SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN

SSUS - PERJUANGAN YANG BERTERUSAN
Satu Bahasa Satu Bangsa Satu Negara

Wednesday, July 1, 2009

Dari Kedah Sampai Ka Singapura

Apa hal dengan DAP Kedah? Sekarang mereka dakwa dan bantah PAS Kedah kononnya mengarahkan perobohan pusat penyembelihan babi Alor Star. Dan mereka keluar PR kerananya? Wah begitu sekali 'romantisnya' dua kekasih buah hati ini.

Tetapi ada pula cerita mengatakan yang DAP telah minta tangguh sebulan perobohannya pusat itu sementara mereka mencari tapak lain. Kononnya PAS layan sahaja kehendak mereka. Rupa-rupanya DAP berbohong. Tidak cari tapak lain pun.

Maka berkatalah PAS Kedah, dahulu PAS hendak bincang perpaduan dengan UMNO, mereka kecoh. Sekarang sesudah mereka sendiri tidak tunaikan janji tempoh sebulan itu, mereka kecoh lagi. Mereka ini seolah-olah hendak menyerahkan Kedah kepada UMNO melalui tindakannya keluar Pakatan, kata PAS Kedah.

Agaknya kemanisan perkahwinan tangkap muat DAP dengan bidan terjun PAS ini sudah habis. Tapi tidak pernahpun dengar mereka keluar berbulan madu. Cerita DAP melalui Nizar melacorkan pasangannya PAS di Perak ... itu hingga sekarang tidak reda lagi.

Apa kata PAS dan DAP pusat. Dan laratkah PKR yang menjodohkan mereka menjadi orang tengah dalam perebutan PAS-DAP ini sedangkan ketuanya sedang sibuk bersembahyang hajat, mandi dan berdoa tolak bala ... tak mahu balik ke bilik rehatnya di Sungai Buluh. Hindraf sudah melancarkan mentera dan ritual buang ancak serta pecah kelapa di persimpangan ka Sg. Buluh.

Begitulah gelagat PR bersengketa sesama sendiri sejak mereka mendirikan rumah tangga ... lepas satu, satu lagi; tak pernah sedikit pun menggunakan tenaga mereka untuk rakyat; sedangkan lawan mereka BN lepas satu, satu lagi kedengaran memulakan inisiatif itu dan ini, liberal itu dan liberal ini; termasuk cadangan membina jambatan ke tiga. Sampai mati pun Singapura tidak akan mahu apa bentuk jambatan pun kerana itu mereka tafsir sebagai risiko keselamatan sekiranya apa-apa berlaku di kedua-dua tebing Selat Teberau nanti; bukannya sebagai penghubung persahabatan.

Oleh kerana beginilah benih kecurigaan yang diwarisi oleh DAP dari PAP; mampukah PAS dan DAP bekerjasama membangun dan memakmurkan negara? Mampukan PKR menjadi gam pematri mereka bertiga dalam PR? Mampukah rakyat Malaysia menunggu mereka sedangkan sekarang sahaja mereka PR hanya menjadikan rakyat Malaysia sebagai bahan uji kaji pentadbiran mereka melalui pungutan 'suara kambing'?

Dalam pada menunggu hasil eksrimen mereka, rakyat kaum majority Malaysia berpecah dan terasing antara satu dari yang lainnya; sedangkan kaum lain yang bertentangan fahaman politik pun bersatu hanya kerana mahukan pengganas Chin Peng diwarga negarakan.

Barangkali bangsa Melayu ini baharu mahu bersatu apabila langit sudah tinggal sejengkal di atas kepala.

10 comments:

Anonymous said...

Salam Tuan Dal,

Ini menunjukkan DAP lebih tegas berbanding PAS. Tapi tak apa la. PAS lebih suka berkawan dengan DAP berbanding berkawan dengan UMNO. Jadi mereka lebih suka memilih memutuskan silaturrahim dengan menolak kerajaan perpaduan. Biarkanlah, lambat laun Melayu PAS akan sedar juga nanti.

KP

Tam Dalyell said...

Salam Tuan KP;

Aaamiin. Munkin susah hendak mengubah pendirian ahli PAS (yang tiga juta itu?). Dalam pada itu yang inginkan dan yang menolak perpaduan munkin sama ramai. Yang di luar PAS, sudah pasti sudah mula berubah. Yang dahulunya munkin bersimpati dengannya tentu sudah ada yang di atas pagar sekarang. Yang dahulunya di atas pagar munkin sudah meninggalkan pagar PAS itu.

Anonymous said...

SALAM ZIARAH BRO..PAKATAN DH SEMAKIN RETAK MENUNGGU BELAH. ANGAN2 MAT JENIN SEMAKIN KABUR. SEMAKIN TINGGI MAT JENIN PANJAT SEMAKIN ADE HARAPAN JATUH GEDEBUK KE TANAH :-D

Anonymous said...

SALAM ZIARAH BRO..PAKATAN DH SEMAKIN RETAK MENUNGGU BELAH. ANGAN2 MAT JENIN SEMAKIN KABUR. SEMAKIN TINGGI MAT JENIN PANJAT SEMAKIN ADE HARAPAN JATUH GEDEBUK KE TANAH :-D

Cenderawasih said...

Salam Pakcik Dal,

Nampaknya asas rumahtangga mereka tidak kukuh.Pinggan belanga asyik melayang,tong gas bergolek,rumah jadi tongkang pecah.
Bukan senang nak ganti semula pinggan yang pecah,belanga yang kemik serta lain-lain barang.
Dah berapa kali adegan-adegan berkos tinggi ni berlaku,berturut-turut.
Kasihan kepada orang yang perlu mendamaikan dua laki bini ni. (Tapi...aaa..yang mana satu suami?yang mana satu isteri?tak kisah lah,mana satu pun boleh.)
Dia sendiri pun sibuk dengan masalah terbaru dia.
Tak tau la macam mana dia nak pujuk..

Tam Dalyell said...

Salam abang Jeffry;

Tak abis-abis bang Jeffry buat lawak. Jatuh pokok tu perkara serius .. ni bang Jeff "gedebuk"kan mereka. Tapi diaorang ni biasa jatuh .. jatuh di Bukit Lanjan ... jatuh di Perak ... tapi mereka tak pernah jatuh hati dengan nasib pengundi mereka .. tengok apa jadi kepada High Chapparal ... Guan Eng bodohkan mereka lagi.

Tam Dalyell said...

Salam Cenderawasih;

Heh heh. Kita ni relek-relek macam bebudak saja nampaknya. Banyak perkara yang serius-serius, kita sentuh perkara periuk belanga melayang-layang.

Tapi perkara periuk nasi ini bukan perkara main-main. Dulu periuk nasi mereka di Perak dah terlingkup. Kalau betul periuk belanga mereka di Kedah ni melayang-layang keluar tingkap, itu pasti membewa kepada periuk nasi PR Kedah senget dan tumpah nasi kawah mereka.

Apa omputih kata? They got married for all the wrong reasons. It's a good lough while it lasts.

MPH said...

Tidak payah harap PAS mahu runding dengan UMNO. You orang UMNO melayu tarak iman lebih jahat. PAS sudah satu kali UMNO main. Sekarang mahu ajak perpaduan? PAS bukan bodoh macam MCA MIC. GERAKAN pun mahu masuk PAKATAN paa UMNO boleh cakap? BN misti hancur ini kali.

Eh, apa jadi you punya SATU SEKOLAH? sudah sejuk kah? You fikir orang semua bodoh macam you kah?

Good Bye Satu Sekolah!

Anonymous said...

MPH,
Goodbye satu sekolah? hehehe

Nanti 60>% Bumiputra "GOODBYE" tak layan business "rakyat Malaysia ala on-paper-only" yang tak faham Bahasa Malaysia.. memeleh air mata darah nanti, kebulur! 10years - 20years from today??

Kesan dah mula. My row of block here dah duk MENGELUH RASA bahang.. all lining waiting outside their premises, ternganga.. sekadar tunggu customer yang 30% ajer tak cukup bawa sewa lor..

Tongkang

Tam Dalyell said...

Thank you tongkang sir, for your layanan of my tetamu MPH semasa saya tidak sempat. Selepas itu, disini ada satu tambahan untuk tetamu yang saya hormati.

MPH;

You so glorify PR. Let’s look at some of what’s going on in your PR now.

Cracks are widening within the fledgling PR. Its so called leaders are impotent to do anything, except perhaps that master-wayang-kulit PKR advisor. One crack in Kedah, two in Penang.

The unity talk? It’s very much alive and smoldering and smoking and suffocating PKR and DAP out. You can’t stop the Malays from uniting. The young ones of this race, are actively conducting their talks. One or two of their elders may be against it. But who are these dinosaurs, except that they are a dying breed of has-beens very soon to be fossilized in the forgotten crux of history carrying with them the never-at-all glorified PKR and DAP, with you at its most bottom pit. Heh heh good bye MPH.

PR is nothing but a mere coalition of make belief reality show and speeches subsisting on cheap thrills and open houses of fornications. Because of these many believe that PR would end the moment orgasm is over. All its upheavals in all its formerly-5-states convulsions now are nothing but signs of dying final gasps and spasms of spent energy.

GEng promised to solve all Indian problem in Penang. To day he can’t even solve one Buah Pala Problem. See how hindraf (once the thugs under the pay of PR) is now herding all the cows of the villagers of Kg Buah Pala to Guan Eng’s office, while he (GE) hides somewhere? Already these strange and undisciplined bedfellows and leaderships are jeopardizing the supposed prospect of PR taking power at the national level in the next GE.

If there is such thing as a PR shadow cabinet, this serves only to cast a huge dark shadow of dogs-cats-and-bones over the coalition already finding itself bursting at the seams because of intense in-fighting among itself.