ki very wise ....

Mana KP, Pak cik ....dia very sibuk sekarang ye?

Tam Dalyell said...

Orang jantan Pn Zaza, kerja yang tak payah diajar tapi pakar ialah .... menggatal. Kalau Long buat hal di sana - apa hal yang ditinggal di sini. Jangan percaya kat jantan. Nasib baik nama Pakcik bukan Mat Jantan.

KP? O KP teramatlah sibuknya di Writeboard sekarang. Blog dia pun diabaikan.

Ooii KP .. jangan abaikan Maharani kat umah udah.

Heh heh.

Cenderawasih said...

Salam,

Saya dah turun dari kayangan...hehehe

hmmm,satira..genre yang menarik sebab kita perlu tahu isu-isu sekeliling baru faham, kalau tidak langsung tak tahu.Tapi saya rasa isu ni sangat jelas dan jadi buah mulut ramai.Hampir-hampir mustahil untuk terlepas dari cengkaman fikiran.

"jika cara “pantun seloka” ini sudah tidak menyenangkan"(komen tuan di Deminegara)

Jika ada yang tak sudi,
disini ada yg sedia menyambut

saya datang bertandang
dengan hati yang senang
apa agaknya akan dihidang
jangan diberi kopi Pak belalang

Bila datang sini,saya macam nak berseloka saja..harap tuan tak kisah.

Pemimpin kita dalam pertarungan
terdesak untuk mendapatkan sokongan
hingga terlupa apa ditangan
terlalu tinggi angan
menggapai apa diawangan
hati ku gundah bimbang

saya harap mereka cepat sedar dari tidur secepat mungkin.

Tam Dalyell said...

Salam sejahtera Cenderawasih;

Biasanya anak Melayu ini manja yakin kepada ketua atau tuan mereka. Dan biasanya ketuanya yang efisen itu sudah sediakan pengganti sebelum barang lama dibuang.

Sediakan padang bola baru sebelum padang lama dibuang, sediakan jambatan baru sebelum jambatan lama dibuang.

Nampaknya komponen DEB mula didismentle dan dibuang. Tetapi penggantinya mana? Kalau begini tentulah kita tertanya-tanya.
-------------

Heh heh, Cenderawasih,
DN dan KM itu penuk kasih,
Kepada pengunjung yang banyak masih
Mencari jalan supaya negara bersih
Dari pollutant ciptaan tersisih
Makhluk anti-Melayu anti-Islam sih

Kalau berseloka campur-campur Indon, Melayu dan omputih saya masih dikira golongan otailaaa jugak ... tapi kalau nak sumbang macam kualitas yang sdr. sumbang kat Writeboard DN tu yaaa ngak berapa bisaa gua .. Lu orang pilihan sih om Cenderawasih.

Selamet siang. He he he. Petang pun cakap siang.

(Maknanya saya tunggu Cenderawaseh turun dari kayangan dari siang lagi.)

Ok dong daaa. (Saya belajar dari sinetron Intan)

Unknown said...

slm...kena belajo dari tuan lagi nie,,,hu3

Unknown said...

salam...tuan jgn salah paham, dengan saya...ok.......

Tam Dalyell said...

Salam Tuan Anak Pendang Sekeluarga;

Semuga saya diampuni Allah.

Saya tidak berani hendak salah paham terhadap anak muda yang biasa keluar jemaah empat puluh hari, empat bulan dan sebagainya.

Anak muda belum lama hidup bererti belum banyak buat dosa .. kemudian sudah kuat berjuang melawan nafsu keluar di jalan Allah.

Ada pula orang tua .. sudah lama hidup .. bererti sudah banyak buat dosa .. tidak kuat (kerana tua) berjuang melawan nafsu keluar di jalan Allah.

Tuan doakan kami semua.