PM kita tentu tahu bagaimana rasa hati Melayu ketika dianak tirikan oleh penjajah.
Padahal kita anak kandong bumi bertuah.
PM kita tentu tahu bagaimana rasa hati Melayu ketika anak angkat dijadikan anak emas oleh penjajah.
Padahal itu hakikat hanya anak pungut dan anak buangan dari negara kuning hitam.
PM kita tahu sejarah anak tiri dikampongkan, disekolahkan setakat darjah enam;
Padi secupak hidangan sekeluarga buat seminggu;
Hati kuman, dibanyakkan kuah, sama dicecah;
Padahal anak emas dibandarkan, disekolahkan ka menengah, ka kolej, ka luar negeri;
Beras wangi sepinggan seorang tiga kali sehari;
Hati gajah dilapah sendiri tersaji bila diingini.
Demi menseimbangkan kepincangan ketidaksamarataan;
Anak kandong dibenarkan mudek bersama surut, menghulu bersama pasang;
Disediakaan kemudahan berhuma beras wangi dan peralatan berburu hati gajah;
Sekadar sementara mencukupi had sukatan tertukan.
Tunggulah beberapa pasang surut lagi;
Itu yang anak kandong lihat;
Yang tidak diketahui tidak kelihatan tentunya.
Tiba-tiba PM kelihatannya merungkai ikatan sebelum sukatan kuota kecapaian;
PM membubarkan peruntukan anak kandung yang dihulu dan yang dihilir, yang dikampong dan di Bandar.
Seolah-olah dilumbakan semula anak angkat dengan anak emas;
Yang baru merangkak dilegaikan dengan yang sudah berlari?
Kita anak kandong tidak mahu dianaktirikan lagi;
Kalau yang dianak emaskan menyumbang kepada keluarga seketul emas;
Kami anak kandong mampu menberi sebanyak itu … bahkan lebih;
Sabarlah … tunggulah musim dan putaran harinya.
Tapi janganlah dusun dipetik ketika putik lagi;
Janganlah anak ditanggalkan ketika sedang disusukan;
Janganlah diulangi kera dihutan disusi anak dipangkuan mati kelaparan;
Tunggulah masak atau sampai musimnya;
Tunggulah sama-sama berlari maka diterbukakan pertandingan;
Hati Melayu tahu sianak emas ada yang tidak sabar menunggu sianak tiri;
Hati Melayu tahu sianak tiri kini dibela oleh bapa kandongnya;
Hati Melayu merintih jadikanlah kami anak emas dahulu;
Ayah, barulah lumbakan kami seadanya;
Jika tidak kami merasa tidak ubahnya ayah atau penjajah;
Namun; kami teguh yakin ayah bukan penjajah.
Torehlah kulit kami kulit ayah, serupa darah.
Melayu Bugis Minang Jawa ….
12 comments:
YG DI GENDONG DI SUAPKAN..YG DI KELEK BERCICIRAN...HMMM ANAK KERA DI UTAN DI SUSUKAN..ANAK DIRUMAH MATI KELAPARAN..SUSAH HIDUP DI HUTAN..TP SIKSA JUGAK HIDUP DI BANDAR..BYK HUTANG..KENA KEJAR ALONG..SAPE ALONG?..MELAYU?..CINA?..INDIA? KESEMUANYA..MELAYU SUSAH NAK JD ALONG SBB TAK BERANI NAK BERHUTANG WLU PUN HIDUP DI TANAHAIR SENDIRI..TP CINA DAN INDIA DTG KEMARI DH JADI TAUKEY..JADI CETI..LEPAS TU BILA DH BESAR KEPALA..NAK PIJAK KEPALA ORG MELAYU?..ADA PATUT KA MACHA?
Tuan Hamba,
Satu persatu nampaknya kepunyaan pribumi dikikis hari demi hari sehingga perkara paling asas seperti bahasa pertuturan pun telah membuatkan kita kelam kabut dewasa ini. Izinkan saya muatkan komen saya yang saya muatkan di tempat-tempat lain bila menyentuh soal penggunaan bahasa ini. Izinkan juga saya berbahasa Inggeris.
I have come across comments by others made elsewhere which were made when discussing the topic PPSMI. The comments touched on language.
One commentator began with “What do you call a monolingual?”. One responded as “monoglots?” while another wrote “moron-lingual” when a monolingual was seemed to be compared with bi-lingual and multi-lingual.
The question of “multi-lingual” need not asking, but “Are you even a mono-lingual?”, I feel, is a MUST question. Think basic first, and the “desirous” should only come after you settled the basic question.
When I followed the Wikipedia link given for a “monoglot”, the explanation was, “monoglot” seems to refer to those Americans, Australian, British etc where they have a singular language, namely English. Their National Language is also an International Language.
So I wonder why such ridicule against a so-called “monoglot”? I will be very proud when my national language is also an international language.
Now, for a “moron-lingual”, seems like a picture painted over a “mono-lingual”. Let us now compare ourselves with a mono-lingual. A mono-lingual has one language, what about us?
Are we “anything-can-la-but-not-a-single-thing-is-lingual?” Look at ourselves. The National Language is Bahasa Malaysia but everyone seems to be at liberty to speak and uphold any possible language that exists within this country. You, me right up to the Prime Minister! It seems the chineses are at liberty to speak hokkien, cantonese, mandarin etc where as Indians the tamil or what ever else language there is. The Ibans, Kadazans, Muruts, Bajaus etc have their own languages but at least their languages are the languages of the Pribumis. The Malays seem to have been silenced on Jawi. All of these are in the face of Rukun Negara & Perlembagaan Persekutuan Malaysia which states the national language of Malaysia is Bahasa Malaysia. Tinggal air liur saja? Cakap tak serupa bikin?
When discussing PPSMI, we seem to get ourselves confused. Are we voicing out for Science & Mathematics or are we voicing out for the use of Language? Are we a “confused-lot” as opposed to a “monglot?” which our “anything-can-la-but-not-a-single-thing-is-lingual”? How moronic are we then when compared to those of “mono-lingual”, the so-accused “moron-lingual”?
Melayu telah "membuang" Jawi untuk mendakap "Bahasa Malaysia". Apa lagi yang hendak dituntut dari Melayu? Di mana "give and take"nya?
"SATU BANGSA, SATU NEGARA, SATU BAHASA"
NJ
Apa khabar NJ
1) Orang Melayu akan terus dihukum dan dikikis sebegini rupa selagi ia gagal menilai emas yang ada dalam tangannya sendiri dengan sebenar nilai.
2) Dia menilai emasnya itu selama ini mengikut apa yang tetamunya nilaikan. Kalau tetamu itu berniat merampas emas dari tangannya itu, tentu sekali si tetamu bajingan itu akan menilai emas tersemut di bawah nilai sebenar, sambil menilai perak yang ada dalam tangannya dengan nilai ditinggikan dari sebenar.
3) Contohnya sekarang, tindak tanduk Melayu atasan seolah olah menerima yang nilai undi bukan Melayu bernilai lebih tinggi dari nilai undi Melayu, padahal Melayu jauh lebih ramai. Dengan demikian secara tidak langsung apa yang berbaki dalam tangan Melayu terhakis terkikis sedikit demi sedikit. Wallahua,lam.
4) Kaum bukan Melayu di sini (bahkan sebahagian Melayu pun), berpegang teguh, bahawa apa sahaja yang didatangkan dari negeri China atau India atau mana-mana / apa-apa yang diimpot lebih baik dari barang 'local'. Padahal semua ketahui bahawa barangan kita adalah setanding malahan lebih tinggi dari barangan luar negeri.
5) Didikan ka arah ini, ka arah menghargai apa yang ada pada tangan sendiri adalah amat kurang sekali. Mungkinkah SSUS boleh mengatasi persepsi sebegini?
Uncle Dal,
Apa kata kita pula buka suara?
Dulu Bumiputra tidak bijak, dalam diam depa belit kita, kikis segala harta kekayaan Negara bawa lari entah pi mana.
Syukur kita ada Petronas, yang telah banyak membantu..
Sekarang kita dah celik mata, pandai conggak satu campur dua, depa corner kut lain pula, mula nak kikis hak Bumiputra, sekarang ada pula yang terhegeh2 nak menyelit jadi kaum Bumiputra?
Sejak dulu, kebun durian dan rambutan keluarga kami pun, bila musim, berbakul2 puak depa mai angkut malam2.. minta izin pun tidak, macam tu lah cara mereka nih..Ini baru bab buah2an, sampai itu pun mereka kebas!!
Tongkang
Sdr-Sdr;
Abang Jeffry, Tuan NJ, Tuan Anon dan Tuan Tongkang. Terima kasih atas sumbangan tuan-tuan sekelian kepada rintihan orang tidak berdaya.
Saya teringat dahulu kita menggaji dengan mahal jurulatih asing untuk pasukan bolasepak, badminton dan acara sukan lain-lain.
Bolasepak dan badminton kita waktu di bawah kejurulatihan asing tak sampai ka mana pun. Tenaga, modal dan masa terbuang percuma. Semua kerana orang Melayu terbawa-bawa pada mendewa-dewakan nilai asing yang diimpot, terbawa-bawa pada percaya kepada iklan kejuru-jualan mereka. Tepat seperti kata sdr. Anon.
Kepakaran tempatan apa kurangnya? Tak adakah? Tun Mahathir yakin kepada kepakaran dan fasiliti negara .. hingga dua kali berserah kepada Tuhan sambil berikhtiar melalui kepakaran tempatan di IJN. Beliau selamat. Yang lain, yang berserah kepada kepakaran barat, balik sebagai mayat.
Kini badminton berusaha melalui kepakaran kejurulatihan tempatan nampaknya ada sedikit penambah baikan. Tidak seperti yang lalu-lalu.
Kini, bab survival ekonomi negara, MPEN dianggotai oleh 2/3 anggota asing. Baca di BigDog.
Benarkah setiap yang asing itu lebih baik dari yang tempatan? Munkin jugakah ketaatan si asing itu mengatasi ketaatan anak negeri tumpah darah ... ataukah ketaatan mereka hanya kepada gaji lumayan sahaja seperti jurulatih-jurulatih asing itu.
Ikatan darah kekeluargaan patutnya lebih pekat kisihnya kepada anak kandung dari anak asing; macam mana cantik pun anak asing itu; macam mana hudoh pun darah daging sendiri itu.
Salam Saudara Dal dan pengunjung sekelian,
Saya memberi komen seperti dibawah di laman citra yang lain yang saya rasa ada relevannya di sini juga.
Terimakasih Tuan Rumah.
Saudara,
Saya terasa kerdil untuk berbuat apa-apa mengenai isu yang telah saudara utarakan. Saya hanya mampu bersuara untuk mengucapkan terima kasih kerana berkongsi dengan kami. Saya bukan pakar untuk berhujah dengan “pakar-pakar” yang terpilih itu, apabila lagi dengan Perdana Menteri sendiri.
Mungkin saya cuma boleh bersuara begini saja:-
Kepada Kerajaan Malaysia yang diketuai oleh Perdana Menteri, saya rayu agar baliklah semula ke perkara pokok kerana Malaysia adalah di dalam kemelut yang tidak jelas hujung pangkalnya ketika ini. Pokok pangkalnya adalah (bagi saya):-
1. Rukun Negara
2. Perlembagaan Persekutuan
3. Sejarah Malaysia yang asalnya Tanah Melayu
4. Orang Melayu – majoriti penduduk di Semenanjung
5. Pribumi – majoriti penduduk di Sabah & Sarawak.
Saya tidak rasa perkara-perkara asas di atas di ambil peduli oleh kerajaan kerana:-
1. Lihatlah apa jadinya dengan Bahasa Kebangsaan Malaysia
2. Lihatlah bagaimana penduduk majoriti dilayan dibandingkan dengan yang minoriti
3. Lihatlah bagaimana orang Melayu bila hendak bersuara sedikit
4. Lihatlah siapa-siapa yang dok di atas “kepuk padi”. Apa jadi dengan “pelahap-pelahap rakus” yang “memukul habis” kekayaan negara tanpa menghiraukan nasib bangsa dan negara demi ketamakan masing-masing?
Apa kerajaan masih membuta tuli lagi? Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Tapi Menteri Pelajaran menolak mentah-mentah usaha-usaha pembentukan negara dan anak bangsa ini yang hendak diterapkan melalui KEMPEN SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA yang lebih bercirikan negara Malaysia yang sejati.
Tolonglah sampaikan luahan ini kepada yang berkenaan.
“Bumi ini Bumi TANAH MELAYU”
Semerah Padi
assalamualaikum..
sy sekadar ade persoalan y ingin meminta pendapat pak cik..
bagaimana yg dikatakan sebagai hak melayu dan bumiputra tidak relevan dlm gagasan 1 malaysia?
atau mungkin 1 malaysia itu y tdk relevan di tanah melayu?
Salam Alaikum Anon Isnin 03 Ramdhan jam 24.00;
"..bagaimana yg dikatakan sebagai hak melayu dan bumiputra tidak relevan dlm gagasan 1 malaysia?.."
... kalau ada laa yang mengatakan begitu, tak perlulah "1malaysia". Di bumi Melayu, Melayu itu pokok, "1malaysia" hanya ranting dan hiasan. Sesiapa yang memperjuangkan "1malaysia" sambil mentidak-relevenkan Melayu adalah seperti katon yang duduk di hujung dahan sambil memotong pangkal dahan. Bila dia dan dahannya jatuh, pokok akan tetap berdiri dan bertunas baru.
jd sejauh mana gagasan ini mampu untuk menyumbang ke arah perpaduan kaum sedang kan masih ade y tdk setuju?
Rasanya, jalan sejarah Melayu yang dilalui oleh TAR Putra sewaktu mengemis kemerdekaan dahulu akan berulang dengan apa yang dikatakan "gagasan 1Malaysia" sekarang.
Pada masa itu ramai Melayu (dan Raja Melayu pun) tidak setuju dengan beberapa syarat yang dipaksakan ka atas Melayu, seperti juga sekarang dlm hal mengemis undi yang berpaling tadah dan meninggalkan kesetiakawanan.
Seperti dahulu, Melayu sekarang pun terjebak dalam dilema .... terpaksa akur .... "suara ramai" .... seolah-olah tiada suara sendiri ....
.... munkin tiada suara Melayu yang berani ka tengah membawa seruan keramat "ini suara Melayu" seperti DAP berani ka tengah menyuarakan "ini suara Cina".
melayu seolah hilang hak walau pn mereka ini istimewa di tanah sendiri..
bile tgk cina y melebihi melayu, x kira dlm apa hal pn.. kite spt akur dgn jln cerita y dibuat oleh bangsa asing.. btl x kalu saya kata y plg utama adalah kestabilan politik sblm menstabilkan perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia?
"melayu seolah hilang hak walau pn mereka ini istimewa di tanah sendiri.."
Secara sinis, tetapi ini kebenaran yang amat nyata, mungkin payah dilihat kerana kebenaran ini terselindung kerana tersirat sahaja; ungkapan sdr Anon 10:41:00 AM itu boleh dibaca sebagai begini; "keistimawaan Melayu di tanah sendiri ialah ia hilang hak kerana Melayu dipimpin oleh orang yang tidak sepatutnya duduk di situ.
Ramai Melayu setuju dengan pendapat Tuan Anon, sebelum "menstabilkan perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia" setabilkan dahulu perpaduan Melayu.
Post a Comment