Orang kampung amat risau dan curiga terhadap ahli sekampungnya.
Yang satu seramai 26% telah menguasai 60% ekonomi kampongnya. Dia masih mengila-gila mendesak ketua kampong mengurangkan peruntukan kaum lain dengan alasan polisi peruntukan sedia ada itu membantutkan perkembangan kampong.
Yang satu lagi yang seramai 65% baharu menguasai 18% kekayaan kampungnya merasa sangsi dan syak akan kiblat ketua kampung ini apabila mula melaksanakan polisi yang membasmi sesetengah dari polisi peruntukan yang ada, yang belum mencapai matlamatnya. Ketua kampung dahulu-dahulu pernah diusir keluar kerana tidak pandai mempertahankan hak kaumnya.
Perbezaan di antara kedua-dua diatas adalah yang seorang sudah sekaya umpama 230.8 Unit (tiap seorang) manakala yang seorang lagi baru setakat umpama 27.7 Unit (tiap seorang juga). Perbezaan ini akan terus membesar dan menjadi lebih parah (dari 13 Mei?) sekiranya yang tamak rakus tidak diajak beradab sopan manakala yang selama ini berlebih kurang terus dipaksa untuk memberi dan memberi dan berlebih kurang lagi.
Dalam pada itu yang rakus biadap tetap menggunakan hujjah kesamarataan dan keadilan untuk mengherdik dan mengkeji polisi kampong. Mana samanya antara 27.7 dengan 230.8? Mana samanya antara yang seramai 26% dengan 65%? Mana samanya antara yang tamak rakus dengan yang lembut berlebih kurang? Mana samanya antara budaya kasar yang sudah berusia 6000 tahun dengan yang lembut baharu berusia 600 tahun pula.
Ada satu cara samarata yang kalau terpaksa boleh diguna pakai.
Polisi PPSMI yang dikatakan baik untuk kesamasataan tanpa memadam kedaulatan Bahasa Melayu pula dimansuhkan. Mampukah usaha penterjemahan / pentafsiran bersaingan (keep up) dengan kepesataan perkembangan ungkapan teknikel sains dan metematik yang berlaku hampir saban hari itu? Dalam bidang sains perkomputeran sahaja penterjemahan sudah jauh ketinggalan. Ini belum lagi dalam bidang perubatan, psaikology, atau angkasa lepas umpamanya.
Soal perpaduan melalui SSS, yang sebenarnya soal pokok dalam hidup matinya bangsa dan negara Malaysia, kini disapu sahaja oleh yang berwajib ka bawah bantal. Umpamanya, nampaknya kerana pihak yang berjumlah 26% itu menunjukkan sedikit kelatahan, maka ketua kampong tidak berani sedikit pun mengusiknya.
Kita orang kampong tidak fahamlah apa muslihat tinggi yang disimpan di sebalik telinga ketua kampong, pak naib dan mbok lurah serta mereka penolong sekelian. Mereka tidak menerangkan pun kepada kita. Yang kita tahu (agak), yang kita lihat, mereka melaksanakan langkah-langkah yang bukan sahaja gagal meyakinkan atau menarik kaum rakus tamak ini, bahkan menyebabkan kaum yang bertolak ansur dan berlebih kurang selama ini berfikir hendak merajuk.
Kita orang kampong, kita orang dangkal, kita orang cetek, tidak dalam fikiran untuk bersterategi-strategi dan bermaslahat-maslahat ini, tidak tahu mendesak atau meminta-minta. Tetapi sekurang-kurangnya kita tidak sebuas penghuni rimba untuk tidak makan apa-apa yang tidak sesuai dengan selera. Kita dengar di Manik Urai umpamanya, orang-orang cerdik pandai berlumba-lumba melontar bahasa yang bermaksud “aku lebih pandai dari engkau, saya lebih mulia dari kamu, kita lebih Islam dari ….” Dan macam-macam lagi.
Inikah sahaja orang-orang cerdik pandai alim ulamak kita mampu sajikan untuk kita? Tidak ubah seperti maki hamun lirik nyanyian artis-artis dan ahli seni Pakatan. Kedengarannya macam beluluk gugur sebelum masak sahaja. Beruk hutan yang tak pernah memanjat tangga menara gading pun tak payah menunggu beluluk jatuh, kerana ia sedia pandai panjat sendiri ka hujung dahan dan petik sendiri buah masak mengikut cita rasa semula jadi.
12 comments:
apa makna semua ni cuba nak pandai bodoh punya posting
mph.
Tuan Anon Mon Jul 13, 04:41:00 PM 2009;
Tak tahulah saya apa benda semua ini.
Silakan.
Saya sedia menerima tunjuk ajar dari tuan.
Bagi saya lima minit .. nak beli buku nota dan pensel dahulu.
Salam Tuan Dal;
Mohon diberi laluan untuk berbicara dengan Anon aka mph.
P/S: Luahan hati Tuan Dal dikongsi oleh saya juga.
*******
Anon aka mph;
Tuan punya blog sudah bersedia dengan buku nota & pensilnya. Silalah berikan tunjuk ajar pada kami semua.
oiii! kalau tak tahu baca bahasa malaysia tu, atau otak udang tak dapat nak tangkap apa yang orang tulis, janganlah tunjuk awak tu bodoh nak mampos macam tu si anon mph ooiii!!
si anon mph ni agaknya bangsa tak ada budi bahasa atau si anjing sesat yang tak faham bahasa malaysia.
mph = memang perangai hodoh
antu kite
3 question:
1. PPSMI and SSS are both created by BN/UMNO just as a platform to sustain their power and to put us in a deadman chest of ISA abd become a "paku mati"
You all are so stupid becoz ssumiing us dont know what are actually meant for SSS..
"ATAK UTANG DI SEMALIK MATU!!!" bollO!
2. The "MONKEY" hereif u are a hardworking guy you will get that 230 units. no such thing as greedy, why pist off of just getting 27. Actually lazy and stupid!
3. This blog is just for one race and religion only! How u can say about SSS which is for unity???
it is hard to believe...only voice, no people ahh???
Salam sejahtera Tuan Hamba Dal,
Izinkan laluan kepada saya untuk merapati sdr/sdri mph.
Sdra/Sdri mph,
(1) Minta sdra/sdri kemukakan bukti bahawa SSS itu diciptakan oleh BN/UMNO. Ada kalanya saya, sebagai penyokong SSS, 'menghentam' UMNO. Dulu ada berita yang MCA (BN) nak buat laporan polis terhadap orang-orang yang memulakan kempen SSS ini. Saya minta bukti ini kerana sdra/sdri seolah-olahnya menggolongkan saya dalam golongan orang bodoh apabila berkata You all are so stupid...
(2) Mengejar kekayaan boleh juga diibaratkan seperti berlumba lari. Garisan permulaan lumba lari 400m tidaklah boleh diselarikan seperti garisan permulaaan lumba lari 100m. Dalam perlumbaan 400m, tempat permulaannya ke depan sedikit kerana pelari di lorong paling luar terpaksa berlari lebih jauh dari pelumba yang berada di lorong paling dalam.
Walau apapun, tidak semua dari kita menggunakan "kekayaan" sebagai kayu pengukur. Khuatir nanti segala apa benda pun (termasuk harga diri) akan diletak tanda harga wang ringgitnya. Jadi janganlah sepantas itu untuk melabelkan seseorang itu lazy dan stupid hanya kerana dia tidak kaya wang ringgit kerana dia mungkin lebih kaya budi dan bahasanya kerana budi & bahasa itulah yang kayu pengukur yang lebih penting bagi dia.
(3) Sekali lagi, minta sdra/sdri bukti tuduhan sdra/sdri itu tentang blog ini dan SSS. Saya harap sdra/sdri jangan membuat tuduhan melulu tanpa mengemukan buktinya kerana saya khuatir "Salah mulut, badan binasa".
Salam hormat.
"SATU BANGSA, SATU NEGARA, SATU BAHASA"
NJ
Sir/Mdm Tuan/Puan Mph;
“..no such thing as greedy ..” you say?
Dear Mph. Under the present climate and mood set by the present governing people, where we citizens are expected to be tolerating each others' differences and weaknesses, to be compatible to their 1Malaysia concept so to say, your most provocative and uncivilized and barbaric remark is most uncalled for. We object most strenuously.
But if we ask a carrion vulture or a pack of giggling hyenas or any species of scavengers devouring putrid decomposed carcass, not to wolf down their food so awfully, they will vehemently deny that they are greedy. A snail watching them would undoubtedly conclude that these hyenas are greedy for it’s their way of doing things.
That’s how we feel when we watch you foreigners do things from the first day you people set foot on our shores. We never say a word about it, preferring to save face and term it as just ‘kerja macam cina, langgar batas waktu’. You will never understand what we term as ‘waktu’.
You do your things your way. We do our things our way. We live and let live. Sadly you live and let die. By doing what you are doing, you are encroaching into all ‘taman larangan’. So be informed.
Let’s be a little kind to our neighbours and pull our punches, and be aware that we have no choice but to live together. Let’s spare ourselves the agony of watching our neighbours suffer in silence due to our insensitivities.
--------------------------
“.. why pist off of just getting 27…” again you say;
Again dear mph. You accuse this of us based on your inherited life philosophy gained through thousands of years of war, brutality and deprivation. And when on our shores you encounter accommodating and kind people, you equate these kindness as weakness, and you term us unkindly, viciously and evilly as “lazy and stupid”; and you find us easy pickings, and you applied your “finders keepers, first come first served” home-made law; and when we agreed to the social contract and NEP you demand for equality, at the same demonizing us as racist and tyrants.
We welcomed you to share, but you insists you must have the lion share; provocatively accusing us of being pissed off for being worthy of 27 units only. I abhor your wordings on this 27 units things. It was a figure produced by the governing body to measure the index of shared wealth of the nation achieved so far.
And what you do as a response to this figure? You spread disinformation that the reason for the slow growth of the “nation” is due to the special privileges made due to us people, resulting in actions taken to deprive us further. This is what that pissed us off. But thanks to your remark above, you have succeeded to demonize us further.
------------------
“.. Actually lazy and stupid! ..” again you said…
Well mph. We have been actually too lazy to measure you up as our welcomed guests. And we are too stupid to realize that this welcome we extended was over long long ago.
Have you ever heard of this teaching? “Prosper Thy Neighbour?” It helps greatly ones endeavor to be prosperous. It’s the opposite of “finders keepers, first come first served”. What is left for son number fifteen if daddy lets son number one insists on ‘finders keepers, first come first served’?
Are we too late???????????????
Unker Dal,
These people are termed Diasporas from whichever countries of origin they may have migrated from.
Alhamdullilah, many valued their citizenships given generously by their host countries through whatever means. Many amongst them have worked together so hard finding ways to push forward positively for the benefit of our future generations.
HOWEVER, sadly, those who hang on aimlessly here merely as "Paper Citizens" are the ones creating so much problems. With their endless demands ,rudeness and insensitivities, showing SO OPENLY THEIR pure disrespects to the Bumiputras, to our ways of life, to our religion and to our Sultans and King?
Anyway, Diasporas scattered all over the world, the world is watching each of their very move, what happens and what they do here will surely be scrutinised by others outside.
See what happened recently in PNG and Australia, locals are getting pissed off with their ways. Threatened a NewYear Eve bonfire? And the chilling warnings just out by AlQaeda to avenge injustice?
Don't these people realise their many strange ways of life they are imposing and practicing are not acceptable to many locals of their host countries?
Merapu ler sesuka hati, akhirnya siapa akan rugi?
I am a Bumi, a Malay, whatever I do, will be solely for the interest of my future generations HERE and for the future of this BELOVED TANAH MELAYU after 1957, now called MALAYSIA..
And this LOVE for the BANGSA and NEGARA was handed down to me by my parents, grandparents and great grandparents. Alhamdulillah... now passed down to my kids.
Yes, people like mph can do and share whatever resources they can get from this land... tapi MENGHINA keturunan kami, JANGAN SEKALI KALI!!
Tongkang
SLM BRO DAL..MINTAK LALUAN SKET HEHE..TO MISTAR MPH (MPH BOOKSTORE OR BONGOK NOR?)..WATEVA LAH!..BUT ONE THING I LIKE 2 SAY..DUN CORRUPT UR MIND WITH TRIFLE THING WHICH U DUN UNDERSTAND AT ALL BE'COZ DATS MAKE U FAR MORE WORSE THAN ANIMAL ITSELF KEHKEHKEH..YEHAAAAAA!!!
Agree with you Tuan Tongkang. Most if not all of them are good citizens and caring contributing neighbours except these very few Ghee Hin and Hai San types to whom my displeasure is directed.
My respond to MPH may be ugly. No one will not just cracks a smile when someone clears a throat then spits at his direction while he is enjoying dinner with his family, and this caveman happens to be his next table neighbour.
Sdr Dal
Saya tak faham faham mereka yang mengungkit Hak Istimewa Melayu ni. Sabenarnya saya faham tapi saya nak gunakan itu sebagai permulaan membidas mereka!
Ada pulak yang mengatakan Perlembagaan tidak ada menyebut "Malay Rights" atau "Special Malay Rights." Dia menulis panjang lebar yang Perlembagaan ha nya menyebut "the Special Position of the Malays."
Apa lah jenis ini? Mengapa kah mereka hendak "split hairs" masakan tujuan nya serupa? Mereka mencari helah mengungkit. Jenis ini tidak pernah berterima kasih di atas kerakyatan nya. Ada yang mengatakan dia tidak akui Tun Tan Siew Sin berkata dalam tahun 1969 bahawa kaum Melayu telah "generous enough" menyetujui kerakyatan bagi bukan Melayu di masa Merdeka dan melonggarkan syarat-syarat mengeluarkan sijil kerakyatan salepas Merdeka. Ada yang mengatakan bahawa Tun Tan tidak mewakili dia.
Kita harapkan SSS akan di laksanakan supaya kurang lah timbul mereka saperti itu. Pemikiran saperti itu boleh di jangka dari mereka yang berlajar di SJK, kemudian tidak bercampur dengan rakyat Malaysia kaum lain, terkongkong dengan cara pemikiran yang cetek, serong dan ada masa masa nya subversif. Kita harapkan SSS boleh menukar pemikiran saperti itu.
Dot.
Salam, apa khabar orang Malaysia? Masih bidas membidas tentang 'kapitalisme kebajikan' (welfare capitalism) sedangkan penyokong kuat kapitalisme seperti Buffet dan Gates pun membahagikan harta kekayaan mereka dengan yang kurang bernasib baik?
Post a Comment